Melihat anak orang lain petah bercakap, kadang tu terdetik dalam hati macam mana anak sekecil ini sudah mampu bercakap. Paling susah hati, bila anak kita pula dibuat perbandingan dengan anak orang lain.
Sebenarnya menurut Terapis Pertuturan dan Bahasa, Puan Ruby Atika, jika mahu anak petah bercakap, ada teknik tertentu yang perlu dipraktikkan seawal bayi bawah setahun. Ini 5 cara untuk buat rangsangan pertuturan bahasa.
Ada 5 cara yang ibu bapa boleh gunakan bersama bayi bawah 1 tahun untuk buat rangsangan pertuturan bahasa:
1) tiru balik apabila dia berbunyi, tak kiralah babbling atau bunyi-bunyi lain.
Anak: babababa
Ibu: bababa…mama! Sayang mama.
2) apabila anak bersuara, ayah diam. Anak berhenti bersuara, baru ayah sambung. Ini ialah latihan giliran komunikasi.
3) gunakan isyarat mudah seperti “bye bye, habis, mana?, susu, lagi, kereta, motor, kucing” boleh rujuk baby sign language. Bayi yang cekap tiru isyarat ni, dia akan cepat bercakap.
4) buku bergambar. Cakap pasal gambar, bukan pasal tulisan. Ajak anak selak dan tunjuk-tunjuk pada gambar bersama-sama.
5) umur ni biasanya berdukung. Jadi amalkan self talk iaitu anda cakap segala yang anda sedang lakukan.
“Mama dahaga, mama nak ambil air.”
“Hari ni mama nak masak sup.”
“Mesin basuh dah siap, mama nak sidai baju.”
Cakap aja macam monologue, sebab bayi bukan reti bercakap lagi. Tapi ibu sentiasa self talk. Bukan ada orang lain pun, nak malu apa.
Kredit: Puan Ruby Atika
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)