Biasanya bila anak lambat bertutur ada beberapa faktor. Ibu bapa kena lebih tahu dan jangan ambil mudah mengenai perkara tersebut. Bila dah capai dua tahun ke atas namun masih tiada apa-apa perubahan wajar cari alternatif untuk atasi masalah tersebut.

Berikhtiar tak salah asalkan kita masih lagi mendapat rawatan pakar. Berdasarkan perkongsian dari seorang guru Pendidikan Khas, Redzuan Abd Hamid, terapi lollipop boleh membantu anak-anak yang lambat bercakap. Sejauhmana keberkesanannya?

Terapi Lollipop Boleh Bantu Anak Lambat Bercakap. Paling Penting Pengambilannya Perlu Di Kawal

Lollipop diberikan kepada anak-anak dan dibiarkan mereka bermain dengan lidah mereka. Tak kisah lidah kanan, kiri atau depan. Kalau boleh di seluruh bahagian lidah dan mulut supaya lidah jadi lebih lembut dan mudah untuk bertutur.

Ads

Lollipop tadi juga dibiarkan anak-anak bermain di lelangit dan bawah lidah bagi memudahkan anak-anak untuk menutur. Pusingkan lollipop tadi di dalan mulut.

Kalau ada anak-anak yang sukar mengawal air liur yang sentiasa keluar dari mulut biarlah dia menghisap air liur yang bercampuran dengan lollipop tadi. Nampak macam geli tapi secara tidak langsung anak-anak tadi dah menggerakkan otot-otot mulut daripada pasif kepada aktif.

Saya pernah mencuba kaedah ini kepada bekas pesakit strok dan Alhamdulillah dengan izin Allah pesakit tersebut dapat bercakap kembali walaupun bukan 100 peratus seperti sebelum dia sakit.

Tapi lollipop ini hendaklah dikawal pengambilan kepada anak-anak terutama yang mengalami hyperaktif. Jangan dibiarkan anak ambil dengan kadar banyak. Teruk juga nak jaga anak-anak nanti kerana lollipop mengandungi gula yang meransang tenaga berlebihan kepada anak-anak tersebut.

Ads

Terapi Lollipop Boleh Bantu Anak Lambat Bercakap. Paling Penting Pengambilannya Perlu Di Kawal

Ada yang kata anak-anak 5 saat je boleh buat macam tu dan selebihnya terus mamah. Bagi saya baik dari tiada.

Ads

Pengambilan lolipop sebaiknya di waktu pagi. Sebab kalau diberi waktu petang untuk anak yang hyperaktif akan memenatkan ibu bapa. Apa-apa pun pengawasan ibu bapa juga sangat penting.

Sekadar berkongsi ilmu dan ikhtiar kerana yang menyembuhkan bukan lollipop tapi Yang Maha Esa.

Sumber: Redzuan Abd Hamid

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI