Melihat wajah anak di pagi hari yang tersenyum riang buat hati ibu jadi berbunga riang. Pelakon, Tasha Shilla turut berkongsi hal yang sama tatkala bila melihat cinta hatinya setiap pagi.
Berkongsi perasaan mak-mak setiap kali melihat wajah anak, inilah yang cuba dikongsikan Tasha Shilla melalui Instagramnya.
Menurut kata Shila, masalah boleh hilang sebaik memandang wajah anak apa lagi saat si comel tersenyum.
Menerusi Instagramnya, Tasha turut memuat naik tiga keping gambar buah hati keduanya, Nyla Kaadira yang kini semakin membesar.
Malah bau bayi di waktu pagi itulah yang begitu dirindukannya setiap waktu. Bau syurga yang dicari-cari.
“Bangun pagi tengok muka ni hilang memikirkan masalah negara.
Ads
“Tak mandi pun bau syurga. Wangi je baby ni. Thank you Allah. Thank you Nyla Kaadira.
“Senyum tak perlu kata apa-apa.😍🥰😄♥️ Percaturan Allah itu indah,” tulisnya di kapsyen.
Malah Tasha juga turut meluahkan rasa syukurnya dengan anugerah dua cahaya mata terindah juga merasai nikmat bergelar ibu.
Berkongsi rasa keibuannya suatu ketika dahulu, ujar Tasha, dia menjadi terlebih sensitif selepas bergelar ibu. Bila mana sahaja terbaca atau melihat anak kecil yang kurang bernasib baik atau kemalangan menimpa mereka, hati kecilnya cukup mudah tersentuh.
Tasha yang selamat melahirkan bayi keduanya pada 5 September lalu kini semakin bertambah cantik dan langsing biar pun sudah bergelar ibu anak dua.
Meninjau beberapa entri di Instagramnya, ibu anak dua ini cukup aktif bersenam demi mengembalikan kecergasan dirinya sekaligus mengekalkan kecantikan dirinya seperti dulu.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Pasangan ini, Cik Epal dan suaminya, Jofni Abu Bakar atau lebih dikenali sebagai Jo memang unik. Kedua-duanya merupakan pasangan yang cukup cool malah sporting dalam segala hal. Bersahaja. Dek kerana itulah banyak berkongsian mereka di instagram kurang disenangi oleh netizen. Namun itulah cara mereka.
Jarang berkongsi mengenai kisah kehamilan dan anak-anak, rupanya Cik Epal juga sama seperti ibu lain yang punya detik manis ketika mengandungkan dua anaknya Han dan Yuki.
Bagi Cik Epal, kisah kehamilan kedua-duanya bagi adalah satu perjalanan yang cukup indah. Mengandungkan Han adalah perjalanan tanpa sebarang alahan malah cukup enjoy menikmati semua jenis makanan. Namun berbeza pula ketika mengandungkan Yuki.
“ Saya alami alahan yang agak teruk ketika mengandungkan Yuki. Seksa kerana apa saja yang saya makan semuanya akan dimuntahkan semula. Saya juga mudah alah dengan semua jenis bau terutama bau makanan. Langsung saya tak masak dan masuk dapur ketika waktu ini.
Malah saya juga kurang aktif di IG kerana tidak boleh melihat makanan. Saya sentiasa rasa loya dan mual malah sentiasa mahu tidur dan bermalas-malasan. Saya juga jarang keluar. Mujur suami dan Han memahami sepanjang detik ini.
Namun pengalaman melahirkan Yuki teramatlah mudah. Sampai sahaja di hospital, bila doktor check bukaan saya sudah 7cm dan tidak sampai 3 jam saya sudah selamat melahirkan Yuki. Menariknya Yuki lahir dua minggu lebih awal daripada tarikh due. Kelam kabut kami dibuatnya kerana tak sempat beli kelengkapannya ketika itu,” ceritanya lagi yang melahirkan bayi keduanya di Hospital Thomson Kota Damansara.
Malah bagi Cik Epal tempoh berpantang adalah waktu paling istimewa buatnya.
“ Saya berpantang cara mak saya yang mengikut patuh amalan tradisi. Malah sepanjang berpantang saya ditemani emak saya yang setia menjaga dan menyediakan masakan berpantang buat saya. Saya cukup enjoy sebab dapat berehat selama tempoh itu.
