Posisi duduk W memang selesa untuk anak kecil tapi jika tak ditegur dari awal, lama-kelamaan boleh jadi tabiat sampailah anak itu dah besar.

Sebagai ibu bapa kena pastikan anak boleh ubah tabiatnya perlahan-lahan dan si kecil faham bila usianya 3 tahun ke atas.

Terapis Ajar 4 Cara Duduk Boleh Dilakukan Untuk Anak Daripada Terbiasa Posisi W

Menurut Mahfuzah Zainol yang juga seorang Occupational Therapist, beliau sangat sensitif apabila melihat kanak-kanak duduk secara posisi W.

Anak saya yang setahun itu juga masih duduk W. Masih dalam tempoh intervensi oleh uminya.

Why? Is it not normal?

Normal sebenarnya duduk posisi W untuk anak-anak bawah dua tahun. Tapi selepas dua tahun harus membetulkan kedudukan mereka.

Terapis Ajar 4 Cara Duduk Boleh Dilakukan Untuk Anak Daripada Terbiasa Posisi W

IKLAN

Kenapa mereka suka duduk posisi W? Belajar Fizik kan..
1. Wider base, wider support. Tapak badan semasa duduk jadi semakin luas.
2. Duduk W menjadikan pusat graviti rendah.
3. Makanya, stabiliti dipertingkatkan.
4. Oleh itu, posisi W adalah posisi paling selesa ketika bermain.

Kenapa posisi duduk W ini menjadi masalah yang sangat besar? Belajar anatomi sikit.. hehe

5L

  1. Limit trunk rotation (pusingan badan)
  2. Affect baLancing reaction
  3. Reduce midLine crossing
  4. Lead to pigeon toed (haa, ini macam jalan kaki ke dalam tu, saya ada share pasal ni)
  5. Dan akan menyebabkan peLvic pain.

Oh.. Bagaimana nak perbetulkan kedudukan kanak-kanak yang selalu duduk posisi W ini?

IKLAN

Ada 4 cara dan saya sertakan gambar sekali.
1.  Side sitting
     Duduk bersimpuh malu-malu kucing gitu

Terapis Ajar 4 Cara Duduk Boleh Dilakukan Untuk Anak Daripada Terbiasa Posisi W

2. Long sitting
    Duduk berlunjur ke depan atau slanting sedikit. Rujuk gambar.

Terapis Ajar 4 Cara Duduk Boleh Dilakukan Untuk Anak Daripada Terbiasa Posisi W

IKLAN

3. Pretzel sitting
    Duduk bersila. Senang kan..

Terapis Ajar 4 Cara Duduk Boleh Dilakukan Untuk Anak Daripada Terbiasa Posisi W

4. M sitting
   Duduk seperti di antara 2 sujud dalam solat bagi orang Islam. Duduk macam ni     kaki tu dilipat ke bawah.

Terapis Ajar 4 Cara Duduk Boleh Dilakukan Untuk Anak Daripada Terbiasa Posisi W

Apa yang penting adalah konsisten. Ibu bapa nampak je duduk W, terus bantu untuk mereka duduk dengan 4 cara dinyatakan.

Cikgu di sekolah atau tadika nampak je mereka duduk W begini, ingatkan mereka untuk duduk dengan 4 cara dinyatakan.

Sumber: Mahfuzah Zainol

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI