Selepas melahirkan anak sulung, Raja Urhan pada 8 September yang kini menginjak usia 2 bulan, Uyaina Arshad nampaknya dah kembali aktif bekerja semula.
Terbaru pelakon dan pengacara ini telah membuka sesi soal jawab bersama pengikutnya di ruangan ‘Ask Me Question’ di instagram.
Antara soalan yang diterima oleh Uyaina adalah mengenai perubahan bentuk badannya selepas bersalin anak pertama.
Menurut Uyaina, dia juga sedar tentang perubahan tersebut dan ia juga membuatkan dirinya berasa agak sedih.
Ads
“SEdih tapi inilah hakikatnya. Lepas bersalin, bila tengok badan dekat cermin, rasa macam tengah mengandung empat bulan. Sebab perut buncit sangat selepas bersalin,” kongsinya.
Jelas pengacara program Wanita Hari Ini, dia kini sedang berusaha untuk kembali mendapatkan tubuh badan yang ideal.
Bagaimanapun, dia juga faham mengenai kesan-kesan yang akan berlaku selepas bersalin secara pembedahan.
Ads
“Sekarang dah dua bulan selepas bersalin. Seksa juga nak turunkan berat badan. Nak kecilkan inci badan balik agak sukar walaupun jaga makan.
“Tapi perlahan-lahan lah terutama sekali sebab saya bersalin secara pembedahan. Beza dengan lahir normal. Tapi tak mengapa. Slowly but surey,” tulisnya.
Ads
Sebelum ini Uyaina telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Raja Syahiran pada 21 Disember tahun lalu.
Sawan tarik kanak-kanak ialah antara perkara yang paling menakutkan bagi ibu bapa bila anak tiba-tiba kejang atau sawan tarik di rumah terutama kalau tak pernah lalui situasi itu sebelum ini. Panik, takut, serba tak tahu nak buat apa dulu. Tapi yang penting, ibu ayah perlu tahu langkah kecemasan yang betul, sebab tindakan awal boleh menyelamatkan nyawa anak.
Sawan tarik atau febrile seizure biasanya berlaku pada kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga enam tahun, dan sering dikaitkan dengan demam tinggi secara mendadak. Walaupun nampak menakutkan, kebanyakan kes sawan tarik tidak berbahaya jika ditangani dengan betul dan cepat.
Deman sawan berlaku apabila seseorang kanak-kanak berumur di antara 3 bulan sehingga 6 tahun mendapat sawan ketika demam tanpa bukti kecederaan atau jangkitan kuman di dalam otak.
Kajian di negara Eropah telah menunujukkan bahawa kadar kejadian demam sawan adalah diantara 3 hingga 4% dikalangan kanak-kanak yang berumur kurang dari 5 tahun.
Terdapat 2 jenis demam sawan iaitu demam sawan ringkas (simple) dan demam sawan kompleks. Perbezaannya adalah seperti berikut:
Berikut antara tindakan penting yang ibu ayah perlu lakukan segera di rumah jika anak mengalami sawan tarik:
Ini langkah pertama yang sangat penting. Posisi mengiring membantu memastikan anak tidak tertelan air liur atau muntah sendiri semasa kejang.
Tujuannya untuk menyejukkan badan dan memastikan tiada tekanan pada dada atau pernafasan.
Jika mulut berbuih, cepat-cepat baringkan anak mengiring untuk keluarkan buih atau air liur. Jangan biarkan anak tertelan air liur sendiri kerana boleh menyebabkan lemas atau tercekik.
Ramai ibu ayah panik dan cuba buka mulut anak, tapi jangan paksa. Risau nanti lidah anak terketap atau cedera.
Tunggu hingga dia sedar atau menangis, baru boleh masukkan ubat bontot (jika ada disimpan di rumah). Sebelum tu, boleh basahkan kaki dengan air biasa untuk bantu turunkan suhu.
Doktor akan beri rawatan susulan dan pantau suhu anak.
Badan anak sedang dalam keadaan tegang sepenuhnya. Sebaliknya, terus baringkan mengiring dan mandikan dengan air sejuk untuk bantu sedarkan dia.
Alirkan air dari kaki ke atas, kemudian bawa segera ke klinik atau hospital berdekatan.
Ramai mak ayah rasa lega bila anak dah sedar semula, tapi sebenarnya bantuan perubatan masih perlu segera. Ini kerana ketika sawan berlaku, otak anak berhenti menerima oksigen seketika. Jika oksigen tidak cukup dalam tempoh beberapa minit, ia boleh menyebabkan kecacatan kekal atau gangguan perkembangan otak.
Oleh itu, walaupun rawatan awal dah dilakukan di rumah, tetap penting untuk doktor periksa dan pastikan tiada komplikasi lain. Biasanya doktor akan pantau suhu badan, beri ubat tahan sawan, atau jalankan pemeriksaan tambahan. Penilaian ini juga membantu menilai risiko sawan tarik kanak-kanak berulang.
Sawan tarik boleh terjadi kepada mana-mana kanak-kanak, tapi ada juga yang lebih cenderung disebabkan faktor tertentu. Berikut antara punca utama dan sebab-sebab sawan tarik berlaku:
Untuk elakkan panik semasa berdepan sawan tarik kanak-kanak:
➡️ Jangan panik. Cuba bertenang dan fokus pada langkah pertama — baringkan anak mengiring.
➡️ Jangan letakkan apa-apa dalam mulut anak. Ramai salah faham konon kena masukkan sudu atau jari — ini boleh mencederakan lidah atau gigi anak.
➡️ Pantau suhu anak setiap kali demam. Anak yang pernah kena sawan tarik lebih berisiko untuk mengalaminya semula, jadi penting untuk pastikan suhu badan sentiasa terkawal.
Boleh sediakan ubat bontot (diazepam suppository) di rumah jika anak jenis mudah kena sawan tarik, tapi pastikan guna ikut nasihat doktor.
Sawan tarik memang boleh buat ibu ayah trauma, tapi pengetahuan dan tindakan pantas boleh jadi penyelamat. Setiap saat sangat berharga — semakin cepat anak dibantu, semakin tinggi peluang untuk elak komplikasi.
Jadi, jangan ambil ringan bila anak demam. Pantau suhu, pastikan anak minum air secukupnya, dan segera ke klinik kalau suhu tak turun atau ada tanda-tanda mencurigakan. Panduan ini membantu ibu ayah lebih bersedia menghadapi sawan tarik kanak-kanak di rumah.
Moga perkongsian ini bermanfaat dan jadi panduan kalau situasi kecemasan ini tiba-tiba berlaku pada anak sendiri. Kadang, ilmu kecil boleh selamatkan nyawa besar.
Tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung adik Ainul Mardhiah, Dato’ Sri Aliff Syukri melawat anak istimewa ini untuk menyerahkan cek sumbangan.
Adik Ainul Mardhiah yang berusia 8 bulan diuji dengan barah dan kini terpaksa menahan kesakitan ketumbuhan pada bahagian lidah yang membesar. Aliff Syukri yang melawat sendiri bayi ini menyerahkan sumbangan kepada bapa Ainul.
Aliff Syukri melalui post Instagram berkongsi video yang dirakam ketika lawatan berharap sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban si kecil ini. Dia juga turut meminta para follower beliau mengaminkan doanya agar si kecil ini dapat bernafas dan makan seperti bayi yang lain.
Bapa kepada lima anak ini juga mengakui terlalu sedih melihat Ainul Mardhiah & tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung tubuh kecil itu.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.
Sekiranya zat besi atau vitamin B12 dan folat tidak dibekalkan dengan cukup, penghasilan darah merah mungkin tidak cukup untuk keperluan.
Anemia dalam kehamilan adalah keadaan di mana wanita hamil mempunyai tahap hemoglobin yang rendah dalam darahnya. Hemoglobin ialah protein yang kaya dengan zat besi dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke tisu di seluruh badan, termasuk janin yang sedang berkembang.
Jenis anemia semasa kehamilan?
Beberapa jenis anemia boleh berlaku semasa kehamilan.
Anemia kekurangan zat besi:
Ini adalah jenis anemia yang paling biasa berlaku semasa kehamilan apabila badan tidak mempunyai zat besi yang mencukupi untuk menghasilkan hemoglobin, yang membawa oksigen ke tisu badan. Dalam kehamilan, keperluan zat besi meningkat disebabkan oleh pengembangan isipadu darah dan keperluan janin yang sedang berkembang.
Anemia kekurangan asid folik:
Asid folik (vitamin B9) adalah penting untuk penghasilan sel darah merah. Pengambilan folat yang tidak mencukupi boleh menyebabkan anemia kekurangan folat. Wanita hamil memerlukan lebih banyak folat untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin.
Anemia kekurangan vitamin B12:
Vitamin B12 adalah perlu untuk penghasilan sel darah merah yang sihat. Kekurangan vitamin B12 boleh membawa kepada sejenis anemia yang dipanggil anemia megaloblastik. Jenis anemia ini agak jarang berlaku tetapi boleh berlaku pada
wanita hamil dengan diet kekurangan vitamin B12 atau mempunyai masalah penyerapan.
Anemia hemolitik:
Jenis anemia ini berlaku apabila sel darah merah dimusnahkan lebih cepat daripada yang dihasilkan. Anemia hemolitik boleh berpunca daripada gangguan autoimun, jangkitan, atau keadaan yang diwarisi.
Anemia aplastik:
Anemia aplastik adalah keadaan yang jarang berlaku di mana sumsum tulang tidak menghasilkan cukup sel darah merah, sel darah putih, dan platelet. Ia boleh berlaku semasa kehamilan tetapi sangat jarang berlaku.
Faktor risiko anemia semasa hamil?
Beberapa faktor risiko boleh menyumbang kepada perkembangan anemia semasa kehamilan. Ini termasuk:
* Pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi tidak mencukupi
* Riwayat anemia pada kehamilan terdahulu
* Perubatan sedia ada seperti penyakit buah pinggang kronik, penyakit autoimun
* Selang kehamilan yang pendek
* Pendarahan haid yang banyak
* Kehamilan berganda (mendapat kembar atau kembar tiga)
Tanda-tanda anemia semasa hamil?
Simptom anemia termasuklah:
* Keletihan atau berasa lebih letih dan lebih lemah daripada biasa walaupun berehat secukupnya
* Lemah
* Sesak nafas
* Kulit, bibir dan kuku pucat
* Degupan jantung yang laju atau tidak teratur
* Pening atau pening kepala
* Sakit kepala
* Tangan dan kaki sejuk
Bagaimanakah anemia semasa kehamilan dirawat?
Rawatan anemia semasa kehamilan bertujuan untuk memulihkan dan mengekalkan tahap hemoglobin dan zat besi yang mencukupi dalam badan.
* Suplemen zat besi.
* Vitamin B12 atau suplemen asid folik.
* Lebihkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti daging merah tanpa lemak, ayam, ikan, sayur-sayuran berdaun hijau, kekacang, dan lentil. Menggabungkan makanan kaya zat besi dengan sumber vitamin C seperti buah sitrus, strawberi dan tomato boleh meningkatkan penyerapan zat besi.
Dalam kes anemia yang teruk yang memerlukan campur tangan segera, pemindahan darah boleh dilakukan. Ini melibatkan penerimaan darah daripada penderma yang serasi untuk meningkatkan bilangan hemoglobin dan sel darah merah dengan cepat.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: Hospital Pantai
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!