Seorang ibu tentu sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan nyawa anak yang tersayang. Lebih-lebih lagi apabila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh menghidapi penyakit kronik dan masih dalam usia yang kecil. Nurwatee Che Mamat, 21 sangguh berkorban nyawa untuk anak keduanya, Nur Aira Batrisya Muhammad Johari, 11 bulan yang menghidap penyakit kegagalan fungsi hati atau biliary atresia.
Meskipun masih muda namun ibu ini bersedia untuk mendermakan sebahagian hatinya demi menyelamatkan nyawa anak perempuannya itu. Ibu mana yang tegar melihat anak kecilnya menanggung penyakit sebegitu. Tentu sahaja dia juga ingin melihat Aira membesar seperti kanak-kanak lain.
Aira alami masalah saluran hempedu, perlu jalani pembedahan pemindahan hati
Apa yang dilaporkan oleh sebuah akhbar ketika usia Aira dua bulan, Nurwatee menjelaskankan anaknya itu mengalami masalah saluran hempedu menyebabkan dia dan suami, Muhammad Johari Mansor, 29, membawa bayi mereka mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bachok sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
“Aira berada dalam wad hampir satu bulan dan doktor menyarankan kami lakukan pembedahan pemindahan hati dengan segera di China, namun kami tidak mampu kerana pembedahan memerlukan kos RM250,000.
“Pada usia sembilan bulan, perut Aira semakin membesar dan mata, wajah serta badannya bertukar warna kekuningan,” katanya ketika didatangi wartawan akhbar di rumahnya di Kampung Padang Cina, Badak di Bachok, Kelantan
Hanya kerja kampung, tak mampu tanggung kos pembedahan yang tinggi
Nurwatee berkata, kerana tidak mampu, dia dan suami yang hanya bekerja kampung terpaksa mengambil ubat-ubatan di klinik sahaja, sehinggalah Aira terpaksa dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu bulan lalu akibat masalah pernafasan.
Ads
Katanya, ketika dimasukkan ke hospital, doktor memberitahu dapat membantu mereka menjalankan pemindahan hati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Kuala Lumpur dengan kos RM90,000.
Jalani pemeriksaan hati di HKL untuk kesesuaian
“Pada 29 Oktober ini, saya dan suami akan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pemeriksaan hati kami sama ada sesuai atau tidak untuk diberikan kepada anak.
“Walaupun tahu risiko yang dihadapi, saya dan suami sanggup berikan hati kami kepada anak kerana mahu menyelamatkannya secepat mungkin, kerana kalau tunggu penderma yang sesuai saya takut masa untuk Aira semakin suntuk,” katanya sambil menahan sebak.
Ads
Selain Aira, pasangan ini mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Nur Wardina Jasmin, 3.
Katanya, Aira disahkan menghidap penyakit ‘Acute Dicompasated Liver Failure With Hypoalbuminemia and Hyponatremia’ kini bergantung pada tujuh jenis ubat dan hanya mampu makan nestum.
Kisah sedih Aira tular selepas penderitaannya dikongsi salah penduduk kampungnya, Wan Nurhidayu Wan Mat, 28, menerusi Facebooknya, Ayu Hidayu sehingga mendapat 1,200 perkongsian.
Ads
Orang ramai yang ingin membantu, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank CIMB, 7612156456 atas nama Muhammad Johari Mansor.
Jom menyertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu ayah dah tersengguk-sengguk mengantuk. Anak pula tak menunjukkan sebarang tanda yang dia mahu tidur. Mahu dibiarkan bahaya pula. Mahu tak mahu terpaksa melayan karenah si manja sepanjang malam. Esoknya, rabak mata! Kenapa anak sukar tidur malam?
Apabila anak menjangkau usia 9 hingga 12 bulan dan ke atas, banyak perubahan yang berlaku. Selain perubahan pada fizikal yang semakin ketara dan lebih aktif, tidur malam juga kerap tertunda. Tidur amat mustahak untuk perkembangan bayi dan kanak-kanak. Otak mereka berkembang semasa tidur.
6 KESILAPAN PERLU ELAK JIKA MAHU ANAK SENANG TIDUR
1.Tidur siang terlalu lama
Ini menjadi salah satu punca utama masalah sukar tidur malam. Apabila bayi tidur siang terutamanya pada waktu petang terlalu lama, mereka akan rasa segar, tidak mengantuk dan bertenaga pada malam hari.
Ia akan menyebabkan sama ada mama dan papa perlu membiarkan anak bermain sehingga mengantuk sendiri awal pagi atau perlu berperang untuk memaksanya tidur dengan cara paksaan yang mana perlu dielakkan. Pesan kepada pengasuh anda untuk tidak membiarkan bayi tidur terlalu lama supaya dia mudah tidur pada waktu malam.
2.Persekitaran bising dan terlalu cerah
Suasana bising dan keadaan pencahayaan yang terlalu cerah boleh menjadi sebab kenapa bagi sukar untuk tidur pada waktu malam. Seelok-eloknya wujudkan suasana yang cosy apabila waktu tidur anak kian hampir.
Malapkan pencahayaan dengan memasang lampu meja dan memadamkan lampu siling. Matikan TV dan gajet sekurang-kurangnya 1 jam sebelum waktu tidurnya.
3.Terlebih rangsangan
Elakkan melakukan aktiviti rangsangan seperti bermain permainan melibatkan pergerakan fizikal yang aktif dengannya supaya pergerakan badan mula perlahan dan bersedia untuk tidur.
Peralatan seperti buaian seringkali menyebabkan kebergantungan. Kalau tak ada alatan ini, bayi tidak mahu tidur atau amat susah untuk melelapkan mata. Jadi, kalau anda tidak mahu pergantungan pada kemudian hari, elakkan dari membiasakan bayi dengan buaian daripada awal lagi.
5.Elakkan bergantung kepada pergerakan
Biasakan bayi didukung atau didodoikan dengan cara pergerakan. Apabila tidak dapat dua cara ini, ia boleh jadi punca bayi sukar untuk tidur. Seelok-eloknya biarkan bayi tidur di atas tilam. Paling tidak, mama dan papa hanya menepuk pahanya sehingga tertidur.
6.Tiada ada rutin tidur yang tetap
Bayi tidak mempunyai rutin tidur yang tetap akan mengalami masalah untuk tidur. Ibu ayah perlu mewujudkan rutin tidur bagi memudahkan mereka tidur. Tapi perkara ini tidak akan berlaku dalam masa yang singkat.
Rutin tidur yang seelok-eloknya mula diciptakan pada seawal selepas pantang. Misalnya selepas mandi malam, disusukan malam dan kemudian tidur. Patuhilah rutin ini untuk mengelakkan ‘berperang’ untuk tidur di waktu malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, bila ada anak, mama papa seronok lihat anak cantik dan comel didandan. Pemakaian barang kemas dan headband memang sinonim untuk bayi perempuan. Namun pengalaman ibu ini memberikan info baru mengenai pemakaian barang kemas dan headband kepada bayi.
Menurut ibu ini, Cik Puan Auni telah menceritakan pengalamannya memakaikan gelang emas kepada anak kedua yang bernama Puteri Alice Kayyisa. Sehingga satu hari ia membongkarkan sesuatu yang mengejutkan dan tidak disangka-sangkan kepada anak kecilnya itu. Berikut ialah perkongsiannya;
Penantian menunggu second baby setelah 4 tahun. Alhamdulillah dapt baby girl diberi nama Puteri Alice Kayyisa. Ciwi baby girl tak payah cakap lah sebagai seorang ibu mesti nak dandan ank perempuan kan tapi. baca sampai habis
PAKAI GELANG DARI USIA 3 BULAN
Bagi Alice pakai gelang dari umur dia 3 bulan.
Setiap bulan adjust saiz gelang dia.
Gelang tu boleh gerak-gerakkan pada tangan.
Tapi bulan lepas saja lah, rasa nak pi cuci gelang Alice sebab nampak berdaki. Apa yang jadi bila buka gelang Alice.
PERGELANGAN TANGAN JADI MENGECIL
Tangan Alice Mengecil kat pergelangan tangan. Walaupun gelang tu boleh gerak-gerak. Jadi Auni dah fobia nak bagi pakai. Nasib la buka nak pergi cuci kalau tidak tak tahulah apa yang jadi. Allah gerakan hati untuk buka
Lepas kejadian Auni bawak Alice pergi klinik cek tangan dia.
Doktor cakap jangan bagi baby pakai gelang, Rantai atau anything sebab ia boleh mengganggu tumbesaran baby. Baby membesar waktu tidurnya.
