Tepung Pelita Bunga Telang. Cantik Warna Biru Aslinya, Sedap Makan Sejuk-Sejuk!

Share

Salah satu pencuci mulut yang paling digemari ketika Ramadan adalah kuih tepung pelita. Rasanya yang lemak manis dan dimakan ketika sejuk memang sedap. Kuih ni bukan orang dewasa je suka, anak-anak pun tetap menggemarinya.

Istimewanya untuk resipi tepung pelita kali ini yang dikongsikan oleh Siti Khairun Nur Akmal berasaskan bunga telang dan bukan menggunakan air daun pandan. Nak tahu cara buatnya, berikut resipi Tepung Pelita Bunga Telang.

Tepung Pelita Bunga Telang 

Warna biru asli dari Bunga Telang. Rasanya yang berlemak dan manis, antara kuih pilihan bulan puasa.

BACA [Ayam Masa Thai Terlajak Sedap! Resipi Simple, Rasanya Macam Kat Kedai]

Resipi:

Bahan-bahan lapisan biru:

30 kuntum Bunga Telang
5 cawan air
1 cawan tepung beras
1 sudu kecil air kapur (bancuh cair)
1 cawan gula
sudu kecil gula (untuk lapisan bawah)
Bahan-bahan lapisan santan:
4 cawan santan
5 sudu besar tepung beras
garam secukup rasa

Cara-cara:

Cara-cara masak lapisan biru:

1) Rebus 30 kuntum Bunga Telang bersama 5 cawan air. Kemudian, keluarkan bunga. (Tapis ambil air sahaja).

2) Masukkan air kapur, tepung beras dan gula pasir lalu masak bahan sehingga menjadi pekat dan halus.

3) Masukkan gula pasir yang dikisar halus ke dalam acuan lalu sudukan adunan Bunga Telang dalam anggaran setengah acuan.

Cara-cara masak lapisan santan:

Masak santan bersama tambahan garam secukup rasa dan tepung beras. Kacau adunan dengan api perlahan dan masak sehingga pekat serta halus.

Selepas adunan masak dan agak pekat, masukkan ke dalam acuan iaitu di atas lapisan biru.

Sejukkan seketika di dalam peti sejuk. Tepung Pelita Bunga Telang sedia dihidang.

Kuih tepung pelita bunga telang ini rasanya tetap sama seperti tepung pelita hijau tu, cuma warna sahaja yang berbeza. Selamat mencuba!

Kredit: Siti Khairun Nur Akmal 

RESIPI MENARIK [Tip Daging Goreng Lembut & Juiscy. Tak Guna Daging Batang Pinang Pun Jadi!]

Nak beri didikan agama pada anak-anak biarlah sejak mereka kecil. Ajarkan anak solat dengan cara simple dan anak mudah ‘tangkap’, baru dia teruja. Ketahui macam mana nak latih anak solat secara fun, jom daftar ke Kem Solat Anak: Mudah, Seronok & Berkesan sekarang! Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-anak/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Published by
Wan Amy