Tengku Zawyah Kongsi Berita Gembira, Izara Aishah Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Share

Kehadiran ahli baru dalam keluarga pastinya berita yang ditunggu-tunggu oleh semua. Apatah lagi ibu yang hamilkan bayinya selama sembilan bulan atau juga buat pasangan yang sudah lama menantikan kehadiran zuriat sebagai pelengkap keluarga.

Ia sudah semestinya menjadi perkhabaran gembira buat ahli keluarga yang lain terutama buat insan yang bergelar datuk dan nenek selain buat pasangan yang baru menerima kehadiran bayi yang baru dilahirkan.

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Datin Tengku Zawyah Tengku Izham yang menggunakan nama Teezac di laman Instagramnya, beliau berkongsi berita gembira mengenai Izara Aishah yang telah pun selamat melahirkan bayi perempuan melalui IG story di laman tersebut.

Menurut perkongsian yang dibuat, menantunya itu selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.9kg semalam. Beliau juga percaya Izara akan menjadi seorang ibu yang penyayang terhadap anaknya.

Untuk rekod Izara Aishah dan Muhammad Adib melangsungkan perkahwinan pada November 2017. Berita tentang kehamilan Izara memang sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh peminat.

Sekitar September tahun lalu, Izara mengumumkan untuk cuti berlakon, yang mana sedikit sebanyak membuatkan para peminat dapat mengagak bahawa pelakon ini sedang hamil. Pada Januari tahun ini Izara mengambil keputusan untuk mewar-warkan kehamilannya. Dan kini pelakon Ombak Rindu The Series ini telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 2.9kg.

Tahniah diucapkan kepada Izara Aishah dan suami Muhammad Adib dengan kelahiran puteri sulung mereka. Pastinya dengan kehadiran si kecil ini akan menyerikan lagi kehidupan pasangan suami isteri ini. Selamat berpantang juga buat Izara.

Sumber: Teezac & Izara Aishah

 

 

 

 

Published by
SAHR