
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini, berkenan berangkat ke Istiadat Menempah Bidan anakanda, Tengku Puteri Iman Afzan di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Istiadat itu turut dihadiri Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar.
Upacara itu dimulakan dengan alunan marhaban oleh kumpulan marhaban Al-Zahraa Angkatan Tentera Malaysia, diikuti bacaan surah Yasin, tahlil dan berzanji.
Tengku Puteri Iman yang hamil anak sulung kemudiannya berangkat ke istiadat melenggang perut mengikut tradisi Melayu, yang disempurnakan Raja Permaisuri Agong.
Majlis Merenjis Air Mawar
Sultan Abdullah dan Tuanku Tunku Azizah kemudiannya berkenan berangkat ke majlis merenjis air mawar bersempena istiadat itu, disusuli dengan Ahli Jumaah Pemangku Raja Pahang Tengku Puteri Seri Kemala Pahang Tengku Hajah Datuk Aishah Sultan Ahmad Shah dan Kerabat-kerabat Bergelar.
Adat Resam Melayu Tak Patut Dilupakan
Ketika ditemui pemberita mengenai upacara yang penuh adat resam budaya Melayu itu, Tengku Puteri Iman berkata upacara menempah bidan dan melenggang perut tidak sepatutnya dilupakan dan perlu diteruskan generasi masa kini bagi mengekalkan tradisi masyarakat Melayu.
Berharap Semua Berjalan Lancar
Katanya, beliau dan suaminya Tengku Abu Bakar Ahmad Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah merasa teruja menanti kelahiran bayi sulung mereka dan mengharapkan semua urusan berjalan lancar.
“Ia adalah tradisi ketika anda mengandung anak pertama anda. Tradisi sangat penting dalam keluarga kita. Ia harus diingati dan tidak lupakan sesuatu yang istimewa dalam budaya kita,” katanya.
Sumber: HMetro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
PKP Sambung Lagi Hingga 12 Mei. PM Bagi ‘Hint’ Mungkin Raya Pun Tak Boleh Balik

Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3 yang akan berakhir pada 28 April depan akan dilanjutkan lagi untuk tempoh dua minggu sehingga 12 Mei.
Kenyataan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin itu sebagai langkah berjaga-jaga walaupun penurunan kes menunjukkan angka yang positif.
Menurutnya dalam tempoh ini, kerajaan akan menilai data-data terkini yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan untuk menentukan langkah seterusnya. Saya tidak menolak kemungkinan bahawa PKP akan dilanjutkan lagi selepas ini.
Ini bermakna, kita mungkin tidak boleh menyambut hari raya di kampung, masih tidak
boleh bekerja, kecuali bagi mereka yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan. Perniagaan juga masih belum boleh dibuka sepenuhnya.
“Walau bagaimanapun, jika kes-kes COVID 19 terus mencatatkan penurunan yang ketara, kerajaan berkemungkinan akan melonggarkan kawalan pergerakan secara bertahap dalam beberapa sektor termasuk sektor sosial. Ini untuk membolehkan anda menjalani
kehidupan yang lebih selesa,” jelasnya.
MKN akan rangka satu pelan baru
Majlis Keselamatan Negara sedang merangka satu pelan yang menyeluruh mengenai perkara ini. Dengan kemungkinan pelanjutan tempoh PKP, kerajaan sedang
mengkaji kaedah untuk memulihkan ekonomi, atau revive the economy, secara bertahap.
Ini termasuk merangka Pelan Pemulihan Ekonomi jangka pendek dan sederhana bagi memastikan aktiviti ekonomi dapat dibangkitkan semula dengan pantas selepas tempoh PKP berakhir.
Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri untuk merangka Pelan Pemulihan Ekonomi jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang yang menyeluruh. Tumpuan pada masa ini adalah untuk mengenalpasti langkah dan inisiatif yang akan merancakkan pertumbuhan ekonomi jangka pendek dan sederhana, serta mendorong keyakinan rakyat dan pelabur untuk menjana semula ekonomi negara.
Antara inisiatif yang sedang dirangka ialah membina keupayaan dan kemahiran rakyat, menggalakkan perbelanjaan domestik, meningkatkan daya tahan industri termasuk PKS, serta memupuk persekitaran pelaburan yang lebih positif untuk masa hadapan.
Syarikat akan mula beroperasi secara berperingkat
Tambah Muhyiddin, beliau tahu persoalan yang sedang bermain di fikiran rakyat pada masa ini ialah bilakah boleh kembali bekerja, atau kembali memulakan perniagaan atau operasi syarikat masing-masing.
“Saya ingin memberikan sedikit bayangan. Walaupun PKP mungkin akan dilanjutkan lagi selepas ini, syarikat-syarikat dalam sektor-sektor tertentu akan dibenarkan beroperasi, tertakluk kepada pematuhan syarat yang mementingkan keselamatan pekerja, penjarakan sosial dan kebersihan tempat bekerja.
“Pada masa ini pun beberapa sektor ekonomi telah dibuka. Selepas ini, kerajaan akan menimbang untuk membuka beberapa sektor dan subsektor yang lain tertakluk kepada syarat-syarat yang ketat. Ini untuk menjamin syarikat terus berdaya saing dan para pekerja dapat terus bekerja dalam persekitaran yang selamat.
‘Walaupun kelonggaran ini akan diberikan nanti, ingat kita masih belum menang dalam perang menentang COVID 19. Tetapi saya yakin insyaAllah kita akan menang. Yang penting ialah jihad dan istiqamah,” katanya.
Kredit Gambar: Astro Awani
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Kuat & Terlalu Rindukan Mamajee” Selepas Beberapa Hari Menyepi, Ini Luahan Keluarga Fatimah

