Tengah Sibuk Main Game, Anak Menangis. Geram, Ayah Sanggup Pukul Kepala Bayi 6 Bulan!

Share

Peranan seorang ayah adalah untuk menjadi pelindung kepada anak-anaknya. Seorang ayah seharusnya menjaga kebajikan serta melindungi keluarganya dalam apa jua keadaan. Mempunyai minat terhadap sesuatu bukanlah alasan untuk seorang ayah mengetepikan anak-anak apa lagi menyakiti mereka.

Namun, itulah yang terjadi di Indonesia apabila seorang ayah sanggup memukul bayi perempuan yang berumur enam bulan hanya kerana tangisannya mengganggu suspek bermain permainan video.

Baca Juga:

Kutipan Dana Cukup, Reese Tan Terima Suntikan Zolgensma Bernilai Lebih RM9 Juta

“Jadi Ibu Lebih Banyak Menangis Dari Ketawa.” Ramai ‘Relate’ Tengok Video Nourul Dalam Kereta

Air Mata Jadi Bukti. Rindu Arwah Ayah, Diam-Diam Adik Ni Menangis Tengok Video Lama

Geram Anak Menangis Waktu Main Mobile Legend

Menurut artikel di Regional Kompas, suspek terbabit sedang bermain Mobile Legend semasa bayi itu menangis dan mengganggu fokusnya. Berang dengan keadaan tersebut, suspek bertindak kejam dengan memukul bayi perempuannya.

Sumber foto: www.freepik.com

Suspek telah memukul bahagian kepala dan bibir mangsa menggunakan tangan. Selepas kejadian terbabit, mangsa telah dibawa ke hospital tetapi malangnya telah disahkan meninggal dunia.

Ada Bekas Kena Cucuh Puntung Rokok, Digigit & Dipukul 

Kematian bayi tersebut menimbulkan keraguan dalam kalangan pasukan perubatan yang mengendalikan kes itu. Mereka mendakwa kematian mangsa berkemungkinan disebabkan penderaan dan telah melaporkan hal ini kepada pihak polis.

Sumber foto: www.freepik.com

Hsil pemeriksaan lanjut, mereka menemukan tubuh mangsa mempunyai kesan kecederaan diakibatkan benda tumpul pada bahagian kepala dan wajahnya dan dipercayai telah didera sejak umurnya empat bulan.

Lebih menyayat hati kerana terdapat tanda-tanda mangsa pernah dicucuh dengan puntung rokok, digigit pada bahagian perut serta dipukul dengan objek tumpul.

Suspek yang berusia 25 tahun itu bekerja sebagai buruh pembinaan telah ditahan untuk siasatan dan didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Published by
Emy H