Ramai ibu bapa yang masih lagi keliru nak beli mainan yang macam mana sesuai untuk perkembangan anak. Sebabnya ada mainan berbunyi, mainan yang jenis material kayu, plastik dan pelbagai lagi.
Selalu itu juga persoalan dari ibu bapa adalah mainan ini selamat ke atau bolehkah membantu anak belajar sesuatu daripadanya. Ok nak selesaikan persoalan dari mak ayah ini, Terapis Cara Kerja, Maryam Jamadi ada berkongsikan pandangannya mengenai mainan yang sesuai untuk peringkat umur anak.
Sebenarnya ramai mak ayah yang PM berkenaan macam mana pilih mainan untuk anak, maaf tak dapat reply satu persatu sebab sebagai terapis kanak-kanak banyak sangat komponen nak fikir dan terlampau complicated nak terangkan walaupun nampak mudah.
Jadi kali ini saya akan ceritakan ciri-ciri mainan yang bagus untuk anak 0-3 tahun. Lagi satu yang saya suka tentang mainan IKEA sebab setiap mainan ada label range umur yang sesuai untuk anak dan pendapat saya semua mainan bagus untuk anak asalkan tidak membahayakan.
Mainan yang paling bagus untuk anak bawah 2 tahun adalah mainan yang merangsang deria iaitu mainan yang mempunyai ciri- ciri:
Sekarang banyak dah mainan yang ada label bagus untuk deria apa dan apa untuk memudahkan mak ayah untuk memilih .
Apa yang membezakan semua jenis mainan diatas adalah tahap perkembangan dan fisiologi anak, adakah anak masih dalam:
FASA MEMASUKKAN BARANG DALAM MULUT (FASA A)
Jika anak masih di tahap fasa memasukkan barang di dalam mulut, jangan risau sebab ia normal dari anak umur 3 bulan sehingga 2 tahun kerana fasa ini deria yang paling kuat adalah deria di mulut berbanding tangan sebab itu anak akan masukkan barang dalam mulut untuk “rasa” benda tersebut sama ada selamat atau tidak. Jadi, mak ayah perlu sangat EXTRA CAREFULL dengan pemilihan mainan dan pastikan mainan sekeliling anak bersih. Elakkan mainan yang:
Ads
Toksik
Kalau boleh elakkan membeli mainan yang tidak ada lebel “Non-Toxic” lagi-lagi mainan di kedai RM2 yang kita tak tahu diperbuat daripada apa. Murah memang murah, tetapi kesannya jangka masa panjang. (Saya pun ada belikan anak mainan kedai RM2 tetapi pastikan semasa anak dah tak masukkan mainan dalam mulut).
Boleh tercabut atau pecah
Kalau perasan ada beberapa jenis anak patung ataupun mainan yang mempunyai hidung, butang, mata ataupun reben yang diperbuat daripada plastik kalau boleh jauhkan daripada anak. Sama juga dengan material mainan, cuba tekan sikit mainan tersebut kalau rasa macam mudah pecah sila elakkan membeli mainan itu.
Bertali lebih 12 inci
Yang ini paling saya takut, pastikan tiada tali/benang/ reben/ kain yang panjang sebab ada risiko anak terjerut leher sendiri.
Terlalu kecil
Mainan anak bawah 3 tahun sepatutnya lagi besar dari saiz mulut anak. Kalau nak tahu, boleh cuba masukkan mainan dalam ruang silinder bekas tisu tandas atau paling senang cuba bayangkan sama ada mainan itu muat dalam mulut anak atau tidak. Kalau muat, sila simpan sehingga anak habis fasa ini.
Belon
Anak main belon memang comel, tetapi tak comel apabila mempunyai risiko sukar bernafas akibat tercekik belon. Serpihan belon boleh menyempitkan ruang penafasan anak. Hati-hati.
Pendapat saya kalau anak masih dalam fasa memasukkan benda dalam mulut, mak ayah layak untuk “overprotective”. Lagi-lagi apabila bermain di “indoor playground”, kerana risiko jangkitan lebih tinggi semasa fasa ini. Kalau main “outdoor playground” sekurang-kurangnya kotoran akan dibersihkan dengan hujan. Tetapi kalau main di “indoor playground” semuanya terpulang kepada pemilik sama ada mampu tak nak bersihkan kolam bola yang ada beribu bola.
(Saya lebih suka anak berguling di rumput luar dan main pasir di pantai berbanding berenang dalam “ball pool” semasa anak dalam fasa ini)
Nak main duit syiling, tanah, pasir, batu atau tanah liat silakan tetapi pastikan dengan pemerhatian sebab sekelip mata anak dah masuk mulut.
FASA BERMAIN MENGGUNAKAN MULUT DAN TANGAN (FASA B )
Selalunya semasa anak berumur 2 tahun hingga 3 tahun. Fasa ini anak dah mula banyak bermain menggunakan tangan berbanding memasukkan benda dalam mulut apabila deria sendi dan sentuhan ditangan sudah kuat untuk anak “rasa”. Kalau ada masukkan benda dalam mulut pun disebabkan “gatal gusi”.
Semasa tahap ini, dah boleh percaya anak sedikit semasa bermain benda kecil kerana anaak sudah pandai membezakan makanan atau bukan melainkan benda baru. Jika mak ayah kali pertama beri anak main benda baru contohnya tanah liat, terangkan pada anak ciri-ciri material tersebut dan jangan lupa beritahu yang mainan itu tak boleh dimakan.
