Sesetengah wanita mengalami masalah penghasilan susu merudum daripada waktu ovulasi (pertengahan kitaran) hingga hari pertama atau kedua haid. Untuk makluman, kalsium dalam darah perlahan-lahan menurun sewaktu wanita mengalami haid.
Oleh yang demikian, dalam sesetengah kes, penurunan kalsium dalam darah memberi kesan kepada penghasilan susu ibu. Anda jangan lekas berasa tertekan apabila berhadapan dengan masalah seperti ini.
Artikel Menarik: [Rasa Malu, Leceh Menyusu Anak Di Khalayak Ramai? Kaunselor Laktasi Kongsi Cara Yang Dilakukannya]
Bagi wanita yang mengalami masalah sebegini, pengambilan suplemen kalsium/magnesium mungkin boleh membantu. Amalan ini dilaporkan untuk mengatasi masalah kejang rahim dan sesetengah ketidakselesaan prahaid seperti penakungan air.
Dos suplemen kalsium yang disarankan ialah antara 500mg kalsium/250mg magnesium dan 1500mg kalsium/750mg magnesium.
Artikel Menarik: [“Pam Hari Ini Stok Untuk Esok. Kenapa Susu Saya Sikit?”. Kaunselor Laktasi Beri Penjelasan]
Lazimnya, dos yang lebih tinggi adalah lebih efektif. Walau bagaimanapun, dos kalsium yang tinggi tidak boleh diambil sendirian tetapi perlu digabungkan dengan magnesium (atau kalsium/magnesium/zink). Jika tidak, kalsium tidak dapat diserap dengan secukupnya ke dalam tubuh.
Amaun suplemen bergantung kepada komposisi diet harian anda. Lebih banyak protein haiwan yang diambil, lebih banyak kalsium/magnesium diperlukan. Jika anda seorang yang vegetarian, dos yang rendah boleh membantu.
Artikel Menarik: [Betulkah Susu Ibu Pekat Buat Bayi Kenyang Lama Atau Ia Sekadar Mitos? Ini Kupasan Kaunselor Laktasi]
Jika anda mengambil suplemen lebih daripada 500mg kalsium sehari, bahagikan dos berkenaan supaya anda tidak mengambilnya sekali gus. Penyerapan kalsium adalah lebih bagus jika anda mengambilnya tidak lebih daripada 500mg dalam satu-satu masa.
Adalah disarankan agar anda mula mengambil suplemen ketika waktu anda ovulasi dan kemudian berterusan sehingga hari-hari pertama haid. Jika haid anda tidak tetap, mula mengambil kalsium/magnesium pada 14 hari selepas habis haid. Atau anda juga boleh menjadikan suplemen ini sebagai amalan setiap hari.