Persiapan fizikal dan mental penting buat ibu bapa yang baru pertama kali bergelar ibu bapa atau yang dah ada anak tapi masih belum mengetahui lagi beberapa info penting. Jangan ingat bab penjagaan bayi ini mudah seperti memandikan dan menidurkannya je tetapi ibu bapa juga perlu prihatin dalam hal sendawakan bayi.
Walaupun nampak mudah hanya tepuk-tepuk belakang, tapi sebenarnya angin yang berlebihan dalam perut bayi boleh mengakibatkan bayi gelisah dan tidak selesa. Jadi adalah penting bagi ibu bapa baru untuk ketahui kaedah terbaik untuk buat bayi rasa selesa dan dapat tidur selesa.
Ok mari kita jadikan posting kali ini ‘straight forward’. Maka saya tanya, apa tujuan anda sendawakan anak?
Untuk elakkan kembung?
➡ Adakah bayi sebenarnya mudah kena kembung? TIDAK. Saya ulang: TIDAK. Seawal tahun 1954 Dr Ronald Illingwood, seorang doktor pakar kanak-kanak England membandingkan Xray perut 2 kumpulan bayi iaitu bayi yang di katakan ‘colic’ dan bayi yang bukan ‘colic’ ketika keduanya di puncak tangisan. Hasilnya? Tiada beza jumlah gas dalam perut kedua kumpulan bayi.
Ujian ulangan paling baru dilakukan pada 2014 oleh Dr Cindy Gellner dari Utah untuk mengkaji kaitan sendawa- gumuh – colic (banyak nangis). 1 kumpulan ibu di minta sendawakan bayi mereka selepas setiap penyusuan dan 1 kumpulan lagi tidak sendawakan bayi. Kedua kumpulan ibu di uji selama 3 bulan. Hasilnya? Bayi-bayi kuat meragam adalah hampir sama jumlahnya dari kedua-dua kumpulan.
Ads
Kedua kajian ini antara yang mengesahkan fakta bahawa hanya 20% saja bayi yang colic (kuat menangis) kerana kembung. Mereka di gelar ‘abdominal colic baby’. 80% bayi colic lagi BUKAN kerana kembung.Ianya kerana lemahnya adaptasi mereka pada peralihan alam rahim ke alam dunia. Mereka adalah ‘infantile colic baby’
= Maka, SENDAWA BUKAN TUJUAN UNTUK ELAK KEMBUNG. Umumnya, gas dalam badan bayi akan mencari jalan keluarnya sendiri samada melalui sendawa atau kentut.
2. Untuk elak gumuh/muntah susu?
Sendawa atau tidak, faktanya, semua bayi kecil akan tetap gumuh. Susu yang ditelan bayi akan menuruni saluran esofagusnya sebelum masuk ke dalam perut. Sebelum perut, ada satu otot atau gegelung LES (lower esophageal sphincter) yang tugasnya menahan isi perut dari terselinap naik semula ke esophagus seterusnya ke mulut. Buat bayi kecil, otot LES ini belum matang. Maka, selagi otot LES ini belum matang, gumuh akan selalu terjadi terutama jika perut bayi penuh.
= Maka, sendawa BUKAN untuk elak gumuh.
Ads
3. Sendawa untuk elak bayi rasa tak selesa?
Ya! Ini kerana gas yang terperangkap dalam perut dan dada bayi akan menyebabkan rasa sebu (penuh) dan tidak selesa, yang akan menyaksikan bayi menangis atau resah sama seperti orang dewasa.
NAMUN, perlu diingat, bukan semua bayi ada banyak gas untuk disendawakan dan bukan semua bayi senang sendawa dengan kuat. Ada bayi yang memang tak banyak gas untuk disendawakan dan ada yang ‘silent burper’ atau sendawa perlahan sekadar helaan angin.
= Maka, sifir asasnya, di saran usah mengenepikan langkah menyendawakan bayi sehingga usia bayi sekitar 6 bulan atau lebih spesifiknya telah boleh duduk kerana kemahiran duduk akan dengan sendirinya membantu proses penyingkiran gas.
Ads
TAPI, tak perlulah berlama-lama. Beberapa minit sudah memadai kerana jika benar gas sudah berada di sekitar abdomen bayi, ia tak perlukan masa yang lama untuk keluar apa lagi dengan bantuan ibubapa.
Jika sampai 20-30 minit menepuk bayi dan anak pun ternyata sudah sedap terlena di bahu misalnya, tentulah tak logik jika masih nak terus menepuk dan mahu berharap mendengar bunyi sendawa. NO.
Sudah terang dan jelas bayi dalam keadaan selesa maka sebab itu dia terlena. Maka, anggap sajalah gas sudah tiada dan letak saja bayi ke bawah. Jika bayi tak selesa (masih ada gas) tentulah bayi akan terus resah.
Adakah salah jika ibu mahu terus menepuk bayi dan membiar anak lena di dada selama mana yang ibu mahu? Oh, tentu sekali TIDAK SALAH. Namun jika ibu merungut bayi ambil masa terlalu lama untuk sendawa maka kini ibu patut telah tahu, bukan bayi yang tak nak sendawa, tapi ibu yang terlebih buat?.
Malah, menepuk bayi di dada/bahu ibu hingga lena, setiap kali, adalah salah satu punca mengapa bayi terjaga atau enggan terus lena bila di letak ke bawah kerana bayi sudah biasa kesedapan lena di dada ibu. Sekali lagi, ini JUGA TIDAK SALAH. Tapi jika ibu sudah letih dan mahu bayi tidur sendiri di bawah, maka ibu perlu tahu, bayi boleh buat dan ada caranya.
USWATUN HASANAH MOHD HABIB
KONSULTAN TANGISAN BAYI
THB EDU ASSC. USA
DBL INSTITUTE SYDNEY
THE WONDER WEEKS ACADEMY
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa yang harus anda lakukan jika anak tiba-tiba sahaja mengalami suhu tinggi? Terus bawa ke hospital? Tak tahu nak buat apa?
Perkara paling penting ialah jangan panik! Anda perlu melihat keadaan anak atau bayi anda di rumah dengan lebih dekat. Jika boleh ambil langkah pencegahan awal untuk turunkan suhu supaya tidak terlalu tinggi.
Jika rasa tak yakin apa yang perlu kita lakukan, Dr Ezairy M.Sallih berkongsikan 10 langkah dan tip yang boleh dilakukan.10 langkah dan tip untuk menurunkan suhu anak:
1. Beri mereka banyak air. Perhatikan tanda-tanda dehidrasi pada anak-anak.
2. Berikan mereka makanan jika mereka mahu. Jangan disekat-sekat.
3. Perhati dengan lebih kerap anak-anak anda secara teratur terutama pada waktu malam.
4. Elakkan banyak keluar ke tempat ramai orang. Sebaiknya, berehat di rumah terlebih dahulu sehingga anak anda sembuh.
5. Beri mereka paracetamol mengikut dos yang sepatutnya. Dapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu. Jangan beri sesuka hati!
6. Jangan sapukan tubuh mereka dengan apa-apa jenis daun dan sebagainya untuk menyejukkannya – ini tidak membantu mengurangkan demam.
7. Jangan tutup mereka dengan terlalu banyak pakaian atau pakaian tidur dengan tujuan mengelakkan sejuk.
8. Jangan menggabungkan ubat-ubatan seperti aspirin, ibuprofen dan paracetamol, kecuali selepas berjumpa doktor. Bahaya!
9. Elak beri paracetamol dan ibuprofen untuk kanak-kanak di bawah 2 bulan kecuali atas nasihat dan pemeriksaan doktor. Jangan sesuka hati ambil produk tambahan, suplemen dan ubat tanpa pengawasan doktor.
10. Bawa berjumpa doktor sekiranya ada tanda-tanda ini :
– Anak berumur bawah 6 bulan dan mempunyai suhu melebihi 38.
– Mempunyai tanda-tanda penyakit lain, seperti ruam, serta suhu tinggi.
– Tidak mahu makan, atau minum.
– Tidak aktif di rumah.– Suhu masih tinggi walaupun sudah diberi ubat paracetamol atau ibuprofen.
– Ada tanda-tanda dehidrasi (kurang air dalam tubuh) seperti lampin yang kurang basah, bibir dan lidah kering, dan sebagainya.
Moga bermanfaat untuk para ibu bapa. SHARE kepada semua yang anda sayang. Semoga kesihatan yang baik sentiasa bersama kita.
Tahniah diucapkan buat Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra yang menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 17 Julai lalu.
Berita kelahiran itu pastinya menggembirakan seluruh rakyat Kelantan.
Anakanda pertama baginda berdua yang diputerakan pada 17 Julai 2023 bersamaan 28 Zulhijjah 1444H ini dilahirkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Pada hari ketujuh kelahirannya, nama yang indah telah diumumkan buat si kecil. Melalui laman sosial rasmi, Dr Tengku Muhammad Faiz berkongsi gambar bersama bayi sulungnya.
“Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
“Dengan limpah perkenan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan dan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan menamakan putera seperti berikut:
“Tengku Muhammad Johan Petra Bin Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
“Semoga ALLAH SWT memberi keafiatan, taufik dan hidayah serta dipermudahkan segala urusan Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan serta anakanda,” titip baginda.
Menerusi perkongsian gambar keluarga yang dikongsikan baginda, Tengku Muhammad Johan Petra kelihatan sangat comel.
Selamat bergelar ibu pada 29 Januari lalu, usahawan dan pengacara, Neelofa dilihat mula berkongsi beberapa momen indah bersama permata hatinya, Muhammad Bilal.
Terbaru menerusi Insta Storynya semalam, bekas pengacara program Meletop ini dilihat sudah pun bersedia untuk pulang ke rumah.
Dan paling membuatkan pengikut selebriti kesayangan ramai ini begitu teruja bila mana Neelofa berkongsi bilik comel Bilal yang bakal dihuni anak kecil itu.
“Ready to go home!” titipnya di Insta Story.
Bilik serba putih
Neelofa dalam masa yang sama turut berkongsi sekeping foto memaparkan kamar bayi sulungnya itu.
Dengan tema serba putih, bilik Muhamammad Bilal dilihat terhias cukup cantik menunggu kehadirannya pulang.
“Bilal’s room,” tulis Neelofa ringkas.
Malah menerusi akaun rasmi @lofa.page, gambar bilik yang dikongsikan Lofa turut mengundang rasa keterujaan peminat untuk menatap wajah Bilal.
“Belum pun berusia seminggu, baby Bilal dah ramai yang sayang.
“Ramai yang mendoakan. Belum dapat tengok pun lagi, ramai dah rindu dengan Bilal. Masyallah.
“Semoga membesar menjadi anak yang soleh ya Bilal,” tulisnya di kapsyen.
Bukan itu sahaja bahkan pelbagai persiapan telah dilakukan untuk menyambut kepulangan ibu cantik jelita ini dari hospital.
Ibu Neelofa, Datin Noorkartini Noor Mohamed dilihat turut berkongsi beberapa sajian berpantang seperti lauk pauk yang diperap dan bubur nasi yang disediakan untuk Neelofa.
Para peminat teruja dengan perkongsian Neelofa malah meluahkan tidak sabar melihat wajah Bilal.
“Alala bilik pun comel belum tengok Bilal lagi.”
“Tak dapat tengok Bilal dapat tengok bilik pun dah Alhamdulillah.”
“Tak sabar nak tunggu lihat babynunha.”
“Ini yg buat aunty-aunty semua bertambah rindu nak tengok wajah baby Bilal.”
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!