Asyik dengan telefon di tangan. Namun jangan dibiarkan anak terus menonton Youtube tanpa dimanfaatkan sebaiknya.
Menurut Pediatric Occupational Therapist, Pn Maryam Jamadi, penggunaan internet untuk kanak-kanak terutama kepada pra sekolah perlu lebih dimanfaatkan dan ini merupakan panduan untuk anak kecil kita. Apa cerita yang anak-anak boleh tonton? Ini yang dikongsikan oleh beliau.
INTERNET UNTUK ANAK PRA SEKOLAH?
“Mummy, kenapa tempat kita tak ada snow?” Ada masa anak saya (umur 5 tahun) akan tanya soalan-soalan tentang dunia, setiap kali itulah saya akan usaha juga untuk jawab soalan anak. Bagi saya, setiap soalan yang anak tanya itu berharga.
Sebab, anak ingin tahu dan ambil tahu. Perasaan itu datang dari anak sendiri dan bila kita ajar serta terangkan waktu itu, ilmu itu senang melekat di otak anak.
Selama anak saya membesar sehingga umur 5 tahun, saya dan suami masih mengamalkan “child-led learning”. Tiada paksaan dan pembelajaran formal lagi.
Contohnya,
Masa anak umur 4 tahun, dia selalu bawa buku minta kami bacakan dan pasti selepas itu anak akan minta ajar dia membaca.
“Mummy, macam mana nak baca buku sendiri? Eva nak pandai baca buku macam Mummy”
Waktu itu barulah saya beli buku untuk belajar membaca. Belajar pun bila anak yang bawa buku.
Samalah juga, bila anak tanya soalan-soalan,
– Kenapa ada bulan dan matahari?
– Kenapa jam sampai nombor 12?
– Air hujan boleh minum terus ke?
– Baju diperbuat daripada apa?
– Macam mana pokok boleh jadi kerusi?
Setiap kali anak tanya soalan yang saya rasa susah nak jelaskan tanpa visual, saya terus taip dekat Youtube dan belajar sama-sama.
Walaupun duduk dirumah sahaja, tak boleh melawat ke tempat-tempat untuk pembelajaran anak tapi saya harap anak dapat sesuatu sepanjang anak dalam jagaan saya.
Ads
Jom manfaatkan kemudahan internet untuk perkembangan otak anak:
1. Zaman sekarang, macam-macam kita boleh belajar jika tahu manfaatkan kemudahan internet.
– Memasak
– Main alat muzik
– Melukis atau mewarna
– Buat kek
– Menjahit atau mengait
– Projek DIY
– Seni kraf
– Menyanyi
– Berjoget
Semua ada, terutamanya medium YOUTUBE. Kalau siapa yang ada smart TV, boleh manfaatkan untuk kegunaan pembelajaran anak di rumah berbanding hanya terikat menonton kartun.
2. Had pendedahan skrin untuk anak umur 3 hingga 5 tahun adalah 1 jam sehari dan 2 jam sehari untuk anak umur 5 tahun ke atas.
Cadangan saya:
Umur 3 – 5 tahun:
– 30 minit sehari menonton kartun kesukaan anak
– 30 minit sehari menonton rancangan pembelajaran
Umur 5 tahun ke atas:
– 30 minit sehari lakukan senaman (yoga, zumba atau berjoget)
– 30 minit sehari menonton kartun kesukaan anak
– 30 minit sehari menonton rancangan penbelajaran
– 30 minit sehari menonton ilmu selain akademik
3. Tapis dahulu apa yang anak lihat, pastikan bahasa yang digunakan adalah baik. Google dahulu review kerana risau ada diselitkan unsur-unsur yang tidak patut.
4. Waktu ini adalah sangat genting untuk mak ayah memerhati minat kecenderungan anak. Sekiranya mak ayah dapat cari minat anak awal dan kembangkan bakat yang anak ada, pasti apabila dewasa nanti akan nampak hasilnya. Bukan untuk kita, tetapi untuk kebaikan anak.
Ads
5. Rancangan yang pendapat saya tidak memberi manfaat kepada anak pra-sekolah:
❌ Review mainan, hanya akan buat anak mahu membeli dan memberontak apabila tidak dapat.
❌ Streaming game, bahasa yang digunakan ada yang tidak sesuai serta tidak membantu dalam perkembangan. Main game lebih baik dari tengok orang lain main game.
❌ Game online belum sesuai lagi ya untuk anak pra-sekolah, risiko anak berkenalan dengan “sexual predator”.
❌ Nursery rhyme, sudah tidak sesuai lagi untuk anak pra sekolah. Jika menyanyi sambil ikut pergerakan tiada masalah.
❌ Gosip artis, tidak memberi manfaat kepada anak.
❌ Vlog tentang kehidupan harian orang lain.
Ads
❌ Tiktok atau media sosial lain kerana bercampur dengan konten yang kurang sesuai, perlukan pemantauan rapi.
6. Ada yang merasakan bila ada internet, anak-anak hanya terikat menonton Netflix,, Youtube atau main game online sahaja. Sedangkan apa yang anak boleh dapat terlalu banyak, limitless.
– Kelas mengaji online.
– Tusyen online.
– Main educational game.
– Melawat tempat menarik online ataupun virtual tour (Zoo, Muzium dll)
– Belajar edit gambar menggunakan applikasi online.
– Belajar tengok peta.
– Belajar melukis atau mewarna menggunakan tab/ipad.
– Belajar teknik pengucapan awam.
– Belajar menaip menggunakan Microsoft Word atau Power Point.
Dan banyak lagi jika kita mak ayah rajin meneroka. Fokus kepada perkembangan otak anak kerana 90% perkembangan otak anak berlaku semasa ini.
Tujuan saya kongsikan artikel ini kerana saya risaukan perkembangan anak-anak pra-sekolah yang sepatutnya meneroka dan belajar tentang dunia.
Untuk pengetahuan mak ayah juga, baru-baru ini banyak sangat kes masalah perkembangan dan tingkahlaku mencabar yang diterima di pusat terapi kami ( BEYOND Home Therapy ).
Pernah 1 hari itu, 5 kes daripada 6 kes baru di pusat terapi kami adalah masalah anak tingkahlaku.
Kasihan sangat. Masalah ini bukan dihadapi oleh mak ayah yang mempunyai anak keperluan khas sahaja, tetapi anak tipikal juga boleh mengalami masalah ini.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, mohon sampaikan ilmu kepada semua mak ayah untuk kebaikan anak-anak lain juga.
Ibu bapa tentu sekali penat bila berhadapan dengan anak yang selalu tantrum. Kalau anak bawah 3 tahun tantrum, jangan dipukul. Peluklah sekuat-kuatnya sambil baca ayat Al-Quran. Itulah antara perkongsian dari Ibu Rose.
BILA ANAK BAWAH 3 TAHUN TANTRUM
“Dah lah adik, ibu penat ni. Apa adik nak sebenarnya ni?”
“Uwaa…uwa….”
“Okay, okay…adik nak susu?. Taknak? Lampin ok? Emm..ok…Adik nak tidur?”
“Aduh..buntunya. Ehh..dah lah adik. Dahlah ibu penat ni. Kang tak pasal-pasal adik kena.”
Biasa dengar dialog ni? Uhuk..macam sebut diri sendiri je ye.
Ada yang tanyakan Ibu:
Bagaimana kalau anak sedang meraung dan diluar kawalan?
Jawapannya adalah:
Anak di bawah 3 tahun terutamanya, itu namanya Tantrum.
JIKA TANTRUM JANGAN SEKALI-KALI DIROTAN SEMASA DIA SEDANG MENGAMUK ITU KERANA PENCEDERAAN EMOSI AMAT KUAT.
Semasa itu anak itu sudah hilang kawalan dirinya. Ibarat kata, monsternya sudah keluar.
Jika terdaya peluklah sehingga dia tenang. Peluk kuat-kuat sambil membaca ayat Al-Quran.
Semasa memeluk kuatkan rasa kasih sayang dan kasihan kepadanya. Keadaan yang tenang didalam diri anda itu akan meresap kepadanya dan dia akan tenang.
Anak mengamuk tidak boleh dikawal adalah kerana terlalu letih, terlalu kecewa, terlalu bergolak emosinya. Merotan anak itu semasa itu hanya akan menguatkan kesan negatif didalam diri anak itu.
Semoga kita menjadi lebih belas kasihan kepada anak-anak kita semasa mereka masih belajar-belajar mengenali hidup.
Salam Sayang,
Ibu Rose
Mahu anak jadi bijak dan berakhlak mulia. Mari belajar ilmu, skil dan sikap positif untuk mendidik anak-anak kita.
Sumber: Ibu Rose
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim anak-anak batuk, demam dan selesema semakin membuatkan ibu bertambah pening. Sudah diberikan makan ubat batuk namun batuk tidak menunjukkan tanda-tanda bakal reda. Apa kata anda usahakan cara alami pula untuk anak.
Minyak bawang putih telah lama dahulu serasi dalam memulihkan batuk anak. Apa kata kali ini kita cuba pada anak-anak. Mana tahu serasi dengan anak kita dalam memulihkan batuknya. Jom cuba tiga langkah mudah ini!
Musim anak-anak batuk. Anak-anak di Taska saya ramai yang batuk tak baik-baik. Saya ajar mak ayah buat petua ni, macam saya buat dekat anak saya. Alhamdulillah ramai yang dah ok dengan izin Allah.
Asslamualaikum. Hari ni nak kongsi pasal buat minyak bawang putih yang saya buat untuk anak batuk. Alhamdulillah. Memang mujarab. Sapu 2 kali kat tapak kaki dia, labu betis, belakang dan dada terus lega batuk.
Ramai jugak yang pm tanya macam mana nak buat sebab sekarang memang ramai kan anak-anak yang sedang batuk. Ini saya kongsikan sedikit cara saya buat. Insyaallah boleh cuba. Cara buat pun tak susah.
Langkah 1 – Mula-mula ambil selabu bawang putih dan dibakar dalam kuali dan tutup. Bakar agak-agak dah naik bau dia dan warna kulit bawang menjadi kekuningan.
Langkah 2 – Ambil bawang tadi letakkan dalam mangkuk dan siram minyak atas bawang yang sudah dibakar tadi. Biarkan lebih kurang 10 minit.
(boleh guna minyak yang anak anda biasa guna, minyak telon, minyak angin atau minyak zaitun dan minyak masak pun boleh juga)
Langkah 3 – Picit bawang ke dalam minyak. Bawang sudah menjadi lembut. Sekarang dah boleh sapu kat tapak kaki anak, kat labu betis, belakang serta dada dia. Insyaallah anak-anak anda akan selesa daripada batuk dan batuk akan sembuh dengan izin Allah.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Tak salah mendidik anak berpuasa namun lihatlah perkembangan dan keadaan anak kita. Jika anak sudah bersedia menerima puasa dan mampu menahan hingga ke petang ia sudah dikira membanggakan.
Jangan hanya kerana anak sudah sampai umurnya, anak terus dipaksa berpuasa. Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku. Kita periksa keadaan anak kita. Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan, berkongsi kisah anak-anak kecil yang begitu lemah dan tidak sewajarnya dipaksa berpuasa. Beri anak masa!
Hari ni ada seorang ibu bawa anaknya yang kelihatan sangat lemah ke klinik. Si anak baru berumur 6-7 tahun. Baru nak mengenal puasa.
Sekolah pagi. Ibu tak sediakan sarapan, sebab sedang ajar nak berpuasa, tapi dibekalkan air dan roti untuk ke sekolah.
Dipesan pada anak, jika tak tahan berpuasa, maka berbukalah dengan bekal yang dibawa.
Namun begitu, sehingga si ibu ambil anaknya pulang di waktu tengah hari, anaknya masih belum berbuka. Jika tidak kerana anaknya kelihatan begitu lemah, pasti si ibu berasa senang hati.
Malangnya, si anak ni nampak sangat lemah. Dia kata benci berpuasa. Dia benci sekolah. Dia benci kawan-kawan. Anak tu kata dia tak nak berpuasa lagi selepas ini, dan tak mahu lagi ke sekolah.
Bila ditanya mengapa, si anak beritahu makanan dan minumannya di ambil oleh cikgu. Siapa yang tak berpuasa ditegur di khalayak kelas. Ada rakan sekelas yang tertawakan mereka yang tak puasa.
Lepas sekolah habis, baru bekal makanan dipulangkan. Dipesan sekali lagi oleh cikgu agar berpuasa sehingga masuk waktu berbuka. Si anak hanya menurut, kerana takut dimarahi.
Pendapat saya, bila mengajar kanak-kanak lakukan ibadah, hendaklah ia bersifat mengajak dan memujuk. Tak usahlah ia dalam keadaan memaksa atau dengan cara yang memalukan mereka.
Kita semua mahukan anak-anak yang membesar dengan cinta terhadap agama. Kita kena lakukannya dengan berhikmah, kerana jika sudah terbit benci, maka sukar nak disemai cinta di kemudiannya.
Mereka mungkin mampu berpuasa sampai ke Maghrib, namun ia perlukan persediaan serta penyesuaian berperingkat untuk elakkan risiko kemudaratan.
Kita ada sekitar 30 hari, InsyaAllah cukup masa untuk mendidik, cukup masa untuk melatih, cukup masa untuk memberi sokongan. Sampai masa nanti, kita raikan kejayaan kita sama-sama.
Semoga Ramadan ini, lebih baik daripada yang sebelumnya.
Kamarul Ariffin Nor Sadan Kesihatan dan Perubatan *tak perlu kecam cikgu secara umum. Tak semua cikgu begini. Ada yang bagus, prihatin dan berempati.
Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!