Kehadiran anak kedua yang juga bayi lelaki kepada penyanyi Nubhan Ahmad dan isterinya Dr Afifah Tawfek pada 19 Januari lalu menjadi pelengkap rumah tangga mereka selepas mempunyai anak perempuan Aafiya Kamilia yang kini berusia dua tahun.
Bagaimanapun, menerusi perkongsian video Nubhan hingga saat ini si kakak masih tak boleh menerima kehadiran adiknya.
Walaupun puas pujuk untuk tengok adik secara dekat, Aafiya tetap melarikan diri. Kadang-kadang bila tengok pun sekadar jauh-jauh je.
Mungkin Aafiya masih dalam proses nak menyesuaikan diri, lagi-lagi bila tengok Nubhan dan isteri meriba adiknya. Lagipun sebelum ini hanya dia seorang sahaja. Buat apa sahaja pun tak kisah.
Sebagai seorang bapa kepada dua anak, cara Nubhan itu bagus. Dia tetap biasakan Aafiya dengan adiknya. Biasalah anak sulung ni mereka ada perasaan cemburu. Cuma bagaimana nak buat dia sayang pada adiknya, ibu bapa yang kena pandai ambil hati.
Rajin urus isteri dalam pantang
Ramai memuji cara Nubhan kerana tak kekok uruskan isterinya dalam pantang walaupun dah ada pembantu yang menguruskan keperluan isteri.
Mungkin orang kata lelaki ini tak pandai, tapi jika ada kemahuan nak tolong tak ada masalah walaupun tak sempurna.
Istilah tak pandai boleh diubah jika ada kemahuan untuk mencuba. Macam Nubhan walaupun bab jaga isteri pantang belum pandai, tapi dia nak mencuba dan rajin melayan anak-anak.
Nubhan juga sangat bersyukur dengan pemberian anugerah ini kerana dah cukup sepasang cahaya matanya.
“Lepas ni Cik Mad nama panggilan untuk bayi lelakinya itu boleh jadi geng pergi masjid bersama abah,” tulisnya dalam satu kapsyen di gambar.
Sebelum ini , isteri Nubhan telah selamat lahirkan bayi mereka di KPJ Seremban jam 2.05 pagi dengan berat 3.4 kg.
Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.