Ya Allah seriat darah saya mendengarnya. Kalau la tak buka untuk cuci tentu lagi teruk jadi
Tu tangan Alice dah semakin sembuh. Gambar tangan tu gambar hari ini. Ok dah Tangan tak mengecil. Gelang ni nampaknya simpan sajaa la. Tunggu Alice besar sikit baru Mommy bagi pakai atau tak pakai dah.
Biasalah mak-mak nak anak dara segak comel.
Nampak comel pakai emas, pakai headband. Rupanya bila jumpa doktor, tak elok banyak kesan sampingn kalau kita cuai tak ambik tengok. Sumpah dah fobia.
JANGAN LALAI
Jangan Judge Auni, sebab Auni pun tak akibatnya.
Mungkin ada yang pakai tak jadi apa-apa. Ada yang senasib macam Auni. Niat nak share agar ramai dapat info ni dan tak terima nasib macam ni.
Tak ada niat nak menunjuk. Cuma sebagai mak-mak memang tak dinafikn excited bila dapat baby girl mulalah nak berhias-hias. Tak salah pun cuma kita jangan lalai ja. Nasib Allah gerakkan hati untuk buka , kalau tidak, tak tahu nak cakap.
Auni Harap ibu-ibu muda di luar sana boleh terima dgn hati terbuka atas perkongsian yang terjadi kepada ank Auni sendiri.
Kalaulah kita tau benda tu buruk mana mungkin kita buat. Auni pun tak tahu tapi lepas jadi kat diri sendri baru ada ilmu. Apa pun terima kasih kepada yang positif.
Kongsilah dgn rakan-rakan, tak salah Pakai. Cuma kena alert sentiasa . Tapi Auni dah fobiaa
“Ya Allah Ya Tuhanku, panjangkan umur anakku, berikan dia kekuatan di mana kini dia sedang tenat”. Ini doa dari hati yang ikhlas seorang ibu. Hati ibu mana tak luluh saat anak yang baru lahir dan ingin mengecapi nikmat dunia disahkan mengalami masalah jantung terbalik.
Berita ini sangat meluluhkan hati si ibu. Dimana anak yang ditunggu-tunggu kelahirannya, menghidapi masalah jantung terbalik (iaitu penyakit jantung Dextrocardia with Situs Inversus Totalis) saat dia dilahirkan.
Setakat ini, bayi yang berusia dua bulan ini diberi nama Aafiyah telah menjalani 3 kali pembedahan dan perlu mengambil hampir 5 jenis ubatan.
Apa yang lebih mengejutkan, bahu belah kanan baby Aafiyah juga patah kerana dia dilahirkan tidak normal. Allahuakbar, besar ujian keluarga ini!
Bukan itu saja, doktor mendapati peti suaranya pecah kesan daripada intubasi dan kini terpaksa menggunakan tiub di hidung untuk minum susu.
“Ya Allah! Kau kuatkan la semangat baby Aafiyah untuk sembuh dan kembalikanlah senyuman si ibu seperti sediakala.”.
Situasi keluarga baby Aafiyah ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Di mana bapanya hanya pemandu lori dan perlu sediakan kos rawatan sebanyak RM10,000 bagi menampung kos pengangkutan dan kos harian.
INFO BANTUAN PEMBEDAHAN JANTUNG BABY AAFIYAH
Info Pesakit:
Nama: Nur Aafiyah Ezaliz
Umur: 2 bulan
Tempat tinggal: Pusing, Perak
Info Rawatan:
Kos pembedahan: RM 10,000 (Dextrocardia with Situs Inversus Totalis)
Hospital rawatan: Hospital Kompleks Wanita dan Kanak- kanak Ipoh
” Mungkin RM10 sedikit bagi anda, namun ia sangat bermakna buat mereka. Mereka kini berjuang untuk hidup.”
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 261 :
“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.
Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
Walaupun kecil, nilainya sangat besar di sisi Allah. Bagaimana nak hulurkan bantuan? Boleh terus ke myfahealth.onpay.my untuk dapatkan maklumat lanjut.
Mana tahu sumbangan kita ini boleh mengembalikan senyuman adik Aafiyah dan keluarganya. InsyaAllah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bulan Disember adalah bulan tengkujuh yang membawa bersama hujan lebat dan risiko jangkitan kuman yang semakin meningkat, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam tempoh ini,...