
Pejam celik dah tiga bulan usia anak kepada pelakon Eyra Hazali dan suami, Haziq Nadzli. Bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Hayder Qhalis dimaklumkan oleh ibunya mengalami Pneumonia dan dimasukkan ke hospital baru-baru ini.
Berkongsi rasa tentang perkara itu di Instagram miliknya, Eyra memanjatkan rasa syukur dan menyatakan bahawa anak sulungnya itu kini sudah sembuh dan pulih sepenuhnya.
Dalam perkongsiannya itu, Eyra menceritakan saat-saat Hayder yang masih kecil terpaksa melalui rawatan yang cukup perit buat bayi sekecilnya.
“Alhamdulillah,officially turns 3 months old today! First of all,thank you for all your prayers and good wishes for Hayder.
“Hayder was admitted to the hospital due to pneumonia ( lung infection/ jangkitan paru paru) .
“When his doctor told me this,I was in denial at first because he is too young to face this. Tengok dia kena cucuk jarum,nangis kena buat covid test ( Alhamdulillah negative) , masukkan ubat,ambil gas,Allahuakbar…But he’s such a strong boy,a fighter. My fighter.”
Eyra turut menyatakan anaknya itu tetap memberikan senyuman meskipun terpaksa melalui proses rawatan.
“After all the cries and screaming,he still managed to give us the brightest smile and his smile makes me stronger. Im so sorry you have to go through this sayang,Mama would do anything to take your place,your pain.
May Allah ease everything,may Allah bless you with good health and long life. Mama and papa love you so much sayang. Our Strong Boy,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Memang sedih bila kena tengok anak-anak yang masih kecil jalani proses rawatan dekat hospital. Semoga Hayder terus sihat dan membesar dengan baik!
Sumber: Media Hiburan & IG Eyra Hazali
Baca: “Sekarang Dah Ada Anak, Selalu Sangat Berderau Darah,” Anak Saharul Ridzwan Cedera Kena Air Panas!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ketumbuhan Fibroids Berlaku Dalam Diam! Dr Hamid Arshat Perjelaskan Puncanya Sehingga Boleh Ganggu Kehamilan

Sampai sekarang pakar-pakar perubatan belum pasti dengan tepat tentang punca sebenar ketumbuhan fibroids dalam rahim.
Menurut Dr Hamid Arshat, apa yang nyata lebih kurang 30% wanita berumur 35 tahun ke atas mengalaminya. Ramai tidak sedar kerana tiada gangguan dalam haid, atau masalah lain. Ertinya ketumbuhan ini berlaku dalam senyap. Ada yang masih tidak sedar hingga akhir hayat mereka.
Ada juga yang hamil dengan ketumbuhan fibroid tanpa apa-apa gangguan dan terus melahirkan anak secara normal.
Sebaliknya fibroids boleh ganggu kehamilan dengan menyebabkan keguguran, pendarahan waktu hamil, ganggu kedudukan bayi dalam rahim- songsang (breech), melintang atau lain-lain serta memerlukan bedah cesarean. Juga menyebabkan kelahiran pramatang.
Sesetengah pakar berpendapat faktor baka dan keturunan memainkan peranan terhadap masalah ini. Berwaspada bila emak atau saudara terdekat mengalaminya.
Biasanya penghidap fibroids mengalami ketidak seimbangan hormon, iaitu hormon estrogen berlebihan dan hormon progesteron kurang.
Estrogen dipercayai berperanan, kerana bila menopause iaitu bila kandungan estrogen berkurangan, saiz tumbuhan fibroid akan mengecut dan kadang-kadang boleh terus hilang.
Sebaik-baiknya jauhkan factor-faktor yang menyebabkan hormon estrogen meningkat tinggi seperti kegemukan, polycystic ovaries, tumbuhan ovary, pil-pil yang mengandungi estrogen serta krim sapu untuk besarkan buah dada (mengandungi estrogen).
Langkah Mengurangkan Pengaruh Hormon Estrogen Pada Wanita
Punca sebenar bagi penyakit yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidaklah diketahui .
Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca persekitaran seperti kelemahan immuniti, toksin, dan hormon estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormon estrogen dan progesteron lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut.
Dalam keadaan biasa, hormon estrogen adalah sangat penting bagi fungsi-fungsi edaran haid, kesuburan, kehamilan, sifat kewanitaan, kecantikan, fungsi seks, bentuk badan dan lain-lain.
Tindakan estrogen terhadap tisu-tisu biasanya diseimbangkan oleh hormon kedua wanita iaitu hormon Progesteron, yang hanya dikeluarkan jika wanita mengalami penetasan telur/ovulation. Banyak situasi yang menyebabkam wanita tidak mengalami penetasan telur / ovulation.
Oleh itu, kekurangan hormone Progesteron boleh menyebabkan hormone Estrogen bertindak sewenang-wenangnya.
Beberapa situasi yang menyebabkan hormon Estrogen meningkat ialah kegemukan atau obesiti. Lemak- lemak yang berlebihan boleh menggalakkan pembentukan estrogen serta pengurangan Progesteron.
Selain daripada kilang telur, sumber lain bagi estrogen ialah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang. Wanita-wanita yang mengalami masalah pembengkakan ovary seperti Polycystic ovaries Syndrome (PCOS) juga sering mengalami masalah hormon Estrogen yang berlebihan dan kekurangan hormone Progesteron.
Oleh itu, saya cadangkan beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk dari kolesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enjim aromatase diperlukan.
Langkah-langkah mengawal estrogen
- Kekalkan berat badan ke tahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan estrogen yang berlebihan.
- Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormone estrogen dan progesteron
- Mengawal stres. Selain boleh meningkatkan hormon cortisol/steroid, stres juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita. Ia juga meningkatkan tahap estrogen.
Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stres seperti membaca al-Quran, solat, berzikir, berselawat, bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise.
Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon estrogen dan progesteron.
Pengambilan makanan yang berkhasiat
Ada beberapa jenis makan yang bertindak mengawal tahap Estrogen iaitu:
Buah delima/ promegranate
Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung.
Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan estrogen.
Sayur- sayuran
Sayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang bertindak mengawal penghasilan hormone Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.
Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)
Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan estrogen) di mana sekaligus mengawal penghasilan hormon estrogen yang berlebihan
Cendawan
Cendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.
Biji anggur (grapeseed)
Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia. Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormon estrogen dalam badan wanita.
Chia Seed
Chia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita. Begitu juga flexseed. Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.
Oats
Oats adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan estrogen.
Buah – buahan citrus
Buah buahan citrus seperti lemon,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C,dan anti-oksidan, ia juga mengandungi unsur anti-estrogen
Minum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juz kedalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.
Bawang-bawang
Bawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping megandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan ,ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung. Ia juga mengandungi bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap estrogen dalam badan.
Kunyit
Kunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita. Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron
Algae ( spirulina/ chlorella)
Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrigen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.
Makanan-makanan fermented
Makanan fermented seperti Tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah dan juga berbillion bacteria baik untuk badan dan melawan bacteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen
Minyak kelapa Dara
Minyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen
Bawang Putih
Bawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.
Daun Kucai
Daun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.
Berries (black berries, blackcurrant, mulberry)
Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan tubuh badan wanita. Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-estrogen
Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormon serta mengurangkan tahap estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal di samping mengambil langkah- langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut.
Sumber: FB Dr Hamid Arshat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Baru Lahir Kerap Muntah Susu? Ibu Bapa Wajib Periksa Perkara Ini Sebelum Bawa Ke Pakar!

Masalah bayi muntah ini kerap terjadi kepada bayi berumur di bawah 6 bulan dan boleh berlaku samada bayi menyusu ibu atau susu formula. Jika terjadi kepada bayi yang menyusu ibu, ibu atau orang di sekelilingnya akan mengatakan susunya tidak sedap atau kurang khasiat, bayi tidak suka rasa susu ibu dan bayi kembung perut sebab ibu tersalah makan.
Segala mitos ini akan menyebabkan si ibu percaya lantas memberikan bayinya susu formula. Jika ini terjadi kepada bayi yang menyusu formula pula, mitos yang kerap berlegar dalam masyarakat ialah, susu tidak sesuai, alahan kepada susu formula jenama tertentu dan akhirnya kerap bertukar pelbagai jenama susu.
Sedangkan kajian menunjukkan lebih kurang 2/3 bayi di bawah 6 bulan mengalami masalah sekurang-kurangnya sekali sehari. Kebanyakan masalah muntah sejak umur 1 minggu kelahiran dan 40 – 65 % bayi berumur 1-4 bulan disebabkan oleh Gastroesophageal Reflux (GER). Masalah GER ini akan semakin berkurangan sehingga bayi mencapai umur 6 bulan. Lebih kurang 96 % bayi yang mengalami GER ini akan sembuh sepenuhnya apabila mencapai umur setahun. (Anna Rybak, Int Journal Molecular ScienceAugust 2017, Czinn SJ et al. Paediatric Drugs 2013)
Apakah Gasteroesophageal reflux ini?
Di dalam perut manusia terdapat injap bahagian atas yang membuka laluan makanan daripada otot esofagus bawah (LES – lower esophageal sphincter) ke dalam perut (lihat gambarajah). Namun, di dalam bayi baru lahir, otot LES ini belum cukup kuat untuk menutup rapat selepas susu masuk dalam perut. Maka, makanan akan berpatah balik ke atas melalui esofagus dan bayi akan memuntahkan susu keluar.
Sekiranya bayi anda mengalami masalah muntah, perlu diteliti beberapa perkara yang membimbangkan dan perlu dibawa berjumpa pakar kanak-kanak.
- Muntah yang tersangat kerap dan berhalaju tinggi setiap kali sejurus selepas atau semasa menyusu. Ini ditakuti bayi mempunyai masalah yang jarang berlaku iaitu Pyloric stenosis iaitu otot pylorus (injap perut bahagian bawah) yang tebal daripada normal.
- Muntah yang menyebabkan kurang berat badan atau berat tidak naik secukupnya.
- Jika bayi mempunyai tanda-tanda kurang air dalam darah (dehidrasi) seperti kurang membuang air besar dan kecil seperti normal dan kelihatan kulitnya kering dan bayi lemah dan tidak menangis seperti biasa.
- Bayi tidak boleh membuang angin, perutnya kelihatan buncit dan lebih keras bila diurut, serta bayi menangis mengerang seperti sakit perut. Inimenandakan bayi mengalami usus tersumbat yang menyebabkannya muntah.
- Bayi kerap terbatuk akibat tersedak / tercekik dengan susu yang berpatah balik ke dalam kerongkongnya. Kadang-kadang bayi boleh mendapat jangkitan paru-paru “aspiration pneumonia”.
Sekiranya bayi mengalami muntah disebabkan oleh GER tapi tiada tanda-tanda seperti di atas, maka anda tidak perlu panik. Ikuti langkah seperti di bawah;
- Susukan bayi anda dalam posisi kepala bayi lebih tinggi kedudukannya daripada perut samada menyusu ibu atau menggunakan botol. Berhenti sekejap pada separuh masa penyusuannya (bila lihat hisapannya kurang laju). Letak bayi ke dada ibu dalam kedudukan menegak seperti ingin sendawakannya sambal menepuk lembut belakangnya. Ini memberikan masa untuk susu itu turun ke dalam perut bayi mengikut tarikan graviti. Lakukan perkara ini dalam 1-2 minit sahaja dan sambung lagi penyusuannya sehingga bayi kenyang atau susunya habis. Jika perlu sendawakan, sekali lagi ulang meletakkan bayi ke dada ibu. Kemudian, jika bayi tertidur, letakkan bayi mengiring ke tepi (kiri atau kanan) dan elakkan meletak bayi terlentang dengan kepala sama paras dengan perutnya. Ini dapat mengelakkan bayi daripada termuntah dan tersedak (choking) dengan susu yang berpatah balik.
- Lakukan urutan perut bayi setiap kali bayi telah buang air besar atau kecil semasa menukar lampinnya. Urutan pusingan U daripada kanan bawah abdomen bayi, memusing U ke arah kiri bawah abdomen. Amalkan juga mengurut bayi di bahagian lain tubuh bayi jika selepas mandi dan boleh rujuk cara urutan ini dalam video pendidikan. Selepas mengurut, boleh lakukan gerakan kedua lutut serentak lipat ke perut untuk memberi tekanan agar bayi dapat membuang anginnya jika dia kembung (colic)
- Jika memakai barut, elakkan terlalu ketat.
- Elakkan meletakkan bayi dalam keadaan membongkok ke depan (posisi duduk) selepas menyusukan kerana ini akan memberi tekanan kepada perutnya sehingga muntah.
- Jika bayi tersedak susu, segera tiarapkan baby di tangan ibu / penjaga, tepuk lembut belakangnya untuk memastikan bayi tidak menjadi kebiruan (cyanosis) kerana kurang oksigen akibat saluran nafas tersumbat. Sedut hidungnya jika terdapat susu keluar melalui hidung.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pemakanan Jenis Ini Penyebab Utama Masalah Kulit Anak Gatal Dan Mudah Ekzema

Masalah keradangan kulit pada kanak-kanak antara yang sentiasa berlaku. Tak kira anak mengalami masalah ekzema atau pun tak. Kadang bila nampak anak tergaru-garu dan tak selesa ibu bapa pula susah hati.
Menurut Dr Suriyakhatun, faktor utama untuk pastikan masalah ini tak berulang dan terkawal ibu bapa kena perbetulkan corak pemakanan anak-anak. Ini penting bagi memastikan anak mendapat zat yang cukup.
Berikut antara perkongsian Dr Suriyakhatun mengenai kenapa pentingnya pemakanan yang seimbang dan berkhasiat diperkenalkan pada anak.
“Doktor tolong rawat kulit anak saya ni kering dan gatal.” kata ibu muda berkenaan anak perempuannya yang berumur empat tahun. “Dia juga tak lalu makan. ”
Seperti biasa saya tanyakan makan minum anak dan jika masih minum susu botol.
Anak ini minum susu botol formula yang ada campuran minyak sayur gula dan pengemulsi. Dia minum enam botol sehari, setiap botol 200 ml.
Anak ini sudah empat tahun. Susu boleh diberikan dua gelas sehari. Pilih susu tanpa tambahan gula dan tanpa lemak sayur yang merupakan minyak berproses yang boleh mencetuskan radang.
Selera makannya kurang sebab terlalu banyak minum susu. Hentikan botol, beri dalam gelas, dia akan dengan sendirinya kurang minum susu.
Tak boleh ibu ini berkata. “Susah nak tukar susu lain dan susah nak ubah. Dia akan mengamuk dan saya tak ada masa nak pujuk dia atau ubah tabiat menyusunya. Doktor bagilah ubat dan losyen yang wajar untuk kulitnya.”
Saya bertanya lagi. Poo dia macam mana dan dia makan apa?”
” Dia tak suka nasi, dia banyak makan roti dengan peanut butter dan poo dia keras. Dia tak poo hari-hari. ”
“Doktor bagi ubat ya? Saya tak boleh ubah tabiat makan dia nanti dia mengamuk.”
“Anak puan perangai dia macam mana?” Saya bertanya lagi.
” Dia kuat melawan dan cepat mengamuk serta tak boleh duduk diam.”
Saya mengeluh panjang. Punca kulit kering, najis keras dan perangai susah nak tangani adalah pemakanan yang tak cukup zat yang boleh diserap serta banyak pula gula dan bahan yang boleh menyebabkan gatal/ radang (susu berlebihan, tepung gandum berlebihan, gula berlebihan, kacang tanah hari-hari). Ibu pula minta penyembuhan tanpa usaha nak betulkan dari punca.
Nah ini ubatnya :
Antihistamine bila dia garu, losyen pelembab, vitamin dan prebiotik untuk tampung kekurangan makanan. Sebenarnya ini tidak ideal. Sebaiknya betulkan pemakanan. Antihistamine adalah drug dan tidak bagus untuk guna selalu atau jangka panjang.
Good luck to you mum.
Ramai juga pesakit yang nak sembuh tetapi enggan buat perubahan yang perlu untuk sembuh.
Sumber: Dr Suriyakhatun
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI