“Tengok Perut Dekat Cermin, Macam Hamil 4 Bulan.” Uyaina Akui Struggle Dapat Berat Asal

Share

Selepas melahirkan anak sulung, Raja Urhan pada 8 September yang kini menginjak usia 2 bulan, Uyaina Arshad nampaknya dah kembali aktif bekerja semula.

Terbaru pelakon dan pengacara ini telah membuka sesi soal jawab bersama pengikutnya di ruangan ‘Ask Me Question’ di instagram.

Antara soalan yang diterima oleh Uyaina adalah mengenai perubahan bentuk badannya selepas bersalin anak pertama.

Menurut Uyaina, dia juga sedar tentang perubahan tersebut dan ia juga membuatkan dirinya berasa agak sedih.

“SEdih tapi inilah hakikatnya. Lepas bersalin, bila tengok badan dekat cermin, rasa macam tengah mengandung empat bulan. Sebab perut buncit sangat selepas bersalin,” kongsinya.

Jelas pengacara program Wanita Hari Ini, dia kini sedang berusaha untuk kembali mendapatkan tubuh badan yang ideal.

Bagaimanapun, dia juga faham mengenai kesan-kesan yang akan berlaku selepas bersalin secara pembedahan.

“Sekarang dah dua bulan selepas bersalin. Seksa juga nak turunkan berat badan. Nak kecilkan inci badan balik agak sukar walaupun jaga makan.

“Tapi perlahan-lahan lah terutama sekali sebab saya bersalin secara pembedahan. Beza dengan lahir normal. Tapi tak mengapa. Slowly but surey,” tulisnya.

Sebelum ini Uyaina telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Raja Syahiran pada 21 Disember tahun lalu.

Kredit: IG Uyaina Arshad

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Published by
Wan Amy