Tengking & Marah Bukan Langkah Bijak, Kesan Jangka Panjang Pada Otak Anak, Tenang-Tenang Saja!

Share

Adatlah kita manusia yang banyak berdepan dengan pelbagai masalah. Anaklah kebiasaannya menjadi mangsa dek kerana kepenatan dan kekusutan yang kita alami.

Jangan biasakan hal ini kerana anak tidak sepatutnya menjadi mangsa keadaan. Marah dan tertengking anak bukan jalan penyelesaian kita bahkan mendatangkan masalah kelak di kemudian hari. Besar kesannya pada otak anak kita. Ini yang cuba disampaikan oleh Mohd Fhais dalam mendidik anak-anak kecil kita. Elakkan marah-marah!


Kadang tak sengaja kita terjerit pada anak. Lebih lebih lagi masa tengah,
– stress
– banyak kerja
– serabut
– penat
– rushing

Nampak jerit ni macam tak berbahaya. Rupanya bahaya menjerit ni jauh lebih bahaya dari memukul anak.

Anak yang selalu di jerit boleh efek jangka panjang pada otak dia. Gejala 3F + 1T, kesan paling dasyat yang boleh berlaku pada anak kita.

1F – Flight
– Anak jadi suka menyendiri, tak percaya orang lain dan susah nak ada rasa yakin pada diri.

2F – Freeze
– Anak jadi ketakutan sepanjang masa walaupun dia tak buat salah. Ringkas kata, sudah terperangkap dalam Fear Loop.

3F – Fight
– Anak jadi kuat memberontak, kuat melawan dan kuat bentak. Suka guna kekerasan berbanding otak.

1T – Trauma
– Anak jadi susah nak belajar, susah nak berkawan, susah nak cuba sesuatu yang baru. Trauma akan jadi blokage yang menyekat keupayaan sebenar anak.

 

Ironiknya, kesan menjerit ni sama sahaja. Sengaja atau tidak, anak tetap terkesan. Nak tak nak, memang kena jaga kesihatan diri kita ni setiap hari.

Terutama pasangan yang 24 jam sehari mengurus anak anak. Mereka frontliner, selalu di uji dan selalu di duga.

Wallahu A’lam,

Artikel berkaitan: Jarakkan Diri Lebih Baik Dari Marah Anak, Bimbang Anak Simpan Dalam Hati

Ibu Termarah Anak Itu Normal. Cuma Biarkan Anak Terpinga Tu Yang Silap

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
SRM