Memang normal, waktu kita nak tidur ada yang menghalang kan? Elok nak pejam mata, si kecil tu pun mulalah ajak kita main. Naik atas badanlah, tepuk-tepuk muka lah. Sudahnya, lewatlah kita tidur. Bangun pagi, mata habis bengkak! Alahai, anak..
Apabila anak menjangkau usia 9 hingga 12 bulan dan ke atas, banyak perubahan yang berlaku. Selain perubahan pada fizikal yang semakin ketara dan lebih aktif, tidur malam juga kerap tertunda. Tidur amat mustahak untuk perkembangan bayi dan kanak-kanak kerana otak mereka berkembang sewaktu tidur.
6 KESILAPAN PERLU ELAK JIKA MAHU ANAK SENANG TIDUR
1.Tidur siang terlalu lama
Ini menjadi salah satu punca utama masalah sukar tidur malam. Apabila bayi tidur siang terutamanya pada waktu petang terlalu lama, mereka akan rasa segar, tidak mengantuk dan bertenaga pada malam hari.
Ia akan menyebabkan sama ada mama dan papa perlu membiarkan anak bermain sehingga mengantuk sendiri awal pagi atau perlu berperang untuk memaksanya tidur dengan cara paksaan yang mana perlu dielakkan.
2.Persekitaran bising dan terlalu cerah
Suasana bising dan keadaan pencahayaan yang terlalu cerah boleh menjadi sebab kenapa bagi sukar untuk tidur pada waktu malam. Seelok-eloknya wujudkan suasana yang cosy apabila waktu tidur anak kian hampir.
Malapkan pencahayaan dengan memasang lampu meja dan memadamkan lampu siling. Matikan TV dan gajet sekurang-kurangnya 1 jam sebelum waktu tidurnya.
Ads
3.Terlebih rangsangan
Elakkan melakukan aktiviti rangsangan seperti bermain permainan melibatkan pergerakan fizikal yang aktif dengannya supaya pergerakan badan mula perlahan dan bersedia untuk tidur.
Peralatan seperti buaian seringkali menyebabkan kebergantungan. Kalau tak ada alatan ini, bayi tidak mahu tidur atau amat susah untuk melelapkan mata. Jadi, kalau anda tidak mahu pergantungan pada kemudian hari, elakkan dari membiasakan bayi dengan buaian daripada awal lagi.
5.Elakkan bergantung kepada pergerakan
Ads
Biasakan bayi didukung atau didodoikan dengan cara pergerakan. Apabila tidak dapat dua cara ini, ia boleh jadi punca bayi sukar untuk tidur. Seelok-eloknya biarkan bayi tidur di atas tilam. Paling tidak, mama dan papa hanya menepuk pahanya sehingga tertidur.
6.Tiada ada rutin tidur yang tetap
Bayi tidak mempunyai rutin tidur yang tetap akan mengalami masalah untuk tidur. Ibu ayah perlu mewujudkan rutin tidur bagi memudahkan mereka tidur. Tapi perkara ini tidak akan berlaku dalam masa yang singkat.
Rutin tidur yang seelok-eloknya mula diciptakan pada seawal selepas pantang. Misalnya selepas mandi malam, disusukan malam dan kemudian tidur. Patuhilah rutin ini untuk mengelakkan ‘berperang’ untuk tidur di waktu malam.
Ibu bapa sering menganggap bahawa penjagaan gigi anak hanya bermula selepas gigi mereka tumbuh. Salah tanggapan tersebut. Penjagaan oral dan gigi bayi khususnya mesti bermula sejak awal, iaitu daripada si manja lahir lagi. Masalah kerosakan gigi bayi boleh bermula sebaik sahaja gigi pertamanya tumbuh.
Bila gigi pertama bayi tumbuh?
Lazimnya, bayi akan mula tumbuh gigi pertama semasa usia enam hingga lapan bulan, malah ada juga yang baru tumbuh gigi semasa usia setahun. Gigi mereka akan lengkap sepenuhnya semasa usia kanak-kanak tiga tahun.
Bagaimana penjagaan oral untuk bayi dan kanak-kanak?
Penjagaan oral atau mulut bayi perlu dilakukan secara berterusan setiap hari. Sebelum gigi pertama bayi tumbuh, anda perlu mula menjaga gusi bayi. Penjagaan gusi ini tidak memerlukan anda untuk menggunakan berus serta ubat gigi.
Ibu bapa disarankan untuk melakukan penjagaan gusi dan mulut bayi selepas anak menyusu dan sebelum bayi tidur. Caranya adalah dengan melembapkan kain yang lembut, kemudian, gosokkan lembut pada gusi si manja bagi membersihkan sisa-sisa susu pada mulutnya. Lakukan cara ini sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk mengelakkan bakteria daripada melekat pada gusi.
Jika gigi pertama bayi sudah tumbuh, teruskan rutin penjagaan oral bayi seperti di bawah:
Bersihkan gigi pertama yang baru tumbuh dengan meletakkan sedikit ubat gigi berfluorida pada kain lembut dan sapukan pada gigi bayi.
Jika gigi geraham sudah tumbuh, anda boleh mula menggunakan berus gigi khas untuk bayi yang banyak dijual di pasaran. Letakkan ubat gigi khas untuk bayi sebesar saiz biji kacang pis pada berus gigi tersebut.
Berus di sekitar lidah dan gusi untuk menghilangkan bakteria tersembunyi dan mengelakkan mulut bayi berbau.
Lakukan rutin ini dua kali sehari iaitu sewaktu bangun tidur pada waktu pagi dan pada malam hari sebelum tidur.