Baru-baru ini kita dikejutkan lagi dengan berita pemergian Chef Adam, juara Hero Oven Musim ke-2 sehari selepas pemergian pengasas kosmetik, Faziani Rohban Ahmad.
Arwah Chef Adam yang berusia 29 tahun meninggal dunia akibat masalah jangkitan paru-paru. Arwah Chef Adam sangat rapat dengan anak-anak saudaranya iaitu Omar,Fatimah, Ali yang pernah viral kerana kepetahanya bertutur dalam dialek kelantan walaupun menetap di United Kingdom.
Baca Selanjutnya:
Menerusi instagram The Family Uk milik keluarga Fatimah, mereka akhirnya memuatnaik gambar arwah Adam beserta kepsyen yang amat menyayat hati setelah beberapa hari menyepi.
Kesayangan kami…Muhammad Adam bin Mahamed Ismail.
Terima kasih Allah atas pinjaman-Mu yang terlalu istimewa buat kami. Sesungguhnya kami tidak kuat. Kami teramat rindu pada Adam.
Tetapi kami redha kembalikan Adam pada-Mu kerana kami tahu Kau lebih menyayangi Adam lebih dari kami menyayanginya. Terima kasih Allah kerana menjemput Adam untuk pulang pada-Mu di bulan yang mulia penuh barokah. Di hari yang paling istimewa buat Adam – Ahad yang terakhir…
Menerusi posting terdahulu, Fatimah dilihat sangat sedih dan kecewa setiap kali berpisah dengan Adam apabila Adam ingin pulang ke Malaysia setelah beberapa minggu melawat mereka di UK. Omar, telah membuat sebuah puisi buat Adam.
Come Rain or Shine…
Our laughter used to fill every room,
They’re now the carriers of our sweet memories
Our love was strong, so tightly knit,
It seemed impossible to get in the way
Our smiles were sunshine,
Our eyes were stars,
We brightened up every dark corner
But then one day, you went away
It broke my heart to say goodbye
And as you left me all alone,
I shared my sorrow with the sky
Its cold tears washed my face
And thunder rolled as my own dripped
It knew how I was feeling
But I know that you’ll come back
To make more memories,
To laugh even more
And I also know that come rain or shine,
I’ll still love you and you’ll still love me
p/s: Till we meet again Dadajee, Dadijee & Mamajee @adamdidam
#GoodbyesAreTheHardest
A #poem written by Omar Mukhtar #thepawsomelion
#FatimahandAli
#thefamilydotuk ©
Menerusi video tersebut ternyata walaupun perpisahan sementara pada tahun lepas membuatkan Fatimah dan Ali sangat sedih sehingga jatuh sakit.
Rata-rata netizen sangat kasihankan Fatimah dan Ali kerana mereka berdua sangat rapat dengan arwah Adam. Netizen mendoakan keluarga ini terus kuat dan bersabar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Perginya Hari Jumaat.” Hormati Keluarga Adik Alisha, Henti Sebarkan Video CCTV

Perginya di hari Jumaat selepas pulang menuntut ilmu! Itulah janji Allah buat adik Nur Alisha Safiya, 7 tahun murid Tahun Satu yang meninggal dunia selepas dilanggar van sekolah dinaikinya di hadapan sebuah pusat transit di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang (12 November).
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Supt Azman Shari’at, berkata dalam kejadian jam 12.10 tengah hari itu, mangsa yang berusia tujuh tahun meninggal dunia ketika dirawat di hospital.
“Hasil siasatan awal mendapati pemandu van iaitu perempuan berusia 31 tahun yang baru selesai menurunkan penumpang, memandu ke hadapan tanpa menyedari telah melanggar mangsa yang juga merupakan penumpang van tersebut.
“Mangsa pada ketika itu sedang melintas di hadapan van yang dipandu oleh pemandu terbabit.
“Sebelum kejadian, mangsa telah diambil oleh pemandu van tersebut dari sebuah sekolah berhampiran dan dihantar ke pusat transit sebelum ke sekolah KAFA,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan pada kepala dihantar ke Unit Kecemasan Nilai Medical Centre sebelum disahkan meninggal dunia jam 2.30 petang tadi.
Beliau berkata, pemandu van sekolah tersebut telah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Hormati perasaan ahli keluarga arwah
Memandangkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian itu, tular di media sosial sejak petang semalam (Jumaat), ramai yang memohon untuk tidak menyebarkannya.
Ini bagi menghormati perasaan ahli keluarga mangsa yang masih lagi bersedih dengan kehilangan arwah yang pergi secara mengejut. Walaupun takdir ini yang telah ditentukan oleh Allah, namun perasaan ibu bapanya pasti masih berduka.
Salam takziah dan semoga rohnya tenang di sana dan tergolong dalam kalangan hamba-hambaNya yang bertakwa. Amin.
Kredit: Astro Awani; Facebook
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI