Pengalaman bersalin bagi setiap wanita lain-lain. Ada yang mudah, ada yang perlu melalui sakit yang lama dan bagi sesetengah kes kena czer.

Ibaratnya kita tak boleh nak jangka kesakitannya cuma hanya perlu sentiasa bersedia dan mendapat sokongan dari suami.

Bagi seorang suami, Saswandi Abdul Rahman, pengalamannya melihat sendiri pengorbanan isteri nak melahirkan zuriat mereka benar-benar buatkannya insaf. Hebatnya seorang isteri bertarung nyawa.

Tengok Isteri Lemah, Keluar Banyak Darah Masa Bersalin, Kuatnya Kamu! Suami Belum Tentu MampuMungkin bagi lelaki belum tentu dapat melalui kesakitan tersebut. Walaupun orang kata wanita lemah, tapi bab melahirkan anak seolah-olah wanita ada satu kuasa luar biasa.

Berikut antara perkongsiannya

Debaran dua hari menunggu kelahiran anak sulung kami. Tapi masih 3cm. Disebabkan isteri contraction terlalu kuat, isteri saya di tahan wad. Semenjak isteri masuk wad, sepanjang waktu melawat saya sentiasa menemani isteri saya.

Pada ketika itu sempat saya bertanya isteri apakah makanan yang beliau nak makan tapi masih belum dapat, maklum lah nak berpantang lepas ni tak boleh makan makanan yang sedap sedap untuk beberapa bulan nanti.Tengok Isteri Lemah, Keluar Banyak Darah Masa Bersalin, Kuatnya Kamu! Suami Belum Tentu MampuKeesokan harinya contraction masih kuat dan doktor mengambil keputusan untuk masukan alat bantuan bersalin seperti (belon) untuk lebih cepat jalan dibuka dan memudahkan isteri saya bersalin secara normal.

Ads

Jam menunjukan pukul 7 petang, isteri saya mengadu terlampau sakit sampai kan tak dapat lagi menahan kesakitan yang dialami lalu saya memanggil nurse yang bertugas ketika itu untuk memeriksa keadaan isteri saya.

Setelah diperiksa nurse bagi tahu kami bahawa jalan sudah buka 5cm, nurse bergegas tolak isteri saya masuk ke labour room.

Cuak punya pasal membuatkan saya hendak buang hajat besar dan saya sempat berbisik ke telinga isteri saya bertanya adakah sempat untuk saya ke tandas.

Nampak riak wajah mukanya macam kecewa mungkin dia ingat saya takut nak teman dia dalam bilik bersalin kerana sebelum ni saya sudah berjanji untuk teman dia didalam bilik bersalin.Tengok Isteri Lemah, Keluar Banyak Darah Masa Bersalin, Kuatnya Kamu! Suami Belum Tentu MampuPerut makin meragam lalu saya terus mencari tandas, Alahaii…saat saat kritikal ni boleh pulak lupa tandas dekat mana…

Setelah selesai menunaikan hajat lalu saya bergegas ke bilik bersalin. Bilik depan kiri dan kanan semua dah dengar suara bayi nangis. Doktor cakap sudah buka bacaan 9cm.

Ads

Dalam 10.15 macam tu sudah buka 10cm 3kali push. Tepat 10.45pm malam nisfu syaaban hari isnin, lahir la putera sulung kami.

Saya tidak terus keluar bilik malahan saya masih disitu menemani isteri saya. Bahagian ni ramai lelaki yang tidak sanggup lihat.

Tapi saya sanggup, depan mata saya tengok benang jarum dan darah. Saya lihat sehingga nurse tu habis jahit. 

Bagi lelaki yang tidak tahan tengok darah memang digalakkan keluar. Nurse tu cakap ramai lelaki pengsan lepas tengok darah.

Ads

Sebelum tambah kerja nurse. Nurse akan suruh keluar. Nasib saya jenis tidak takut darah .

Darah tanpa henti keluar. Wajah isteri memang lemah longlai. Disebabkan bayi disisi isteri saya senyum je.Tengok Isteri Lemah, Keluar Banyak Darah Masa Bersalin, Kuatnya Kamu! Suami Belum Tentu MampuHebatnya kuasa Allah mencipta wanita menahan kesakitan melahirkan anak. Kalau la lelaki boleh beranak, confirm banyak yang arwah kot.

Kuatnya seorang isteri. Suami dan bakal jadi ayah, hargai la isteri anda. Pengalaman pertama kali masuk bilik bersalin. Atas permintaan isteri tercinta memang dia nak saya ada kat sisi dia masa dia bersalin.

Sumber: Saswandi Abdul Rahman

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI