Bayangkan bila tiba-tiba kita terjumpa semula gambar lama kad pengenalan masa umur 12 tahun senyum polos, gaya rambut mungkin lain, dan wajah penuh keanak-anakan.
Itulah yang dialami Jep Sepahtu bila melihat kembali koleksi gambar IC lamanya, sampai terkedu dibuatnya!
Hakikatnya, gambar lama bukan sekadar foto. Ia adalah memori perjalanan hidup yang membawa kita kembali ke masa lalu dari zaman kanak-kanak, remaja hinggalah dewasa.
Walaupun masa terus berjalan dan usia makin meningkat, kenangan itu tetap segar dan menyentuh hati setiap kali kita tatap semula.
Sempena sambutan Hari Pendaftaran Negara ke-71, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memperkenalkan inisiatif penuh sentimental dinamakan Foto Kenangan Terindah JPN. Program ini membolehkan orang ramai menempah koleksi gambar MyKad dalam versi eksklusif bukan sekadar dokumen rasmi, tetapi memori hidup yang boleh dijadikan kenangan indah atau hadiah istimewa buat insan tersayang.
Ads
Ramai yang tertunggu-tunggu peluang ini kerana koleksi gambar eksklusif sebegini bukan sahaja unik, malah penuh dengan nilai emosi.
Apa Itu Foto Kenangan Terindah JPN?
‘Foto Kenangan Terindah JPN’ bukan dokumen rasmi, sebaliknya keluaran khas yang menampilkan gambar MyKad pemohon pada tiga peringkat usia:
• umur 12 tahun (kad pengenalan pertama),
• umur 18 tahun, dan
• terkini.
Inisiatif ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyimpan perjalanan hidup mereka dalam bentuk eksklusif. Malah, ia juga boleh dijadikan hadiah sentimental buat ibu bapa, anak-anak atau pasangan. Bayangkan wajah gembira mak ayah bila melihat gambar anak-anak dari kecil sampai dewasa dalam satu koleksi memang hadiah paling bermakna!
Ads
Kategori & Harga Tempahan
Sumber: Foto: https://vt.tiktok.com/ZSDEc3y44/
JPN menyediakan dua kategori khas:
• Foto Siri Individu – RM75
• Foto Siri IC Keluarga – RM150
Bagi kategori Foto Siri IC Keluarga, ia hanya boleh dikeluarkan untuk ahli keluarga yang telah memiliki kad pengenalan kali pertama, iaitu dari usia 12 tahun ke atas. Jadi, kalau nak abadikan kenangan seisi keluarga, ini pilihan paling istimewa.
Cara Membuat Tempahan
Orang ramai boleh membuat tempahan secara dalam talian melalui pautan rasmi JPN: https://fotoic.jpn.gov.my/
Ads
Selepas permohonan dibuat, koleksi foto ini akan dihantar ke alamat yang didaftarkan atau boleh diambil sendiri. Tempoh siap adalah sekitar 1 hingga 6 bulan, bergantung pada proses carian rekod lama.
📌 Penting untuk diingat, tempahan hanya dibuka sepanjang bulan Oktober 2025 sahaja (1 hingga 31 Oktober 2025). Jadi kalau terlepas tarikh ni, memang rugi besar sebab peluang sebegini jarang-jarang ada.
Untuk Info Lanjut
• 📞 Hubungi talian: 03-8880 7992
• 📧 Emel: fotoic@jpn.gov.my
• 🌐 Laman web rasmi JPN: www.jpn.gov.my
Kenangan tak boleh dibeli, tapi boleh diabadikan. Gambar lama tak mungkin dapat diulang kembali, dan inisiatif JPN ini memberi peluang untuk kita simpan memori berharga dalam bentuk yang eksklusif dan penuh makna.
Kalau anda ada mak ayah, pasangan, atau anak-anak yang anda sayangi inilah hadiah paling sentimental yang boleh anda berikan. Jangan tunggu lama, rebut peluang sepanjang Oktober ini sebelum terlambat.
Biasanya isteri yang mengharapkan kejutan dari suami, jarang suami minta isteri buat suprise. Jauh di lubuk hati, dah tentulah suami akan berasa seronok jika isterinya merancang sesuatu sebagai tanda menghargainya terutama ketika hari lahir si suami.
Biasanya isteri akan merancang dari awal tanpa perlu diminta, sudah menjadi lumrah gemar buat kejutan untuk suami. Begitu juga dengan pelakon cantik, Anzalna Nasir yang memuat kejutan buat suaminya sempena hari kelahirannya. Disambut sederhana, Anzalna berkongsi sebuah video di laman Instagramnya beserta kapsyen yang sweet tetapi lucu.
Turut memuatnaik sebuah foto, Anzalna membuat ucapan hari lahir buat suaminya. Katanya tahun lepas disambut berdua, tahun ini ada anak sebagai penyeri kehidupan mereka.
Anzalna mengatakan Mohamad Eidress adalah hadiah terbaik untuk suaminya dan turut mendoakan agar Allah SWT melimpahi perkahwinan mereka dengan cinta, rezeki, kebahagiaan dan melindungi mereka sekeluarga dari sebarang bahaya. Sempat juga Anzalna melahirkan rasa cinta buat suaminya, Hanif Zaki.
