Bila anda mempunyai anak, pastikan tahu dan faham tahap perkembangan bayi yang mesti diutamakan. Bayi yang normal sepatutnya sudah mempunyai perkembangan komunikas sebelum dia mahir bercakap.
Selaku Occupational Therapis, Puan Liyana Raya berkongsi bentuk-bentuk komunikasi yang bayi perlu ada mengikut tahap usianya kerana penting untuk menentukan pembentukan tingkah lakunya di masa hadapan.
Dalam menentukan kanak-kanak yang ada ‘delay’ dengan kanak-kanak yang tiada ‘delay’ adalah satu perkembangan yang sering kita terlepas pandang, iaitu KOMUNIKASI.
Ramai di antara kita yang tak tahu nak membezakan di antara komunikasi dengan percakapan. Komunikasi datang dahulu sebelum seseorang kanak-kanak itu boleh bercakap.
Seawal usia bayi lagi, kita semua dilahirkan dengan perkembangan komunikasi.
Bentuk-Bentuk Komunikasi Yang Bayi Perlu Ada
a. Senyum pada suara atau panggilan sejak di usia 0-3 bulan.
b. ’Menjawab’ panggilan dengan ‘eye contact’ (hubungan mata) di usia 3-5 bulan apabila kita sering bercakap dengan bayi.
***sebab tu penting sangat untuk kita bercakap dengan bayi walaupun mereka tak faham satu apa pun yg kita cakapkan****
Kalau kita rajin bercakap dengan bayi, seawal usia 6 bulan, bayi dah boleh respon pada namanya sendiri apabila dipanggil.
c. Sangat ‘crucial’ pada usia 6-9 bulan ni, bayi kena senyum dan ketawa berdekek apabila diagah/dibuat baa chak! Apabila kita sergah pun dia suka. Apabila kita marah, ada yang buat muka nak nangis/merajuk——>>>respon bayi mula dilihat pada usia 6-9 bulan ni.
AMBIL KISAH AKAN PERKEMBANGAN UTAMA INI!
d. Di usia 8-9 bulan onwards, bayi kena pandai buat ‘social observation skill’. ‘Social observation skill’ ni adalah kemahiran melihat dan cuba-cuba meniru apa yang dilihat oleh seorang bayi dalam persekitarannya. Waktu ini,lagi sekali sangatlah ‘CRUCIAL’ nak develop kemahiran meniru pergerakan sosial seperti ‘bye-bye’, ‘high 5’, tepuk tangan, salam, ’flying kiss’, bertepuk bertampar sesama adik beradik, menjerit dan sebagainya.
e. Yang mana masuk je usia 10 bulan, bayi dah boleh buat kemahiran-kemahiran ni dengan pandangan mata (‘eye contact’) yang bagus, dengan pergerakan fizikal yang dia ada pada ketika itu dan seterusnya dilakukan secara spontan dalam kehidupannya—-> inilah bukti seorang bayi itu bijak!
Komunikasi datang dalam bentuk non verbal dan verbal. Non verbal ni mcm ‘gesture’, pandangan mata (‘eye contact’), mimik muka sebelum boleh verbal (bercakap).
Saya BUKAN SEORANG SPEECH THERAPIST, jadi saya tidak akan bercakap berkenaan proses bertutur dan bercakap.
Namun sebagai seorang OCCUPATIONAL THERAPIST, kemahiran komunikasi non verbal ini harus saya utamakan dulu.
f. Sebab by the time anak dah masuk usia 12 bulan, seorang kanak-kanak itu sudah pastinya kena faham arahan ringkas dan membuat arahan ringkas tersebut mengikut kapasiti pergerakan yang dia ada pada masa itu. Contohnya apabila kita minta sesuatu, kita cakap ‘baaaakk’ dia pun akan bagi atau acah2 bagi atau memang tak nak bagi.
Nampak tak bayi ada komunikasi sosial di sini?
Pentingnya Kemahiran Komunikasi Bentuk Tingkah Laku
Inilah yang nak menentukan tingkah laku seorang kanak-kanak di masa akan datang. Kalau kemahiran komunikasi ni tak diasah sejak kecil lagi, macam mana seorang anak tu bila dia hendakkan sesuatu, jika dia belum boleh berkata ‘nak’, dia akan tunjukkan dalam tingkah laku mengamuk. Ada juga kanak-kanak yang tak pernah diajar untuk berkomunikasi secara non verbal ni. Egonya tinggi memanjang pun ada dan tingkah laku ego ni boleh bermula di usia setahun 6 bulan pun.
Sebab tu saya tak pernah ‘impress’ pada kanak-kanak yang di usia 2 tahun dah boleh membaca (tak kesah la baca huruf rumi atau mengaji al-quran pun) sebab yang saya sering tekankan adalah no point juga jadi ‘budak celik huruf’ tapi komunikasi dan tingkah laku ‘out’ daripada perkembangan.
Biarlah anak tu kenal segala nenek moyang dinasour sekalipun tapi kalau bentuk-bentuk asas komunikasi ni tak diberikan perhatian, last-last saya kena rawat tingkah lakunya yang susah nak ikut arahan yang diberi, sering ego dengan pendapat sendiri, sering mahu apa yang dia nak sahaja, tak boleh tolerate dengan ‘sharing’ (berkongsi) atau barang dipinjam oleh orang lain. Agak susah saya nak katakan anak anda bijak.
Bukan senang nak memberi kesedaran terhadap perkara ini kepada orang ramai. Komunikasi yang berkesan yang kita ajarkan pada anak-anak membentuk akhlak yang mulia dan tingkah laku yang seimbang walaupun di usia kecil lagi. Tak mengapa kalau anak menangis dan tantrum. Itu biasa. Tapi yang membezakan ada ‘delay’ dengan tak ada ‘delay’ adalah bergantung kepada bagaimana anak tu ‘makan pujukan’ dan boleh bertoleransi dengan kepelbagaian situasi yang ada di persekitarannya.
Itu kena bentuk dari awal.