Sungguh, saat kita melihat anak-anak cukup gembira yang barang atau makanan yang kita belikan untuk mereka terasa puas dapat membahagiakan mereka walaupun dengan hanya barang yang kecil. Itulah kegembiraan anak-anak kita. Bukan mereka minta dibelikan barang yang mewah, makanan kegemaran atau barangan kesukaan mereka sudah cukup membahagiakan.
Membaca perkongsian cerita di facebook Cikgu Fadli Salleh, guru matematik yang cukup popular di media sosial ini buat hati rasa tersentuh. Benda yang kita anggap kecil menjadi sebesar perkara buat anak-anak kita. Jadi jangan menyesal, lebih-lebih lagi bab belikan barang untuk anak-anak. Jom baca kisah yang dikongsikan olehnya.
Aku kena upah Personal Shopper dah pasni beli barang. Tak leh jadi dah ni. Tadi wife wasap,
Terus aku rempit ke Giant dari UTC tadi. Masuk je Giant, tengok jajan, teringat anak suka. Tengok Kinder Bueno, teringat anak. Tengok tu rasa best, tengok ni rasa best.
Sedar tak sedar penuh satu troli.
Ads
Isteri kirim 3 benda yang total tak sampai RM20 je pun. Bila masuk pasaraya ni terus hilang ingatan. Semua benda rasa nak beli. Dekat dua rat kena petang ni.
Nak balik tadi menung panjang aku. Lupa datang dengan motor. Ingat datang dengan lori tadi. Hampir-hampir nak tempah Grab dah tadi suruh hantar barang. Haha.
Ejas punya ejas, lepas la bawak balik naik motor. Sampai depan rumah anak-anak berlari,
Ads
“Yeay, yeay ayah balik!”
“Yah, ayah beli apa tu,” tanya anak-anak bila nampak aku bimbit barang masuk rumah.
Bersorak mereka lihat makanan kegemaran mereka ada belaka. Terus hilang rasa menyesal beli belah tadi. Berganti kepuasan dan rasa bersyukur kerana belikan mereka makanan kegemaran mereka.
Ads
Kalau tak, mesti rasa bersalah saat anak bertanya “Ayah beli apa tu”.
Meski pun kita berbeza, meski pun cara kita tak sama. Namun aku pasti, kita semua setuju;
Senyuman dan kegembiraan anak-anak adalah perkara paling utama bagi setiap ibubapa.
Itulah bahagia.
#MFS – Ops I did it again! –
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak pelengkap keluarga, kehadiran mereka memeriahkan lagi kehidupan berumah tangga. Tambah meriah bila lengkap punya anak lelaki dan perempuan dalam keluarga, sempurna seadanya.
Bagi pasangan Siti Aisyah Abu, 34 serta pasangannya, Mohamad Khairunizam Ismail, 40 yang mana impian mereka untuk memiliki anak perempuan akhirnya tercapai setelah dikurniakan empat orang anak lelaki.
12 tahun kahwin, dapat 4 anak lelaki
12 tahun usia perkahwinan, menurut laporan Mstar, pernah Khairunizam bernazar untuk kelahiran anak yang keempat jika mereka dikurniakan anak perempuan.
“Anak sulung sampai nombor empat semua lelaki. Memang nak sangat anak perempuan sebenarnya. Tapi masa mengandung anak keempat, saya tak tahu lagi jantina dia masa tu. Suami bernazar cakap pada saya ‘Kalau yang ni dapat girl, saya nak simpan rambut panjang. Awak dah bersalin baru saya potong.”
“Suami saya ni rambut dia jenis kerinting jadi dia malu sikit nak simpan sebab nanti semua orang kutuk. Tapi demi untuk anak ke empat, dia sanggup bernazar tak nak potong rambut.
“Masa saya pergi scan awal mengandung tak nampak lagi jantina bayi. Sampai dah tujuh bulan pun baby tak nak tunjuk jadi doktor kata kemungkinan perempuan tapi doktor tak nak bagi harapan pada saya,” jelasnya kepada Mstar.
Tambah Siti lagi yang menguatkan nalurinya dan suami tentang anak perempuan, ketika hamil kali keempat, dirinya suka bersolek dan berhias berbeza ketika mengandungkan tiga anak yang terdahulu.
“Saya perasan masa mengandung anak keempat ni saya asyik nak melawa je. Saya suka make up dan bergaya. Masa anak yang lain saya jadi malas sikit nak berdandan.
“Jadi bila suami perhatikan sikap saya tu, dia pun cakap kemungkinan besar saya mengandung baby girl.
“Saya pun dengan yakin ambil keputusan beli barang untuk anak dalam kandungan saya ni siap-siap sebab teruja. Saya beli baju warna pink dan barang-barang lain semua warna untuk anak perempuan,” jelasnya lagi.
Doktor sahkan anak keempat pun lelaki
Setelah melakukan pemeriksaan sekali lagi, keputusan yang dikongsi oleh doktor tidak seperti yang disangka. Anak dalam kandungan Siti kali itu juga adalah lelaki.
“Masa saya sarat nak bersalin, doktor scan lagi sekali dan beritahu yang anak saya sebenarnya ‘boboy’. Dalam hati saya masa tu cakap tak apalah, asalkan anak saya sihat dan selamat pun dah cukup bersyukur.
“Tapi masa nak beritahu suami tu ada juga perasaan hampa sikit, risau dia kecewa sebab dah excited sangat nak ada baby girl.
“Lepas saya beritahu suami yang doktor scan tadi kata anak ni boy, suami pun senyum sambil kata tak apa. Dia pun tak kisah sama ada lelaki atau perempuan asalkan baby sihat, walaupun ada juga nampak kekecewaan sikit pada mukanya,” kongsi Siti lagi.
Ditanya tentang rambut yang disimpan, menurut Siti suaminya tidak memotong rambut sehinggalah anak keempat yang diberi nama Mohammad Airil Zaquan dilahirkan pada 26 Jun 2018.
Akhirnya anak kelima perempuan
Wanita ini turut mengakui bawaha wajah anak keempatnya yang kini sudah berusia 5 tahun kelihatan comel dan lembut persis bayi perempuan. Perkara itu turut diakui oleh orang sekeliling.
Namun sudah tertulis rezeki pasangan ini untuk mempunyai anak perempuan, setahun selepas melahirkan anak keempat, Siti hamil anak kelima dan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Kyra Kaisara pada 28 Mei 2020.
“Setahun lepas dapat anak keempat saya mengandung pula. Kali ni memang pasti anak perempuan tapi saya dah tak beli baju baru pink. Saya beli semua warna putih, biru dan hijau saja untuk dia.
“Alhamdullilah ada juga rezeki kami nak dapat anak perempuan. Merasa juga ada anak perempuan dalam keluarga kami. Suami pun senyum lebar,” akhiri Siti ketika ditemubual oleh Mstar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kes indeks membabitkan kanak-kanak kini dilihat semakin membimbangkan dan yang terbaharu seorang bayi perempuan berusia setahun menjadi punca tercetusnya Kluster Kampung Morak Palekbang di Tumpat, Kelantan.
Menurut laporan dari Harian Metro, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga kini kluster berkenaan sudah menjangkiti 34 individu.
“Kes indeks bagi kluster ini ialah bayi perempuan warganegara Malaysia berusia setahun yang mempunyai gejala sejak 22 Julai lalu.
“Kes ini kemudiannya dilaporkan positif Covid-19 pada 26 Julai dan sehingga kini seramai 51 individu yang juga kontak rapat sudah disaring.
“Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti penularan kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Morak di Palekbang, Tumpat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, hari ini terdapat 35 kluster baharu yang dikesan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang membabitkan 20 kluster komuniti, 14 di tempat kerja serta satu aktiviti keagamaan.
Mengulas mengenai kluster lain yang dikesan hari ini, Dr Noor Hisham berkata, tiga kluster membabitkan aktiviti ziarah, dua disebabkan rentas negeri serta satu berpunca daripada majlis pengebumian.
Katanya, bagi kluster ziarah ketika perayaan, beliau berkata, sehingga kini ia sudah menjangkiti 92 individu. Kluster berkenaan dikenali sebagai Kluster Kampung Changgong Melawi (Kelantan), Kluster Kampung Belimbing Jeli (Kelantan) dan Kampung Belum Baru (Perak dan Kelantan).
Bagi dua kluster rentas negeri, Dr Noor Hisham berkata, ia dikenali sebagai Kampung Tanah Lot Merchang di Terengganu dan Pahang iaitu kes indeks mempunyai sejarah rentas negeri bagi menghadiri satu majlis perkahwinan dan sudah menjangkiti 43 individu.
“Kluster kedua pula dikenali sebagai Kluster Samak Melintang di Perak dan sudah menjangkiti 14 individu.
“Kluster membabitkan majlis pengebumian pula dikenali sebagai Kluster Kampung Bersia Lama di Hulu Perak yang kini sudah menjangkiti 46 individu,”.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon berbakat besar, Datin Seri Umie Aida berterima kasih kepada pengikutnya di laman Instagram kerana banyak berkongsi tip pejagaan bayi dengannya. Selepas 25 tahun tidak menjaga bayi di rumah, banyak perkara yang dia terlupa tentang hal ini.
Dalam sebuah postingnya, dia turut berkongsi tentang cara lama membersihkan botol susu anak iaitu dengan teknik merebusnya selama 20 minit setiap hari. Masalahnya, apabila dia berbuat demikian penutup botol susu anaknya jadi susah untuk ditutup.