Bawa bayi anda berjumpa doktor gigi semasa gigi pertamanya tumbuh ataupun selewat-lewatnya semasa usia bayi setahun. Doktor gigi akan memberikan nasihat tentang cara-cara penjagaan gigi bayi kepada ibu bapa.
Orang tua selalu cakap ‘baby hisap ibu jari kaki tanda dia nak adik lagi’. Dengar je ayat macam ni mula la mama risau. Bukan apa baby kecil lagi tak kan la nak bagi adik dah kat dia. Sekurang-kurangnya biarlah besar dulu baru fikir kan semula.
Ok berdasarkan perkongsian Idati Malek, sebenarnya tindakan bayi menghisap ibu jari kakinya bukan nak adik tapi sebagai rangsangan otak untuk berkembang.
Now let me tell you guys a story. Ada seorang perempuan, aku namakan Puan N. Pregnant 5 bulan. Bila scan 5D, nampak baby dia tengah hisap jari kaki.
Jadi doktor cakap apa tau? ‘dia nak adik lagi lah tu….’ Tak tak. doktor tak cakap macam tu. mau kena lempang.hahaha.
Actually the fact is : baby adalah reflexologist pertama di dunia. Ha, tukang urut la senang katanya.
Nak tahu kenapa?
Sebenarnya, setiap kali baby menghisap ibu jari kakinya, baby sebenarnya sedang merangsang otaknya untuk berkembang. Setiap bahagian tapak kaki kita ada bahagian yang berfungsi terhadap organ tertentu. Jom kita tengok bahagian tapak kaki baby ni yg aku attach ni.
Sekiranya baby nak tumbuh gigi pulak, cuba tengok bahagian mana yang sering menjadi perhatian baby.
Ya, baby akan menarik-narik bahagian belakang telinga yang tidak gatal kerana di belakang cuping telinga mempunyai dental reflexes.
Subhanalllah. Hebat sungguh ciptaan Allah kan? Sebab itu kita perlu belajar sedikit sebanyak tentang urutan baby. Selain dapat memanjakan dan menenangkan baby, urutan juga dapat merangsang otak dan emosi mereka.
Ekzema adalah masalah kulit yang biasa terjadi kepada anak kecil. Ia biasanya terjadi kepada si manja sejak lahir dan akan hilang dengan sendirinya sebelum si manja melangkah ke sekolah rendah. Namun tidak dinafikan ada yang kekal sehingga usia dewasa.
Terdapat berjenis-jenis ekzema seperti Dyshidrotic eczema , Eczema herpeticum, Nummular eczema , Seborrheic eczema serta Atopic eczema. Atopic eczema atau dermatitis adalah jenis ekzema yang biasa dihidapi bayi dan kanak-kanak.
Kasihan sangat bila melihat anak kecil tergaru-garu kerana gatal dan ada yang meggaru bahagian ekzema yang kering sehingga luka!
PENCETUS KEGATALAN AKIBAT EKZEMA
Ekzema berkait rapat dengan keturunan dan gen. Kulit penghidap ekzema dikatakan tidak boleh menampung kelembapan dan menyebabkan ia kering. Antara faktor yang mencetuskan ekzema pada si manja ialah:
Pendedahan kepada bulu binatang
Penggunaan bahan kimia pada kulit
pemakaian fabrik sintetik
Panas dan berpeluh
Cuaca kering dan sejuk
Tekanan perasaan atau stres
Kulit terlalu kering
5 SIMPTOM EKZEMA
Kegatalan pada kulit yang sering terbentuk dalam bentuk tompok.
Lokasi tumpuan ialah di bahagian muka, bahagian berlipat pada si manja seperti leher, pelipatan lengan, belakang lutut, telinga dan pada kulit kepala.
Terdapat kanak-kanak mengalami ekzema di lutut atau siku.
Kegatalan akibat selalunya akan menyebabkan kulit kering, iritasi dan melecet serta berkuping. Ada kalanya kulit merekah dan menyebabkan terjadinya infeksi.
Kulit menjadi kemerah-merahan dan bersisik.
10 CARA NAK KENDALI ANAK EKZEMA
Si kecil yang mengalami ekzema bukan sahaja akan gatal pada kulit, ia juga akan mengganggu tidur, pergaulan dan menggugat emosi si kecil. Ekzema tidak boleh dihilangkan begitu sahaja kerana ia mempunyai perkaitan dengan gen dalam badan yang tidak mungkin boleh diubah sama sekali.
Walau pun bukanlah satu penyelesaian, namun sebagai langkah mencegah tercetusnya kegatalan, ubat-ubatan daripada preskripsi doktor, peralihan gaya hidup perlu untuk mengawal ekzema yang dihidapi si manja daripada menjadi lebih teruk.
Sapuan pelembap. Pelembap kulit yang diperbuat daripada bahan organik dan tidak mengandungi steroid adalah pilihan terbaik.
Kuku si manja perlulah sentiasa pendek untuk mengelakkan kulit tercalar ketika menggaru.
Tuam menggunakan pek ais mengurangkan kegatalan.
Sentiasa memakai pakaian daripada fabrik kapas dan berpotongan longgar.
Tutup bahagian yang gatal dengan pakaian (pakaikan seluar panjang jika ekzemanya pada pelipatan betis)
Menggosok bahagian kulit yang gatal perlahan-lahan untuk melegakan.
Sentiasa memastikan ruang kediaman bebas habuk.
Elakkan permaidani dan binatang peliharaan yang berbulu di dalam rumah.
Amalkan penyusuan susu ibu.
Elakkan susu lembu, kekacang, telur dan makanan laut yang mungkin boleh menyebabkan radang ekzema tercetus.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.