Pengorbanan ibu melahirkan anak bukan sedikit. Ibarat bertarung dengan nyawa. Bagi Yatt Hamzah, nikmatnya bersalin anak lelaki kali ini begitu luar biasa. Satu pengalaman berbeza yang pastinya tidak dapat dilupakan.
Kata Yatt menerusi Instagramnya, dia bersyukur akhirnya dapat mendakap bayi lelaki dari zuriat sendiri. Satu nikmat yang ditunggunya sekian lama. Malah satu pengalaman yang begitu bermakna buatnya.
“Pertama kali mendakap BAYI LELAKI zuriat sendiri. Perasaannya, Subhanallah luar biasa indah. Menitis air mata dan lidah tak henti-henti mengucapkan syukur.
” Inilah anak bertuah yang hampir-hampir keluar ikut tingkap. Di saat-saat akhir dapat juga melahirkannya secara normal walaupun terpaksa menahan sakit lebih 8 jam dan meneran kuat hingga pembuluh darah pecah di bawah kulit muka, mata dan seluruh badan.
“Boleh nampak jelas kulit muka Bonda tu penuh bintik-bintik merah seperti freckles. Pengorbanan ibu, asalkan anak yang dilahirkan selamat dan sihat.
“Alhamdulillah, inilah Si Bongsu Anakanda Putera yang ditunggu-tunggu sekian lama. Satu-satunya Putera Bonda selepas kakak-kakaknya 4 puteri, barulah dia muncul. Kelahiran yang dinantikan bukan sahaja kami keluarganya tapi sahabat-sahabat dan followers Bonda.
“Sungguh tak sangka zuriat penutup ini (in shaa Allah), kami dapat seorang putera. Sampai ramai sangat yang WhatsApp dan DM bertanya, apa tips nak dapat anak lelaki!?” kongsi Yatt.
Ramai minta petua tip dapatkan anak lelaki
“Di sini Bonda jawab pertanyaan semua. Wallahi Bonda tiada apa-apa tips dan tidak mengamalkan apa-apa melainkan menyerahkan segala pergantungan hanya pada Allah. Memanglah teringin anak lelaki tapi tak mengharap apa-apa.
“Kalau dapat syukur..tak dapat pun syukur. Tak mengharap, hanya berdoa. Jika ada rezeki kami, kami redha apa sahaja yang dikurniakan asalkan anak selamat dan sihat.
“Sekali lagi terima kasih atas doa-doa yang baik dari kalian semua. Bonda dan anakanda rehat dulu ya. Esok Bonda sambung cerita Bonda melahirkan di hospital mana. Di hospital swasta lagi atau kerajaan dan kenapa? Apa yang bestnya hospital pilihan kali ni?
Assalamualaikum dan Selamat Malam.
SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH ALLAHUAKBAR,” kongsi Yatt menerusi Instagramnya.
Pastinya satu kegembiraan selepas menunggu kehadiran anak lelaki pada tempoh yang lama. Satu perjuangan yang bukan sedikit namun berbaloi bila apa yang diinginkan kini dihajati.
Selamat berpantang buat Yatt.
Menarik: Paling Suka Dengar Azan, Macam-Macam Memek Muka Keluar, Bijaknya Fatima!
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @yatthamzah_suci