Saya rasa paling seronok masa berpantang kerana semuanya dilayan bagai puteri. Tak ada pun yang kita fikirkan, hanya rehatkan badan dan bonding dengan Yuki sepanjang waktu itu. Malah rezeki saya untuk menyusukan Yuki juga sentiasa ada. Saya patuh dengan rutin mengepam setiap empat jam sekali dan semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah susu saya banyak dan ada buat Yuki.
Saya tak amalkan sebarang booster tambahan tetapi memilih untuk makan makanan segar yang dapat memperbanyakkan susu seperti kurma, lobak putih dan juga pegaga sebagai ulam. Inilah menu kegemaran saya dan alhamdulillah menjadi. Bukan tidak percaya pada milk booster yang banyak dijual dipasaran tetapi saya lebih suka organik.
Bagi saya nak menyusu kita kena ada support sistem yang baik. Paling penting kena enjoy, jangan stress dan sentiasa positif. Sentiasa fikirkan susu kita banyak dan usaha untuk makan makanan yang sihat dan boleh perbanyakkan susu. Insyaallah ada rezeki buat anak kita ,” ceritanya lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Susu ibu memang terbaik untuk bayi. Ibu-ibu yang menyusukan sendiri tentunya rasa puas apabila melihat bayi yang disusukan membesar dengan sihat.
Baru melahirkan bayi sulung pada 12 Julai yang lalu, Che Puan Juliana Evans masih dalam fasa berpantang. Puteri sulungnya, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah kini berusia 14 hari.
Juliana yang mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah pada April 2017 memanggil Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah dengan nama Mily. Dia baru-baru ini memuatnaik gambar swafoto bersama yang pertama dengan si kecil.
Kedua-dua mummy dan anak kelihatan sangat cantik. Mily mewarisi rupa yang menawan Juliana dan suami. Ramai juga yang memuji betapa berserinya wajah Juliana selepas bersalin.
BOTH SO BEAUTIFUL
TERSANGATLAH GLOWING
BABY COMEL, MUMMY COMEL
KEHADIRAN MILY MENCERIAKAN
SO CUTE
MUMMY’S MILK IS THE BEST!
Manakala menerusi Insta story, Che Puan Juliana berkongsi tentang perkembangan terkini anak sulungnya.
Dia yang menyusukan bayinya dengan susu ibu berpuas hati apabila berat badan Mily kini bertambah sebanyak 400gram.
Hanya kerana plastik berterbangan, tanpa disangka impaknya hingga kanak-kanak menjadi lumpuh. Perkongsian doktor ini tentang kesan buruk membiarkan anak mengeluarkan badan daripada sunroof kereta wajar dijadikan pengajaran.
Perkongsian daripada Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan wajar dijadikan iktibar khususnya kepada ibu bapa. Mengeluarkan anggota badan daripada bahagian sunroof kereta nampak seperti perkara kecil tetapi impaknya boleh mengakibatkan pelbagai kecederaan.
Leher patah, saraf tunjang rosak, organ dalaman pecah adalah antara perkongsian pengalaman beliau sebagai doktor mengendalikan kes-kes yang melibatkan kecederaan kanak-kanak akibat mengeluarkan badan daripada sunroof ini.
Tiada masalah untuk memiliki kenderaan sunroof tapi tegah anak mengeluarkan badan daripadanya. Bahaya tu!
Banyak berhadapan dengan kes-kes yang berpunca daripada salah guna sunroof.
Lumpuh separuh badan kerana beg plastik terbang melayang ke muka ketika mengeluarkan kepala daripada sunroof. Kepala terhentak menyebabkan leher patah dan saraf tunjangnya rosak.
Pecah hati dan limpa kerana tertolak ke depan semasa berdiri di luar bumbung. Si ayah brek mengejut untuk mengelak lori.
Malang tak berbau. Muka anak tersangkut di bumbung garaj walau pun kereta bergerak perlahan.
Latih anak keselamatan diri dalam kenderaan. Pastikan duduk di kerusi keselamatan (child car seat) yang dipasang dengan betul dan memakai tali pinggang keledar.
Baca doa menaiki kenderaan. Periksa kereta bimbang anak tertinggal.
Ikuti Pa&Ma Musim Keempat bersama dengan Fad & Sya. Episod keempat minggu ini akan mengutarakan tip pakar & perkongsian daripada ibu bapa berkenaan tajuk Check Up Kali Pertama. Nak tahu apa tips yang dikongsikan? Jangan lupa saksikan pada 2 April 2019, jam 12 tengah hari dan ulangan 9 malam di Slot Dewi iaitu Astro Prima & Astro Prima HD.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.