Kuih talam atau tepung talam antara yang menjadi kesukaan ramai. Dengan aneka jenis talam, setiap satunya mesti ada peminatnya tersendiri. Cuma bagi yang tak biasa buat, pasti akan rasa agak susah tapi keinginan tu ada.

Tak perlu nak risau, anda boleh cuba dulu buat tepung talam gula merah. Rasanya sedap dan tak rugi pun cuba kerana anak yang kecil boleh tumpang sekali makan. Kemanisan ikut citarasa anda.

Tepung Talam Gedik Guna Acuan Kecil. Senang Nak Makan, Kukus Pun Kejap

Ini ada resipi tepung talam gedik hasil air tangan Siti Hadirah. Ada masa luang hujung minggu boleh cuba.

Lama tak buat tepung talam lembut gedik ni. Sekali sekala makan sedap juga. Saya syer resipi cara saya. Sesiapa nak nak cuba buat silakan.

IKLAN

Tepung Talam Gedik Guna Acuan Kecil. Senang Nak Makan, Kukus Pun Kejap

Bahagian Bawah
-1 cawan gula merah
-3 sudu besar gula putih (tak manis boleh tambah)
-1 cawan air
*masak sehingga larut.. kemudian tapis.

IKLAN

Tepung Talam Gedik Guna Acuan Kecil. Senang Nak Makan, Kukus Pun Kejap

-1 cawan tepung gandum
-1 sudu besar tepung ubi (jangan penuh sangat)
-1½ cawan air
*campur semua bahan termasuk air gula tadi.. blend dan tapis.
*tuang ke dalam periuk..kacau atas api lebih kurang 2-3 minit menggunakan api perlahan.
*kemudian tuang dalam loyang@acuan yang di sapu minyak.
*untuk loyang kukus 15 minit..untuk acuan 8 minit.

IKLAN

Tepung Talam Gedik Guna Acuan Kecil. Senang Nak Makan, Kukus Pun Kejap

Bahagian Atas
-½ cawan tepung beras
-1½ cawan santan pekat (saya guna santan fresh)
– ½ sudu kecil garam (bahagian ni mesti rasa lemak-lemak masin)
*campur semua bahan..blend dan tapis.
*tuang ke dalam periuk..kacau macam yang bahagian bawah jugak.
*kemudian tuang atas lapisan gula merah.
*kukus 20-25 minit untuk loyang, 10-15 minit untuk acuan.

Kredit Resipi: Siti Hadirah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI