Reda dengan dugaan yang diberikan, pelakon, Syatilla Melvin yang kini sarat hamil anak ketiganya berharap diberikan kesembuhan secepat mungkin selepas disahkan positif Covid-19 pada Jumaat lalu.
Melalui Instagramnya, isteri kepada Shaheizy Sam ini memuat naik kit ujian kendiri yang menunjukkan dirinya yang disahkan positif.
“InsyaAllah, doakan Tilla sembuh dengan segala kebaikan yang ada.
“Tengah sarat Allah uji,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Malah melalui entri berlainan juga, ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut mula hilang deria bau dan rasa.
“Hari ni Tilla hilang deria bau dan rasa.
“Anyway, selalu berapa lama deria bau rasa datang balik,? tulisnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, menerusi pautan terbaharu di ruangan IG Story, Syatilla turut menyarankan orang ramai untuk membeli kit ujian kendiri yang mempunyai calitan hidung.
“Jangan sesekali percaya atau beli yang saliva test lagi. Bahaya keputusan tak tepat,” tulisnya.
Difahamkan, kedua-dua anak Syatilla iaitu Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy dijaga oleh suaminya, Shaheizy Sam.
Menurut Sam menerusi satu petikan yang dikongsikan di Harian Metro, setakat ini hanya Syatilla yang dijangkiti virus itu, manakala dia dan anak-anaknya negatif.
Ads
“Saya dan anak-anak semua negatif, tapi setiap hari kami membuat ujian saringan kendiri di rumah. Mujurlah ada pembantu rumah yang boleh menjaga dan menyediakan makanan untuk anak-anak. Sekarang ini, saya lebih fokus menjaga dan memantau keadaan Tilla.
“Alhamdulillah, Tilla (panggilan Syatilla) berada dalam keadaan baik, cuma dia mengalami demam ringan setakat ini. Rasanya varian baharu ini tidaklah seteruk yang kita dengar sebelum ini,” katanya berkongsi.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Harian Metro & @samtilla
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang-kadang bila dengar perbualan anak-anak ni boleh buat kita terhibur. Tak sangka topik yang mereka bualkan tu di luar jangkaan. Imaginasi anak-anak ni menunjukkan betapa mereka seorang yang kreatif dan mempunyai kebolehan untuk menyusun jalan cerita supaya jadi menarik.
Begitulah yang dikongsikan oleh usahawan dan selebriti cantik, Hanis Zalikha, yang telah merakam perbualan anak-anaknya ketika dia tidak bersama mereka. Ketika itu, Yusuf dan Alisa berada di dalam kereta apabila dua beradik ni bersembang tentang mommy mereka.
Ia bermula apabila Yusuf bertanya kepada adiknya, adakah Alisa sentiasa berharap mommy akan sentiasa bersama mereka. Alisa dengan tekun mendengar cerita abangnya dan kata Yusuf hanya mereka saja boleh melihat mommy ketika di sekolah.
Tambah Yusuf lagi, cikgu pun takkan nampak mommy mereka. Hanya mereka berdua yang akan nampak mommy. Kemudian Alisa pula menambah, kanak-kanak lain juga tidak boleh lihat mommy. Namun yang lucunya, Alisa kelihatan sedikit bingung apabila bersembang dengan abangnya itu.
Yusuf kemudian menambah ketika hari akhir persekolahan, dia dapat melihat mommy mereka sedang mengikutnya naik tangga. Biarpun nampak seperti keliru tetapi kesungguhan Alisa mendengar cerita abangnya itu membuatkan ramai yang terhibur.
Cerdik sungguh anak-anak kepada pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ni. Topik perbualan tentang mommy menunjukkan betapa mereka berdua sangat menyayanginya. Semoga Yusuf dan Alisa akan membesar menjadi anak-anak yang baik dan sentiasa membanggakan kedua orang tua mereka.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suami isteri ditakdirkan untuk menjadi pelengkap antara satu sama lain. Sesuatu hubungan yang bahagia tidak perlu dinilai dengan kemewahan material semata-mata tetapi jumlah perhatian yang diberikan kepada pasangan kita.
Sebagai suami contohnya, anda tidak perlu berusaha keras untuk menjaga hati isteri. Lumrahnya wanita, asalkan dirinya dijaga dengan baik dan dihargai, sudah cukup membuatkan mereka bahagia.
Ikutilah cara Rasulullah SAW menghargai isteri-isterinya. Baginda seorang suami yang sangat bertimbang rasa dan romantis. baginda juga tidak memewahkan para isteri dengan harta benda dan hidup bersederhana sahaja, tetapi keperibadian Baginda amat disenangi dan membahagiakan mereka.
Suami yang romantik mampu membuatkan si isteri tersenyum sendiri saat keseorangan apabila mengingati suaminya. Jika suami anda memenuhi ciri-ciri ini, bermakna anda bertuah mempunyai suami romantik yang menyayangi anda sepenuh hatinya:
1. Suka peluk dan cium isteri
Setiap kali sebelum keluar rumah, suami akan peluk isteri dan memberinya ciuman ikhlas. Pelukan dan ciuman ini dapat membina aura positif dalam diri isteri untuk memulakan harinya.
2. Tanya khabar isteri
Sekarang sudah mudah. Kalau tak sempat nak call isteri, boleh kirimkan pesanan Whatsapp sahaja padanya. Tanyakan kedaan dirinya, ketika ini isteri akan rasa sangat bahagia kerana menyedari suaminya mengambil berat tentang dirinya.
Tak salah nak panggil isteri dengan nama manja. Isteri kan? Selain memanggilnya dengan nama, suami boleh menggunakan panggilan Sayang, My Queen, Ratu Hatiku, Cintaku, Bidadari dan sebagainya. Selagi ia membawa maksud yang baik, isteri dah kembang hidung.
4. Tolong isteri
Buat kerja rumah ni letih, jadi kalau suami dapat bantu senanglah hati si isteri. Sambil buat kerja bersama-sama tu, berbuallah dan ambil masa untuk berlawak dengannya. Semakin semangat isteri nak buat kerja.
5. Suap isteri makan
Makan di rumah atau di luar, sesekali tu suaplah si isteri. Ini tidak, lepaskan diri sendiri je. Anak-anak isteri suap, apa lah sangat jika suami suapkan isteri kan? Kalau nak lebih romantik, jadilah seperti Rasulullah SAW yang makan minum dari pinggan dan gelas isterinya.
Semua perkara ini sangat mudah, ia perkara asas yang kadang-kadang para suami terlepas pandang. Apa lagi jika si isteri jenis yang berdikari, memang suami ta kisah kerana tahu isterinya mampu.
Sebenarnya isteri tidak mengharapkan hadiah mewah atau kejutan istimewa, cukuplah sekadar suami layan mereka dengan baik. Itu sudah cukup menggembirakan mereka.
Pasangan selebriti popular, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza yang memuat naik gambar mereka sekeluarga menarik perhatian warganet di media sosial.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Zahirah atau nama lengkapnya Nur Zahirah Macwilson Zainul Macwilson di laman Instagramnya, potret keluarga ini dilihat cukup sempurna.
Apa lagi dengan kehadiran dua cahaya mata pelengkap bahagia mereka, Isaac Raees dan Inara Raisa yang baru dilahirkan pada Jun lalu.
“Our first family photo,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Zahirah dan Aiman kekal bahagia hingga ke syurga bersama anak-anak tersayang.
Malah penampilan Zahirah dengan status ibu anak dua dipuji wargamaya. Ibu cantik manis ini dilihat cukup cantik berseri, terserlah aura keibuannya lebih-lebih lagi selepas menimang anak perempuannya pada Jun lalu.
Sekadar info, Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Isaac Raees dan Inara Raisa.
Siapa je yang tak nak hubungan suami isteri sentiasa bahagia, penuh kasih sayang dan rasa dihargai, kan? Setiap pasangan pasti impikan rumahtangga yang penuh...