Baik balik ke kampung suami atau kampung sendiri, situasi pinggan mangkuk yang berlambakkan semacam ini selalu kita lihat terbiar selepas makan.
Sudahnya kaum wanitalah yang terdiri dari isteri dan menantu-menantu yang terpaksa membersihkan hingga bersih.
Apa kata kali ini kita ubah tradisi. Jangan biarkan isteri tersiksa berteleku lama di dapur, lebih-lebih lagi ketika berada di rumah mentua. Ringankan tulang untuk membantu isteri dan selesaikan hal di dapur secepat yang boleh.
Perkongsian seorang suami, Mohd Ezairol Rezan Zainol ini benar sekali. Ringankan tulang kita membantu kaum hawa di dapur. Mereka pun nak beraya. Tak gitu!
Aku repost semula sharing ni sebagai peringatan. Post awal tak kalut kata depa, takut nanti terlupa.
Kejadian yang biasa berlaku di hari raya;
“Lepas ni saya tak nak masak lagi dah. Saya dengan mak dah penat-penat masak, keluarga adik beradik awak tu semua lepas makan main tinggal je pinggan mangkuk kat sinki dan atas meja”
“Dah bertahun kita kahwin, setiap kali raya camtu je perangai depa. Apa depa ingat kami ni orang gaji depa ke, saya penat abang tau,” luah Diana pada suaminya.
Ads
Kawan, dalam kemeriahan kita menyambut raya, ada “something” yang aku rasa ramai yang tak perasan atau buat-buat terlupa.
Tak lain dan tak bukan tu haa. Pinggan mangkuk yang kat dalam singki tu. Tengok je pun dah letihkan.
Minta mana yang balik beraya tu, tak kisahlah kau lelaki ke perempuan, lepas makan basuhlah pinggan sendiri ye.
Bukan apa, orang lain dah susah-susah masak, kita pula dah makan kenyang-kenyang, apa salahnya kita tolong kemas dan basuh pinggan sendiri.
Tak kiralah siapa pun kita samada kau abang long ke, kak long ke, abang ngah ke, kak ngah ke, menantu anak dato ke, sama-samalah kita saling membantu.
Kadang-kadang ada mak yang akan cakap, “Eh, takpe-takpe letak je kat situ, nanti mak cuci”. Hei kawan, ni aku nak pesan. Mak kita tu bukannya orang gaji atau pun hamba abdi ya.
Ads
Kita ni balik beraya nak “happy-happy” dan gembirakan orang tua kita di kampung, jadi tolong jangan buat mereka cam orang gaji kita pula.
Aku cukup meluat tengok orang yang tak reti bahasa macam ni. Main letak je cawan atau pinggan kotor kat dalam sinki. Kesian kat orang yang jadi mangsa kena cuci tu.
Basuh pinggan itu adalah tanda penghargaan dan terima kasih kita kepada emak atau ahli keluarga lain yang dah bersusah payah masakkan lauk tu untuk kita. Tak jatuh pun martabat kita kalau kena basuh pinggan sendiri.
Hargailah wanita-wanita yang telah bersusah payah masak untuk kita semua. Mak, isteri, kakak atau adik perempuan, mereka semua tu bukan kuli kita.
Kadang kesian sangat tengok orang yang bertungkus lumus kat dapur tu. Depa pun nak beraya juga tau.
Bersama-samalah kita saling bantu-membantu di hari raya. Barulah hidup aman bahagia dan takdalah nanti ada yang bermasam muka di hari raya.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
FB : Mohd Ezairol Rezan Zainol
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Meroyan? Itu adalah kali pertama saya mendengar kalimah tersebut dan saya tidak sangka ia sangat serius. Apabila berlaku pada isteri baru tahu kesannya jika tidak dirawat dengan baik serta mendapat sokongan suami atau keluarga.
Pengalaman yang dilalui oleh Lutfi Lokman dan isterinya, Najwa Abdul Rahman benar-benar boleh dijadikan peringatan buat wanita dan suami di luar sana.
Ini antara catatan yang ditulis oleh Puan Najwa:
Apa yang saya kongsikan di sini adalah pengalaman saya. Ada yang meroyan bertahun lamanya. Ada yang pulih. Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu mereka yang mengalami masalah sama dengan saya. Anda tidak keseorangan. Kita masih mempunyai harapan. Sinar cahaya masih ada di hadapan. Jangan putus asa.
Meroyan ada banyak jenis. Apa yang Najwa alami sekarang adalah ‘meroyan angin’ dan ‘meroyan darah’.
Najwa tertekan dengan kehidupan, dengan anak menangis, suami tiada di sisi ketika melahirkan anak, sakit buasir ketika pantang, pantang tak boleh makan makanan yang biasa kita makan dan paling utama adalah tertekan dengan orang kata-kata orang yang datang ziarah ketika pantang (sebab Najwa beranak caeser).
Perlahan-lahan Najwa cuba berubah. Sampai bila Najwa nak hidup seperti ini. Pasti di sana ada jalan yang boleh memulihkan diri Najwa. Amalan najwa berubat sekarang ialah baca al-Quran setiap hari (sekurang-kurangnya 10 muka surat ), baca istighfar, baca saidul istighfar (boleh Google) setiap hari dan amalan-amalan lain lagi contoh masuk bilik air baca doa, masuk rumah baca doa dan lain-lain. Najwa juga berubat cara tradisional (seperti minum akar kayu Merbu).
Simptom meroyan yang Najwa alami:
1. Apabila baca al-Quran ada bisikan datang suruh buang al-Quran dalam tandas atau pijak. Astaghfirullah kalau Najwa tak ada asas agama mungkin dah lama tewas. Bila datang bisikan macam tu terus Najwa istighfar banyak-banyak dan cuba sedaya-upaya untuk lawan.
2. Kadang-kadang datang bisikan pasal anak-anak. Suruh buang anak, bagi orang je anak ini, anak ini adalah beban dan mendatangkan malang. Astaghfirullah. Najwa sendiri hairan kenapa aku ni macam ni? Sekali lagi, kalau Najwa tak ada asas agama, tak tahu lah apa dah jadi dengan anak-anak Najwa semua ini. Alhamdulillah, Najwa lawan dan tak ikut apa yang bisikan tu suruh.
3. Bila stres lagilah bertambah bisikan tu dan Najwa tak ada ubat melainkan baca al- Quran dan Azkar (himpunan doa sunnah).
4. Sensitif tidak bertempat. Contohnya, kalau Najwa beli coklat dan anak-anak makan coklat Najwa itu, Najwa akan menangis dengan sungguh-sungguh.
5. Pemikiran tidak stabil. Masa tu di rumah emak. Rumah bawah. Terasa nak bunuh diri dan tamatkan hidup ini. Namun, terfikir juga berdosa apa yang Najwa buat ini dan sakit juga kalau kena batu. Lagi pula, rumah ni atas tanah. Bukan bangunan 40 tingkat. Nak terjun macam mana. Itulah kali pertama dan terakhir datang bisikan seperti itu. Masa itu pula dalam pantang anak kembar. Namun, Alhamdulillah. Asas agama adalah benteng pertahanan diri kita.
6. Rasa putus asa, rasa bersalah, rasa sunyi, rasa letih, selalu menangis, rasa diri tidak berguna, rasa keseorangan, rasa sedih dan murung.
Itulah perkara yang Najwa alami. Semua orang tak nampak. Orang tak percaya. Hanya diri kita sahaja yang tahu. Kepada mereka yang mempunyai simptom di atas, cepat-cepatlah berubat kerana jika terlambat boleh jadi gila. Ada yang terlalu berat sehingga membunuh diri dan orang yang disayangi. Meroyan bukan hanya dalam pantang sahaja ya. Ia boleh berlarutan seumur hidup jika tidak berubat.
Paling penting, sokongan keluarga. Suami yang sentiasa ada di sisi. Suami yang melihat perkara ini dan membantu dalam perubatan. Membantu meringankan isteri. Menguruskan anak-anak. Mengemas rumah. Membasuh baju. Memberikan masa untuk Najwa bersendirian. Membantu ingatkan tentang solat dan bacaan al-Quran. Itu antara faktor penting dalam perubatan dan perubahan diri. Ia kembali kepada minda kita. Kekuatan minda yang diperlukan melalui amalan-amalan yang disebut di atas.
Sumber: Facebook Lutfi Lokman
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Petugas barisan hadapan (Frontliners) yang memberi sepenuh perhatian dan tenaga dalam merawat pesakit-pesakit berdepan dengan pandemik Covid-19 sangat menyentuh hati orang ramai. Mereka semua kini sudah keletihan kerana komitmen yang terlalu tinggi diperlukan bagi merawat pesakit-pesakit positif Covid-19 yang semakin hari semakin meningkat.
Terpaksa meninggalkan keluarga demi menjalankan tanggungjawab kepada negara dan orang ramai, pengorbanan mereka turut mendapat perhatian banyak pihak termasuklah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menyumbangkan makanan buat petugas-petugas barisan hadapan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ramai lagi yang tampil untuk terus memberikan bantuan dan sokongan termasuklah chef cilik yang tidak asing lagi di Malaysia, Danish Harraz dilihat dalam ciapan di Twitternya pada pagi ini ingin memasak dan menghantar makanan yang dimasaknya sendiri kepada frontliners sebagai salah satu bentuk sokongan buat petugas yang tidak kenal erti penat lelah itu.
Niat Danish itu disambut baik oleh semua pengikutnya di Twitter. Ramai yang tampil memberikan nombor-nombor yang boleh dihubungi oleh Danish untuk realisasikan niat baiknya itu. Dalam ciapannya yang lain Danish turut menyatakan bahawa ada langkah tertentu yang diperlukan bagi menghantar makanan terus ke petugas.
Malah ada juga yang turut berbesar hati memberikan sedikit sumbangan untuk membantu niat Danish ini. Dalam ciapan itu juga Danish menyatakan petugas-petugas khas turut memerlukan makanan kering seperti biskut, nescafe dan sebagainya.
Nak masak Chili Tuna Pasta
Dalam thread yang lain Chef cilik ini turut menyatakan dia tidak kisah jika memerlukan dirinya memasak dalam kuantiti yang banyak dan berharap bahan untuk masakan yang akan dibuat mencukupi. Paling menarik dia ingin memasak makanan signaturenya yang menjadi kegemaran ramai iaitu Chili Tuna Pasta.
Semoga lebih ramai di luar sana yang prihatin dengan pengorbanan para petugas barisan hadapan. Bukan sahaja buat petugas dan kakitangan KKM, malah cleaner, Polis, Tentera dan juga yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Maka kita yang berada di rumah ini teruslah berada di rumah dan tidak keluar seperti yang diarahkan. Teruskan berdoa dan jika mampu bolehlah menyumbang kepada tabung-tabung bantuan yang ada. Semoga penularan wabak ini dapat dibendung dan negara kita bebas Covid-19 tidak lama lagi. STAY SAFE, STAY AT HOME!
Patung Labubu kini semakin diminati ramai terutama di kalangan kanak-kanak perempuan dan dewasa. Walaupun kelihatan cukup comel namun anak patung kesukaan ramai ini dikatakan bermula dari inspirasi sesuatu agama.
Menerusi perkongsian di aplikasi Thread, seorang wanita mendedahkan bahawa patung Labubu ini difahamkan merupakan inspirasi dari Tuhan sesuatu agama.
Tambahnya juga, versi pertama Labubu dikeluarkan berwarna merah dan terdapat tulisan 666 pada bahagian badannya. Pencipta patung ini menjelaskan bahawa dia terinspirasi ketika berpindah ke Belanda dan berkait dengan agama di sana.
“Ramai cuba mencari simbolik agama menyerupai Labubu dan apabila ditemui, mereka berpendapat bahawa Labubu adalah inspirasi dari sebuah agama yang dikatakan mirip dengan simbol iblis yang bernama ‘Kala’,” jelasnya.
Menurut Pensyarah Fiqah Kontemporari di Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Datuk Dr Izhar Ariff Mohd Kashim berpendapat bahawa tidak wajar ibu bapa beragama Islam membenarkan anak mereka bermain dan menyimpan patung Labubu ini.
Hal ini kerana patung tersebut ada elemen kegamaan mana-mana kaum kerana ia inspirasi pada tuhan sesuatu agama.
“Patung tidak boleh mempunyai sebarang inspirasi atau yang disembah oleh mana-mana pihak. Nasihat saya, diharapkan ibu ayah prihatin dengan mainan anak-anak.
“Saya berharap agar ibu bapa mengambil tahu latar belakang mainan anak supaya tiada sebarang unsur keagamaan,” katanya.
Menerusi laman rasmi milik Mufti Wilayah Persekutuan, mereka mengesyorkan agar elak daripada sebarang perkara yang boleh menimbulkan kepada perasaan-perasaan pemujaan dan sebagainya.
Jika boleh diganti dengan hal-hal yang boleh mengelakkan daripada sebarang bentuk syubhah kerana apabila kita meninggalkan perkara-perkara yang khilaf seperti ini, ia termasuk dalam apa yang disebutkan bahawa:
الْخُرُوجُ مِنَ الْخِلاَفِ مُسْتَحَبٌّ
Maksudnya: “Keluar dari perkara khilaf adalah digalakkan.”
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.