Tengok Pun Dah Tau Sedap! Puding Karamel Cantik & Licin Tanpa Rongga, Ini Tipnya

Share

Selain buah-buahan, hidangan pencuci mulut antara salah satu menu yang menjadi kegemaran ramai. Bukan saja orang dewasa, anak-anak pun turut menyukainya lagi-lagi bila dihidangkan sejuk-sejuk.

Sebut je pencuci mulut yang terbayang di mata kita adalah puding, agar-agar atau ais krim. Sekarang dah macam-macam resipi diolah tetapi resipi orang lama tetap nombor satu.

Untuk resipi kali ini, dikongsikan cara-cara membuat puding karamel yang tak terlalu manis dan cantik kejadiannya. Biasa sebut je puding karamel, dalam fikiran kita dah terbayang kemanisan air gula tu kan.

Tapi istimewanya resipi ni, ia dijamin kena dengan selera anda dan sesuai dinikmati semua peringkat usia.  Walaupun bahan utamanya adalah telur, ia tak berbau hanyir ya.

Lagi best, puding karamel ini akan terhasil dengan cantik dan licin jika betul-betul ikut cara pembuatannya. Tak percaya, anda kena cuba buat resipi Azhfar Md Saad.

Resipi Puding Karamel Licin

Bahan penyediaan puding:

Susu Cair – 1 tin
Air coway – 1 tin
Susu pekat – 1/2 tin
Telur AA 6 – biji
Esen vanila – 2 penutup

Bahan penyediaan karamel

Air – 30 gram
Gula – 150 gram

(Masak atas api yang sederhana sehingga menghasilkan gula yang berwarna perang.)

RESIPI MENARIK [Choco Rich Ball Mewah Dengan Rasa Coklat! Tanpa Bakar, Satu Adunan Dapat 60 Biji]

Cara membuatnya:

Satukan semua bahan puding itu dalam satu bekas dan kacau manja saja dengan senduk.

Tip:

  1. Cukup sekadar telur sebati. Kalau pukul laju macam nak buat telur dadar tu, memang akan berongga bila dah siap kukus nanti.
  2. Bagi nak dapatkan puding karamel yang licin dan cantik seperti ini, penting sekali adalah penggunaan api masa mengukus kena jaga. Kukus api paling perlahan.

Hasil selepas siap puding karamel ini adalah tak terlalu manis dan tidak berbau hanyir.

**Tanpa roti, agar-agar, gelatin mahupun tepung. Gula pun tak perlu letak pewarna macam sesetengah orang buat. Kukus api perlahan, insyaAllah cantik.

Kredit: Azhfar Md Saad

**Nak menang hadiah menarik dari SSPN, boleh hantar penyertaan Cabaran RM10 mengikut kreativiti anak. Nak tahu lanjut boleh klik sini 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
Wan Amy