Tengok Balik IC Lama, Jep Sepahtu Pun Tersentuh… Begini Cara Nak Mohon Foto Kenangan Terindah JPN

Share

Bayangkan bila tiba-tiba kita terjumpa semula gambar lama kad pengenalan masa umur 12 tahun senyum polos, gaya rambut mungkin lain, dan wajah penuh keanak-anakan.

Itulah yang dialami Jep Sepahtu bila melihat kembali koleksi gambar IC lamanya, sampai terkedu dibuatnya!

Hakikatnya, gambar lama bukan sekadar foto. Ia adalah memori perjalanan hidup yang membawa kita kembali ke masa lalu dari zaman kanak-kanak, remaja hinggalah dewasa.

Walaupun masa terus berjalan dan usia makin meningkat, kenangan itu tetap segar dan menyentuh hati setiap kali kita tatap semula.

Sempena sambutan Hari Pendaftaran Negara ke-71, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memperkenalkan inisiatif penuh sentimental dinamakan Foto Kenangan Terindah JPN. Program ini membolehkan orang ramai menempah koleksi gambar MyKad dalam versi eksklusif bukan sekadar dokumen rasmi, tetapi memori hidup yang boleh dijadikan kenangan indah atau hadiah istimewa buat insan tersayang.

Ramai yang tertunggu-tunggu peluang ini kerana koleksi gambar eksklusif sebegini bukan sahaja unik, malah penuh dengan nilai emosi.

Apa Itu Foto Kenangan Terindah JPN?

‘Foto Kenangan Terindah JPN’ bukan dokumen rasmi, sebaliknya keluaran khas yang menampilkan gambar MyKad pemohon pada tiga peringkat usia:
• umur 12 tahun (kad pengenalan pertama),
• umur 18 tahun, dan
• terkini.

Inisiatif ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyimpan perjalanan hidup mereka dalam bentuk eksklusif. Malah, ia juga boleh dijadikan hadiah sentimental buat ibu bapa, anak-anak atau pasangan. Bayangkan wajah gembira mak ayah bila melihat gambar anak-anak dari kecil sampai dewasa dalam satu koleksi memang hadiah paling bermakna!

Kategori & Harga Tempahan

Sumber: Foto: https://vt.tiktok.com/ZSDEc3y44/

JPN menyediakan dua kategori khas:
• Foto Siri Individu – RM75
• Foto Siri IC Keluarga – RM150

Bagi kategori Foto Siri IC Keluarga, ia hanya boleh dikeluarkan untuk ahli keluarga yang telah memiliki kad pengenalan kali pertama, iaitu dari usia 12 tahun ke atas. Jadi, kalau nak abadikan kenangan seisi keluarga, ini pilihan paling istimewa.

Cara Membuat Tempahan

Orang ramai boleh membuat tempahan secara dalam talian melalui pautan rasmi JPN: https://fotoic.jpn.gov.my/

Selepas permohonan dibuat, koleksi foto ini akan dihantar ke alamat yang didaftarkan atau boleh diambil sendiri. Tempoh siap adalah sekitar 1 hingga 6 bulan, bergantung pada proses carian rekod lama.

📌 Penting untuk diingat, tempahan hanya dibuka sepanjang bulan Oktober 2025 sahaja (1 hingga 31 Oktober 2025). Jadi kalau terlepas tarikh ni, memang rugi besar sebab peluang sebegini jarang-jarang ada.

Untuk Info Lanjut
• 📞 Hubungi talian: 03-8880 7992
• 📧 Emel: fotoic@jpn.gov.my
• 🌐 Laman web rasmi JPN: www.jpn.gov.my

Kenangan tak boleh dibeli, tapi boleh diabadikan. Gambar lama tak mungkin dapat diulang kembali, dan inisiatif JPN ini memberi peluang untuk kita simpan memori berharga dalam bentuk yang eksklusif dan penuh makna.

Kalau anda ada mak ayah, pasangan, atau anak-anak yang anda sayangi inilah hadiah paling sentimental yang boleh anda berikan. Jangan tunggu lama, rebut peluang sepanjang Oktober ini sebelum terlambat.

Sumber: Tiktok Pendaftaran Negara

Published by
Nor Yusoff