Happy birthday @hanif_zaki Last year’s celebration was just the two of us but this year around with @mohamadeidrees , our bundle of joy. Allah has given you the best birthday present ever. Alhamdulillah.. May Allah shower our marriage with love, rezeki, happiness and protect us from anything that will harm our family. Love you so much! ❤️
Untuk menjadi isteri terbaik untuk suami, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan. Bukan sekadar menyediakan makan, minum dan pakai suami, malahan lebih dari itu. Pa&Ma kongsikan apa yang seharusnya seorang isteri lakukan, untuk menjadi isteri yang diredai Allah SWT:
1. Perlu taat sepenuhnya kepada suami selagi tidak melanggar batas agama.
2. Isteri wajib memenuhi keperluan batin suami.
3. Isteri tidak mengizinkan sesiapa yang tidak disukai oleh suaminya masuk ke dalam rumah tanpa izin.
4. Tidak keluar rumah tanpa kebenaran suami.
5. Layan suami dengan baik.
Sebut sahaja Eco-Shop, terbayang deretan barangannya yang murah dan mampu milik dan menepati pilihan mak-mak untuk mengisi kelengkapan seisi rumah. Syurga bagi wanita.
Menepati pilihan mak-mak, Eco-Shop tampil memperkenalkan duta produknya, Baki Zainal yang cukup mesra menyantuni pelbagai golongan malah sentiasa dekat dengan alam.
Baki Zainal yang bernaung di bawah Baki Zainal Entertainment dengan sukacitanya mengumumkan kolaborasi antara Baki Zainal dan Eco-Shop Marketing Sdn Bhd, di mana beliau dipilih sebagai Duta Masyarakat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk Eco-Shop.
Baki yang sentiasa komited dengan amanah dan tanggungjawabnya ini juga rupanya cukup komited dan bersemangat dalam melindungi alam kelestarian terutamanya lautan.
Ia selari dengan visi Eco-Shop dalam mewujudkan masa depan yang lebih hijau dan lestari, untuk sentiasa dekat dan melengkapi kehendak pengguna.
“Saya berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada misi Eco-Shop dalam memperjuangkan amalan lestari.
“Kerjasama ini memberikan peluang yang luar biasa untuk memberi inspirasi kepada perubahan positif dan memperkasakan individu untuk mengamalkan gaya hidup mesra alam,” katanya berkongsi.
Sebagai langkah pertama, Baki Zainal bersama Eco-Shop akan melancarkan kempen revolusioner mereka, “No Plastic, Go Eco.”
Langkah ini bukan hanya akan meningkatkan kesedaran, tetapi juga memberi inspirasi kepada pelanggan Eco-Shop dan komuniti Malaysia untuk menerapkan amalan mesra alam dengan menghentikan penggunaan beg plastik di kedai mereka.
Semoga Eco-Shop terus maju jaya!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehidupan si kecil yang bernama Muhammad Iman Al Khausar Ismail berubah selepas kepalanya terhantuk di kerusi 10 bulan yang lalu. Kisahnya tular di media sosial kerana insiden yang berlaku kepadanya pada tahun lalu.
Namun semalam penderitaan yang ditanggung sudah berakhir apabila Iman telah disahkan meninggal dunia pada hari Jumaat 19 Jun 2020.
Berita sedih itu dikongsikan oleh ibu kepada adik Iman iaitu Nursasabila Kamarulzaman menerusi akaun Facebooknya yang memaklumkan bahawa anak kesayangannya yang baru sahaja berusia 3 tahun itu telah pulang ke Rahmatullah. Lebih meruntun hati apabila mengetahui adik Iman ini sebenarnya anak tunggal dalam keluarganya. Pemergiannya merupakan satu tamparan hebat buat Nursasabila dan suami.
Muhammad Iman Al Khausar merupakan seorang kanak-kanak yang dilahirkan secara normal. Tanggal 17 September 2019 merupakan detik ‘hitam’ buat adik Iman apabila kepalanya telah terhantuk pada kerusi ketika bermain. Insiden itu telah mengubah nasib anak kecil ini dalam sekelip mata sahaja.
Difahamkan juga, adik Iman disahkan menghidap kanser saraf tahap 4 pada 22 Oktober 2019 iaitu sebulan setelah dimasukkan ke hospital berikutan hentakan di kepala dan menyebabkan pendarahan. Doktor mendapati terdapat ketumbuhan di kepala dan belakang matanya. Setelah hampir 10 bulan menderita, anak syurga ini telah ‘berehat’ dan kembali kepada pencipta-Nya.
Menjengah ke ruangan Facebook Nursasabila Kamarulzaman, rata-rata warganet menzahirkan ucapan takziah buat adik Iman dan keluarga. Dalam kesempatan itu juga, mereka berharap agar keluarga arwah terus tabah dan kuat menerima dugaan yang diberikan ini.
Takziah diucapkan kepada keluarga adik Iman, semoga tabah dan kuat menghadapi ujian kehilangan ini. Semoga Iman tenang bersama Sang Pencipta. Al-Fatihah.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.