Kadang-kadang apabila kita menjadi buntu kerana anak meragam, anak menguji kesabaran, dan anak tidak mendengar kata, penyelesaian terbaik ketika itu bukanlah memarahi dia, cubit dia, pukul dia atau hukum dia, sebaliknya penyelesaian terbaik pada ketika itu adalah memeluk dia.

Peluk bukan kerana anak memerlukan pelukan, tetapi peluk kerana KITA yang lebih memerlukan pelukan di saat menghadapi kekecewaan dan kebuntuan dalam menguruskan anak itu.

Tension Anak Meragam, Jangan Sesekali Cubit Atau Pukul. Peluklah Untuk Redakan Kemarahan Diri

Tidak ada manusia yang lebih baik untuk dipeluk ketika itu melainkan anak yang menjadi ujian buat kita.

IKLAN

Peluk kerana kita sayangkan dia bukannya kita benci dia. Yang mengecewakan kita adalah tingkah laku dia. Yang kita marah adalah tingkah laku dia yang menguji kesabaran kita.

Tension Anak Meragam, Jangan Sesekali Cubit Atau Pukul. Peluklah Untuk Redakan Kemarahan Diri

IKLAN

Peluklah kerana mungkin tingkah laku itu disebabkan kerenggangan hubungan kita dengan dia selama ini. Tautkanlah kembali dengan pelukan itu.

Tension Anak Meragam, Jangan Sesekali Cubit Atau Pukul. Peluklah Untuk Redakan Kemarahan Diri

IKLAN

Peluklah dan berdoalah semoga Allah melembutkan hati dia dan juga menenangkan hati kita.

Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI