Curi nafas, posisi badan dan cara teran yang betul membantu mudahkan proses bersalin. Bagi ibu baru atau pertama kali melahirkan secara normal, ia mungkin agak sukar dilakukan.
Ramai yang mengalami kesukaran untuk meneran atau lebih tepat lagi tidak pandai untuk meneran mengeluarkan bayi tanpa menggunakan sebarang alat bantu. Lebih-lebih lagi setelah bergelut dengan kontraksi yang semakin kerap dan lama, ibu boleh jadi keliru!
Menurut Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, cara meneran yang betul ialah seperti meneran ketika membuang air besar. Elakkan meneran pada muka kerana ia cara yang salah dan boleh menyebabkan anda berasa cepat penat. Ini adalah kesilapan yang sering kali terjadi terutamanya bagi ibu pertama kali yang tidak mempunyai pengalaman bersalin normal.
PERSEDIAAN DAN LATIHAN
Sebagai persediaan dan latihan supaya proses meneran berjalan lancar, anda bolehlah mengikuti kelas antenatal sebagai persiapan untuk bersalin. Semasa kelas dijalankan, anda akan diajar cara-cara senaman yang membantu ibu menjadi lebih sihat dan ceria. Relaxation technique juga turut diajar iaitu;
Penafasan melalui abdomen (deep breath/ abdominal breathing)
Anda digalakkan untuk menarik nafas dalam daripada ruang abdomen semasa kontraksi (bukan dari dada). Cara pernafasan ini jika dilakukan dengan betul boleh membantu mengalih perhatian para ibu daripada perasaan sakit semasa kontraksi dan menumpukan kepada teknik pernafasan yang betul.
Ads
Relaxation technique
Pergerakan-Anda perlu membuat banyak pergerakan semasa proses awal kelahiran. Ini boleh membantu mengalih perhatian dan mengurangkan kesakitan serta mempercepatkan proses bersalin secara tidak langsung.
Birthing Ball-Menggunakan birthing ball atau melakukan senaman ringan semasa awal proses kelahiran boleh membantu postur badan dan pelvis semasa menahan kesakitan semasa bersalin.
Mandi air suam-Mandi air suam atau berendam dalam kolam (birthing pool) juga membantu mengalih perhatian anda daripada kesakitan kontraksi.
Ads
TENAGA
Meneran memerlukan tenaga. Anda disarankan berehat sebelum proses bersalin aktif untuk mengelakkan pembaziran tenaga. Berjalan-jalan di sekitar wad boleh dilakukan sekiranya ia bertujuan untuk menenangkan fikiran dan mengurangkan tumpuan kepada perasaan sakit. Sesetengah pakar perbidanan juga berpendapat berjalan semasa proses awal bersalin boleh membantu mempercepatkan proses bersalin kerana tekanan kepala bayi pada serviks.
Anda dibolehkan mengambil snek ringan sebelum masuk ke dewan bersalin. Antara snek yang boleh diambil ialah seperti roti, minuman berkhasiat dan buah-buahan seperti pisang. Makanan ringkas dan berkhasiat diambil dalam kuantiti yang kecil sebagai mengalas perut dan membekalkan tenaga untuk meneran.
Menurut Dr Sharina, kenyataan mengenai ibu yang ingin bersalin tidak dibenarkan adalah tidak benar sama sekali kecuali pada kes yang telah dijadualkan melahirkan menerusi pembedahan secara elektif. Manakala sepanjang masa di dewan bersalin, ibu diberikan air dalam kuantiti sedikit seakan-akan seperti membasahkan bibir dengan air untuk mengelakkan kehausan.
Ads
POSTUR BADAN
Postur badan memainkan peranan untuk memudahkan ibu untuk meneran. Caranya ialah dengan;
Berbaring dengan keadaan kedua belah kaki terbuka luas.
Kedua-dua kaki dilipatkan sedikit ke belakang.
Bahagian belakang akan ditinggikan bahagian sedikit.
Cuba pegang pada tumit atau meletakkan kaki pada penyokong besi yang disediakan.
IKUT ARAHAN
Dengar dan sentiasa peka kepada arahan yang diberikan oleh doktor dan jururawat yang bertugas. Teran apabila disuruh dan tahan apabila tidak perlu teran. Hal ini penting kerana doktor atau jururawat hanya akan memberi arahan teran setelah memantau kontraksi menerusi bacaan CTG dan keadaan bayi.
Elakkan meneran terlalu awal iaitu sebelum bukaan serviks 10sm kerana ia boleh menyebabkan ibu berasa penat dan memberikan stres berlebihan kepada bayi. Meneran terlalu awal juga boleh menyebabkan serviks terkoyak.
CARA MENERAN YANG BETUL SEMASA BERSALIN
Angkat kepala sehingga dagu mencecah dada.
Mata memandang ke arah perut.
Tangan pegang pergelangan kaki.
Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran
Jangan sesekali angkat punggung agar luka tidak melibatkan dubur.
Tarik nafas dengan dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar.
Pastikan anda tidak mengeluarkan nafas dengan kuat.
Teran sekuat – kuatnya selama yang boleh (selama 10 saat sekiranya boleh).
Rehat dan relaks ketika tiada kontraksi. Basahkan bibir dengan air dengan bantuan suami.
Curi nafas dan teruskan meneran di setiap kontraksi.
Dengar arahan jururawat dan doktor
Elakkan menjerit – jerit supaya pembaziran tenaga dapat dielakkan.
AWAS! Menghembus nafas dengan kuat semasa meneran akan menyebabkan anda jadi cepat letih. Jika anda mempunyai masalah pernafasan seperti asma, beritahu doktor atau jururawat yang bertugas. Jangan lupa bawa ubat-ubatan seperti metered dose inhalers.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi yang masih kecil mempunyai kulit yang sensitif. Jika tersalah menggunakan produk mandian, mungkin boleh menyebabkan iritasi dan naik ruam. Begitulah yang berlaku pada si manja Instafamous, Syafiqah Aina, iaitu Raisya Arisa yang berusia dua bulan. Ketika dimandikan, Syafiqah dan suami meletakkan sabun pada badan bayi mereka. Mereka merasa tidak puas jika memandikan Raisya tanpa menggunakan sabun.
Dalam perkongsiannya melalui Instagram, Syafiqah berkongsi foto kulit anaknya timbul ruam dan menjadi kemerah-merahan. Kata Syafiqah, ini silapnya dan suami kerana menggunakan sabun dan syampu semasa memandikan anak.
Sempat menitipkan pesanan, Syafiqah meminta supaya ibu-ibu baharu tidak menggunakan sebarang produk pada bayi yang masih kecil. Katanya lagi, tunggulah anak besar sedikit sebelum mencuba sebarang jenama sabun dan syampu pada anak. Harus rajin mencuba untuk lihat yang mana serasi untuk mereka.
Ni jugak skin Raisya masa Mommy dalam pantang. Silapnya sbb Mommy & Daddy jenis tak puas hati kalau tak letak sabun & shampoo pada Raisya last last jadi macamni ? . Tips untuk new Mommies, elakkan pakai any sabun, shampoo or oil pada skin baby. Sebab skin baby sangat nipis & sensitive lepas lahir. Jadi kalau boleh elakkan letak anything pada skin. No worries, peluh baby tak buat badan diorang berbau macam Mommy & Daddy pun ? . Nanti baby dah besar sikit dah masuk 2months ke baru try pakaikan sabun. But still kena try & error. Sometimes skin baby tak sesuai dengan certain brand. Jadi kena try dulu tengok okay ke tidak.
But still, depends on baby juga if mandikan pakai sabun & shampoo tkada masalah, then teruskan je. Ok Mommies?
Untuk memandikan bayi yang baharu lahir mungkin agak sukar kerana perlu lebih berhati-hati. Pun begitu, langkahnya tidaklah banyak. Yang penting, pastikan pegangan pada badan anak kuat dan kemas bagi mengelakkan risiko tergelincir. Pa&Ma kongsikan antara perkara penting yang perlu dititikberatkan jika mahu mandikan anak baharu lahir.
1. Selesai memandikan anak, badannya perlu dilap kering sepenuhnya. Jangan dipakaikan baju dan lampin jika masih ada bahagian yang basah kerana ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit bayi. Jika tali pusatnya masih ada, gunakan ubat yang diberikan doktor untuk disapukan padanya.
2. Pakaian yang sesuai dengan bayi adalah diperbuat dari kain kapas dan tidak tebal. Anak akan dibedung, jadi memakaikan mereka pakaian tebal akan menyebabkan mereka berpeluh dan naik ruam.
3. Gunakan minyak telon pada bayi, untuk menguji sama ada ia serasi atau tidak dengan bayi, letakkan sedikit sahaja dahulu. Perhatikan jika ada sebarang iritasi pada kulitnya. Jika tiada masalah, bolehlah diteruskan.
4. Sebaiknya gunakan air suam untuk memandikan bayi. Kulit mereka tipis dan sistem tubuhnya masih belum pandai mengatur suhu, jadi tidak digalakkan untuk dimandikan dengan air sejuk.
5. Basahkan tubuh anak dengan air, dan bersihkan bahagian pelipat mereka. Tidak perlu diletakkan sabun atau syampu pada dua bulan pertama kelahiran mereka.
Setelah seminggu kelahiran anak keempat, personaliti televisyen, Nurul Syuhada Nurul Ain berkongsi wajah anak perempuannya yang telah selamat dilahirkan secara normal walaupun mencecah usia kehamilan 41 minggu.
Menerusi perkongsian terbaru Nurul Syuhada di instagramnya, sempena tujuh hari kelahiran bayi, Nurul Syuhada dan suami telah mengadakan majlis aqiqah yang dihadiri ahli keluarga dan turut menamakan puteri keduanya.
Isteri kepada Raja Amir Shah Raja Azwa ini memberitahu mereka suami isteri telah sepakat memilih nama Raja Aasiya Amaal dan berharap dengan pemilihan nama tersebut, insya-Allah akan membesar menjadi anak solehah dan dilindungi Allah selalu.
Dalam perkongsian tersebut, Nurul Syuhada dan suami telah memilih untuk mencukur semua rambut Raja Aasiya Amaal. Sekali pandang ada iras macam anak ‘Mat Salleh’.
Sedap dan penuh makna
Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Nurul Syuhada atas kelahiran bayi perempuan tersebut dan memuji pemilihan nama itu.
Sebelum ini, Nurul Syuhada berkongsi yang dia telah selamat melahirkan anak keempat secara normal walaupun usia kandungan lebih 40 minggu. Dia juga bersyukur suaminya diberi kesempatan untuk memotong tali pusat dan melihat proses kelahiran ini.
Nurul Syuhada yang berkahwin 2014 telah dikurniakan tiga orang anak termasuk sepasang anak kembar. Kini dah lengkap kehidupan Nurul Syuhada kerana dikurniakan dua orang anak lelaki dan dua anak perempuan.
Kredit: Instagram Nurul Syuhada
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Uri adalah selaput dan saluran yang berkembang mengikut perkembangan bayi. Ia adalah merupakan sokongan kepada bayi. Bagi sesetengah negara seperti Amerika Syarikat, uri dianggap sebagai sisa klinikal dan akan dilupuskan oleh pihak hospital. Di negara kita, uri akan diserahkan kepada ibu bapa selepas proses bersalin selesai sebelum pesakit discaj dari wad bersalin untuk diuruskan.
Ambil tahu langkah pengurusan uri perlu diketahui dan persediaan dilakukan sebelum kelahiran terutama sekali bagi ibu dan bapa kali pertama. Ikuti langkah demi langkah berikut;
Uri akan dicuci dengan air bagi menghilangkan darah sebelum diserahkan kepada ayah bayi.
Uri perlu diuruskan secepat mungkin setelah dibawa pulang ke rumah supaya ia tidak berbau.
Cuci uri dengan dimulakan dengan Bismillah.
Cuci bersih dengan menggunakan air bagi menghilangkan darah yang masih tertinggal. Elakkan daripada menggunakan sabun atau syampu.
Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan berdoa supaya uri tersebut bersih.
Lumurkan garam dan cuci bersih.
Kemudian lumurkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir darah.
Bau hanyir darah perlu dihilangkan kerana ia boleh menyebabkan binatang seperti kucing, tikus atau anjing menggali dan memakan uri tersebut.
Perahkan limau ke atas uri untuk mengharumkan uri.
Boleh juga ditanam bersama garam dan asam jawa bagi tujuan untuk mengelakkan binatang liar menggali dan memakan uri tersebut.
Baluti uri menggunakan pembalut yang mudah reput seperti beg plastik mudah reput, kotak bagi mengelakkan air basuhan yang mungkin masih mempunyai kesan darah menitik.
Kemudian balutinya menggunakan kain.
Kain tersebut tidak semestinya kain berwarna putih.
Balutkan bungkusan uri membentuk seperti bunjut bagi memudahkan ia dibawa ke tempat yang hendak ditanam.
Sediakan lubang untuk menanam uri dengan menggali tanah sedalam mungkin supaya uri tidak dapat dikesan atau dikorek binatang.
Baca Bismillah dan selawat. Berdoalah agar dilindungi uri anak anda semasa meletakkan uri dalam lubang dan menimbusnya.
Semoga dengan tip yang Pa&Ma kongsikan ini dapat membantu para bapa untuk membersihkan uri anak. Membersihkan uri merupakan salah satu tertib yang perlu anda laksanakan ketika menyambut kedatangan ahli baru dalam keuarga.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.