Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan supaya pihak tentera membantu pihak polis dalam memantau dan memastikan pematuhan rakyat berada di dalam rumah masing-masing dalam memastikan rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (RMO)yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri bermula 18 sehingga 31 Mac ini.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Kanan yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media sebentar tadi.

Tentera Akan Turun Bantu Polis Kawal Pergerakan Rakyat Ahad Ini Kerana Ramai Masih Berdegil
Sumber gambar: Astro Awani

“Pasukan tentera akan mula digerakkan pada hari Ahad ini supaya kawalan secara menyeluruh dapat dilaksanakan” – Datuk Seri Ismail.

Dari laporan pihak polis, jelas terdapat pematuhan RMO oleh rakyat, kerajaan mengucapkan terima kasih kepada yang mematuhi arahan RMO.

Namun masih ramai yang tidak mahu mendengar arahan pihak kerajaan dan lebih teruk tidak mahu mendengar arahan pihak polis.

Ads

Ada yang gagal untuk mematuhi arahan bersurai dengan terus bermain di taman, melepak di kedai mamak dan sebagainya.

Mengingatkan bahawa polis mempunyai hak kuasa dengan menggunakan Akta polis untuk mengambil tindakan yang lebih keras terhadap rakyat yang berdegil.

Ramai yang mempersoalkan atas alasan apa dan undang-undang apa tentera dilibatkan, MENHAN menjelaskan melalui Seksyen 5 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, adalah bidang kuasa Menteri Kesihatan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tentera dan polis.

Ads

Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju membenarkan rakyat Malaysia untuk terus bekerja di Singapura dan kerajaan Singapura akan menyediakan tempat tinggal selama dua minggu di sana.

Pekerja Malaysia akan disaring di sana sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia, semua ini ditanggung oleh pihak Singapura.

Cuti sekolah akan diteruskan sehingga 31 Mac, jadi kepada keluarga yang berada di kampung-kampung di luar Kuala Lumpur, teruskan tinggal di Kampung, jangan pulang ke Kuala Lumpur.

Ads

Kerajaan akan menangung perbelanjaan makanan ditanggung sepenuhnya untuk semua pelajar yang tidak pulang dari kolej-kolej kediaman mereka. Diharap ibu bapa tidak perlu bimbang dengan keadaan anak-anak mereka.

Warga Malaysia dari Itali(94) dan Iran(55) akan pulang Malaysia pada 22 March Dan 23 March dan akan dikuarantinkan selama 14 hari.

Pihak polis akan meneruskan sekatan jalanraya dan hebahan akan terus dilaksanakan, setakat semalam 11,000 kenderaan telah diperiksa. – KSU akan mengeluarkan surat kebenaran untuk melancarkan pekerja yang melalui sekatan polis.

Sumber- Bernama TV

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI