Antara sebab anak menjauh ialah sikap kita yang suka marah anak dengan emosi. Kata-kata dan perbuatan kita akan penuh dengan emosi.
Ini akan mendorong kita untuk menghukum juga dengan emosi. Ingat ini bahaya!
Sesuatu yang dipenuhi dengan emosi akan menghiris hati anak-anak. Ibarat pisau yang cukup tajam, dengan hirisan nipis sudah meninggalkan luka yang amat pedih.
Bukan untuk anak-anak sahaja, kita sendiri kalau kena marah dengan kata-kata penuh emosi, turut sama akan menjauh hati.
Keadaan yang sepatutnya menjadi hukuman yang ada didikan ke anak-anak, jadi sebaliknya. Paling ditakuti keterlaluan emosi marah boleh membawa kepada anak itu dipukul teruk. Ini yang jadi kes dera anak.
Ads
Ingat kawan-kawan, anak-anak adalah amanah buat kita. Tidak semua yang dah berkahwin macam kita dapat rezeki ada zuriat. Kadang berbelas tahun kahwin, tak ada rezeki lagi.
Jadi hargai anak-anak dengan mendidik mereka, diberi kelembutan dan kasih sayang.
Satu lagi yang perlu diingat, kita juga manusia. Sangat tidak sempurna. Lagilah anak-anak yang kecil. Mereka cuma belajar dengan cara melihat dan mendengar.
Ads
Entah-entah yang kita marahkan sangat dekat anak itulah teguran Tuhan buat kita. Tuhan nak bagitahu itulah kamu. Tengok dekat anak tu.
Allahu.
Jadi elakkan marah dengan emosi. Kalau kita rasa kita sedang dalam keadaan yang tidak tenteram, jauhkan diri daripada anak-anak. Takut kita marah luar daripada batas.
Bila perasaan kita dah tenang balik, baru datang semula dekat anak tadi. Pegang mereka dan tegurlah dengan kata-kata yang paling lembut dan sesuai. Dari hati.
Ads
Ini lebih berkesan daripada kata-kata keras dan tinggi suara.
Seperti menyatakan cinta, mesti dengan suara yang lembut dan ayat yang tersusun indah ye dak? Begitulah.
PU Riz kongsi momen bercuti bersama anak dan isteri, bawa anak kecil ‘travel’ memang mencabar. Membawa anak kecil bercuti ke luar negara boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan tetapi juga mencabar.
Perancangan yang teliti dan persediaan yang rapi diperlukan untuk memastikan perjalanan berjalan lancar. Tiadalah nanti muncul ‘drama-drama’ yang boleh menggamatkan suasana.
Berikut adalah beberapa tip yang boleh membantu ibu bapa membuat persediaan dan menikmati percutian bersama anak kecil.
1. Perancangan Awal
Perancangan awal adalah kunci untuk percutian yang berjaya. Tempah tiket penerbangan dan penginapan seawal mungkin untuk mendapatkan pilihan terbaik. Pastikan anda memilih penerbangan yang sesuai dengan waktu tidur anak anda untuk mengurangkan keletihan.
2. Penyediaan Dokumen Penting
Pastikan semua dokumen penting seperti pasport, visa, dan kad pengenalan disediakan dan sah. Buat salinan dokumen-dokumen ini dan simpan dalam beg yang berasingan sebagai langkah berjaga-jaga. Jangan lupa untuk membawa sijil kelahiran anak jika diperlukan.
3. Pilih Destinasi Mesra Keluarga
Pilih destinasi yang mesra keluarga dan menawarkan banyak aktiviti untuk kanak-kanak. Pastikan destinasi tersebut mempunyai kemudahan yang sesuai seperti taman permainan, kolam renang kanak-kanak, dan restoran yang menyediakan menu kanak-kanak.
4. Sediakan Peralatan dan Keperluan Anak
Bawa peralatan dan keperluan anak seperti kereta sorong, kerusi kereta, dan beg lampin. Jangan lupa untuk membawa pakaian yang sesuai dengan cuaca destinasi, serta mainan atau buku kegemaran anak untuk menghiburkan mereka semasa perjalanan.
5. Susun Atur Bagasi dengan Bijak
Susun bagasi dengan bijak untuk memastikan semua keperluan anak mudah dicapai. Gunakan beg tangan yang besar dan bawa barang-barang penting seperti lampin, tisu basah, botol susu, makanan ringan, dan ubat-ubatan dalam beg tersebut.
6. Sediakan Makanan dan Minuman
Bawa makanan dan minuman yang sesuai untuk anak-anak, terutamanya jika mereka mempunyai alahan makanan atau keperluan diet khas. Makanan ringan seperti biskut, buah-buahan kering, dan roti boleh menjadi pilihan yang baik semasa perjalanan.
7. Uruskan Jadual Tidur Anak
Cuba uruskan jadual tidur anak supaya mereka mendapat rehat yang mencukupi. Jika perjalanan melibatkan perubahan zon masa, mulakan penyesuaian jadual tidur beberapa hari sebelum berlepas. Bawa bantal kecil atau selimut yang biasa digunakan anak untuk membantu mereka tidur dengan selesa.
8. Persediaan Kesihatan
Pastikan anak anda sihat sebelum perjalanan. Bawa ubat-ubatan asas seperti paracetamol, termometer, ubat batuk, dan ubat alahan. Jangan lupa untuk membawa ubat preskripsi jika anak anda memerlukannya. Pastikan anak anda mendapat vaksin yang diperlukan sebelum berlepas.
9. Beritahu Anak Mengenai Perjalanan
Beritahu anak mengenai perjalanan dan apa yang mereka boleh jangkakan. Ceritakan tentang tempat yang akan dikunjungi dan aktiviti yang akan dilakukan. Ini dapat mengurangkan kebimbangan mereka dan membuat mereka lebih teruja.
10. Bersabar dan Fleksibel
Bersabar dan fleksibel adalah kunci utama semasa bercuti dengan anak kecil. Perjalanan mungkin tidak selalu berjalan seperti yang dirancang, jadi bersedia untuk menyesuaikan diri dengan keadaan. Nikmati setiap detik dan jangan terlalu risau jika ada perkara yang tidak berjalan seperti yang diharapkan.
Bagi pendakwah bebas yang juga pelakon, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 29, pengalaman membawa anak-anaknya bercuti ke luar negara (London) suatu pengalaman yang mencabar.
Berikut hantaran yang dikongsikan oleh PU Riz di laman Instagramnya.
Perjalanan kali ini sungguhnya bermakna buat sekalian keluarga
Rupanya ketidakselesaan anak ini merupakan titik bertambahnya kasih sayang kita padanya
Kita belajar tentang terma
Kasih sayang anak letaknya lebih aula dari yang lain
Walaupun agak mencabar
Kulayari kenangan indah ini dengan penuh makna & ingatan
Semoga anak-anakku nanti lihat bukti kasih sang ibu bapa.
Kesimpulannya dengan persediaan yang rapi dan sikap yang positif, percutian bersama anak kecil boleh menjadi pengalaman yang menyeronokkan dan bermakna. Gunakan tip di atas untuk memastikan percutian anda berjalan lancar dan semua orang dapat menikmati masa berkualiti bersama.
Tip ajar anak berpuasa tanpa rasa terpaksa. Berpuasa di bulan Ramadan adalah satu ibadah yang penting bagi umat Islam. Namun, bagi kanak-kanak yang baru belajar berpuasa, ia boleh menjadi satu cabaran besar.
Sebagai ibu bapa, kita perlu memastikan mereka melalui pengalaman ini dengan rasa seronok dan bukan satu paksaan.
Berikut adalah 7 tip bagaimana mengajar anak berpuasa penuh dengan cara yang lebih mudah dan menyeronokkan.
1. 1-2 minggu sebelum Ramadan dah mula cerita keterujaan kita nak sambut Ramadan. Beri heads up awal agar minda anak juga bersedia.
2. Buat plan dan target. Buat plan list dan target tentang aktiviti baru khas Ramadan. Contohnya ada tabung sedekah, Sahur on time setiap hari. Buat target khatam Quran dan plan buat majlis. Peringkat keluarga kecil kita saja. Ini umpama reward. Sesuatu yang buat anak excited.
3. Setiap malam ceritakan keindahan dan Magik Ramadan. Solat jemaah Maghrib hingga Terawih bersama itu saat yang sangat best untuk bercerita.
4. Sediakan juadah sahur kegemaran yang mengenyangkan. Jangan sekali-kali paksa anak jika menolak untuk makan nasi. Lidah kelat pagi-pagi. Boleh gantikan dengan oat brownies, hummus kurma, juadah yang manis-manis asli yang sihat. Berikan minum air secukupnya sangat penting untuk kuat berpuasa.
5. Sediakan makanan favourite dia masa berbuka. Keseronokan orang berpuasa walaupun kita yang dewasa adalah masa berbuka kan. Tanya dia apa nak makan berbuka nanti. Sediakanlah makanan ikut kegemarannya sebagai reward dan buat dia rasa bestnya berpuasa.
6. Biarkan anak bebas buat aktiviti yang dia suka. Main board games sangat mengisi masa. Tidak perlu rigid pada aktiviti spiritual semata.
7. Sorok makanan dan buah kegemarannya sepanjang waktu berpuasa untuk elak trigger dia nak berbuka.
Semoga perkongsian tip mudah nak ajar anak berpuasa penuh di bulan Ramadan ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu ayah.
Apapun jangan sekali-kali kita paksa. Kita buat cara halus.
Mengajar anak berpuasa penuh bukanlah sesuatu yang perlu dilakukan secara paksaan. Dengan pendekatan yang betul, mereka akan belajar berpuasa dengan gembira dan penuh kesedaran.
Yang paling penting, berikan mereka sokongan, bimbingan, dan kasih sayang sepanjang perjalanan ini. Insya-Allah, mereka akan membesar menjadi individu yang lebih kuat dan bertakwa.
Semoga Ramadan kali ini menjadi titik permulaan yang baik untuk anak-anak kita dalam mendekatkan diri kepada Allah.
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM67 bilion kepada sektor pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan RMK13 di Dewan Rakyat hari ini.
Menurut beliau, peruntukan besar itu merangkumi pelbagai aspek penting termasuk pembinaan sekolah baharu serta kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf bangunan sedia ada, termasuk institusi di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).
“Peruntukan ini juga menyasarkan pembangunan kemudahan dan fasiliti di institusi pengajian tinggi awam agar kualiti pendidikan negara dapat terus dipertingkatkan,” ujar Perdana Menteri dalam ucapan beliau.
Beliau turut memaklumkan bahawa pembinaan sekolah akan dijadikan sebagai syarat utama dalam permohonan Kebenaran Merancang bagi mana-mana projek perumahan berskala besar yang baharu.
“Pembinaan sekolah juga akan dijadikan syarat Kebenaran Merancang bagi projek perumahan berskala besar yang baharu,” jelasnya.
Bagi menangani isu kepadatan pelajar dan kekurangan tapak sekolah di kawasan bandar yang padat, kerajaan akan memperluaskan konsep pembinaan sekolah secara vertikal (menegak).
“Manakala, pembinaan sekolah vertikal akan diperluas bagi menangani isu kepadatan pelajar dan ketiadaan tapak sekolah bersesuaian,” katanya.
Langkah-langkah ini dilihat sebagai satu usaha menyeluruh kerajaan untuk memperkukuhkan sistem pendidikan negara, sejajar dengan aspirasi RMK13 dalam meningkatkan kualiti hidup rakyat dan melahirkan generasi berilmu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
SACC Santuni Anak Yatim Sempena Bufet Ramadan Citarasa Orang Kita yang menawarkan lebih 100 hidangan tradisional serta program CSR penuh bermakna sepanjang Ramadan.