Mendidik anak kecil adalah tanggungjawab paling besar kita sebagai mak ayah kerana berkat didikan kitalah buat anak jadi ‘manusia’ apabila dia membesar kelak. Namun tugas ini bukan mudah.
Ada waktunya, kita berkeras, bertegas dan terpaksa meninggikan suara demi membuatkan anak dengar kata dan sebagainya. Namun jangan berlebih kerana dibimbangi anak jadi takut, bukanlah menjadi manusia seperti yang kita mahu. Tulisan dari Encik Fhais ini wajar kita jadikan panduan dalam mendidik anak.
Masa kecil anak tinggi suara, lepuk kepala atau baling barang tu boleh terima lagi.
Tapi jejak je usia 6 tahun masih perangai macam kanak-kanak ribena ni. Tu tanda besar anak ada masalah adab!
Cuba semak ada tak kita buat benda benda ni dalam didikan,
– tinggi suara
– menengking
– kerap marah
– tak buat “eye-contact”
– kritik / cemuh
– memukul
– tidak peduli
Kadang kadang adab anak jadi teruk hanya sebab emosi dia dalam keadaan yang teruk je. Cuba la lentur macam mana pun. Bila emosi teruk, nasihat baik kita bagi pun akan di dengarinya teruk teruk belaka.
Ada beza besar antara ajar adab & ajar takut. Tunjuk hanger, tunjuk tali pinggang terus anak kecut perut ikut arahan. Itu takut bukan adab.
Depan kita dia takut, belakang kita dia mengata yang bukan bukan. Tak nak begitu. Ilmu adab ni duduknya dekat hati bukan perbuatan.
Bila hati beradab, bukan masa hidup je tapi sampai kita mati pun anak akan ingat ajaran kita. Dari anak kecil kita tunjukkan perbuatan yang baik baik dan boleh menyentuh hati anak anak.
Percayalah, dari situ la bermulanya proses pentarbiahan hati anak anak yang paling berkesan.
Dalam kata lain, kita jadi role model yang terbaik.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Masih belajar jadi baik, untuk jadi role model yang baik.
Artikel berkaitan: Tengking & Marah Anak Bukan Langkah Bijak, Kesan Jangka Panjang Pada Otak Anak, Tenang-Tenang Saja
Jangan Cepat Tengking & Naik Tangan Bila Anak Tak Dengar Kata, Takut Anak Simpan Dalam Hati
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)