Jika anak masih memasukkan mainan dalam mulut walaupun selepas umur 3 tahun, sila dapatkan pemeriksaan doktor kerana ini adalah salah satu tanda anak mengalami masalah Sensory Prosessing Disorder.
Kalau nak cerita spesifik apa mainan bagus atau tak bagus, bagi saya semua mainan bagus selagi ia selamat. Periuk, senduk, beras, bawang di dapur pun bagus untuk bagi anak main
Mak ayah boleh rujuk setiap gambar untuk review mainan IKEA daripada saya dan save sebab saya akan tambah info di setiap gambar dengan lebih lanjut jika ada masa terluang di page saya.
*Tak perlu pun beli daripada Ikea sebenarnya sebab ada banyak kedai yang ada jual mainan yang mempunyai fungsi yang sama dan lebih murah. Cuma review daripada Ikea ini untuk membantu mak ayah menggambarkan mainan yang bagus untuk anak.
Mula kenali orang sekeliling dan sudah pandai merajuk, itulah perkembangan si kecil Jebat Jayden Ahmad, membuatkan si ibu mula rindu keletahnya semasa kecil dulu.
Anak sulung kepada Noor Nabila & pelakon Sharnaz Ahmad dan merupakan anak saudara kepada Neelofa ini bakal mencecah 8 bulan 30 April ini.
Nabila memuatnaik foto Jebat semasa bayi turut menyatakan kerinduan ketika anaknya itu masih bayi & betapa cepatnya masa berlalu. Jebaat juga dikatakan mula mengenali orang , sudah pandai menunjukkan emosi merajuk serta menegur orang disekeliling.
Para peminat turut mengakui perasaan ibu ini yang rindukan anak sewaktu kecilnya. Malah ibu saudaranya, Atisha meminta Jebat tidak terlalu cepat membesar, kerana mahu melihat Jebat membesar.
Kenapa bayi tidak digalakkan tidur mengiring atau meniarap? Mama dan papa kena tahu dan faham corak tidur bayi baru lahir & langkah keselamatan yang perlu diambil.
Bayi baru lahir, banyak tidur daripada waktu jaga. Dia akan lebih tidur pada waktu siang dan malam hari, dan hanya akan terjaga apabila tiba waktu lapar untuk menyusu. Ini berlaku kerana bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam.
Pada usia sekecil ini, mereka boleh tidur dengan purata 16 jam sehari, di mana dalam tempoh dua hingga empat jam terus-menerus di antara waktu menyusu!
FAHAMI RUTIN TIDUR BAYI BARU LAHIR
Mama papa perlu tahu bahawa bayi baru lahir tiada ada jadual tidur yang tetap. Pada biasanya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan dan lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam iaitu 6 hingga 8 jam.
Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bising jika tidak dapat tidur nyenyak. Mereka akan terbangun dengan sendirinya semasa tidur di waktu malam dan tidak tidur. Mama papa tidak perlu risau pada ganggguan tidur kerana bayi perlu belajar untuk berada dalam keadaan ini.
Namun sekiranya bayi menangis berterusan selama beberapa minit, maka anda perlu memberi perhatian. Dia mungkin lapar, basah, sejuk, tidak sihat atau sakit. Beri perhatian dengan segera tanpa berlebihan kerana bayi perlu meneruskan tidurnya.
POSISI TIDUR
American Academy of Paediatrics mencadangkan posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah tidur terlentang dan bukan meniarap atau mengiring. Kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan pada tahun 1992. Posisi ini dikecualikan bagi bayi yang mengalami kecacatan pada bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang akan menyekat penafasan.
TIP KESELAMATAN BAYI DI TEMPAT TIDUR
Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat dan kemas di katil bayi mengikut tahap keselamatan terkini.
Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang ada bahagian-bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat.
Jika menggunakan selimut, pastikan kaki bayi berada di penghujung palang katil.
Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dadanya sahaja.
Pastikan kepala bayi tidak tertutup dengan selimut apabila tidur.
Jangan tidurkan bayi atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di permukaan yang lembut yang boleh menyebankan dia tenggelam.
PASTIKAN TIDUR TERLENTANG
Selain itu, pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dengan suhu bilik yang sesuai. Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh di tiarapkan ketika dalam keadaan jaga untuk menggalakkan perkembangan otot, mata dan bagi mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.
LANGKAH KESELAMATAN BERKAITAN TEMPAT TIDUR BAYI
Seboleh-bolehnya, elakkan bayi daripada berkongsi katil dengan orang lain kerana ia boleh membahayakan bayi
Boleh tempatkan katil/ kot bayi berdekatan dengan katil ibu untuk memudahkan penyusuan susu ibu dan memudahkan ibu untuk menyentuh bayi.
Sekiranya anda ingin menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak ditidurkan dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas atau longgar. Ini sebagai langkah untuk mengelakkan bayi lemas.
Katil anda perlu dijauhkan dari dinding atau perabot untuk memastikan bayi tidak mudah tersepit.
Orang dewasa dan kanak-kanak selain dari ibu bapa dan bayi tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi untuk mengelakkan risiko bayi tersepit atau tertindih.
Ibu atau bapa yang berkongsi tempat tidur dengan bayi perlu dipastikan tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil alkohol yang mungkin akan membahayakan penjagaan bayi.
5 TIP BANTU BAYI TIDUR
Tidurkan bayi bila tiba masa yang sesuai untuk tidur dan sediakan tempat tidur yang selesa dan selamat untuknya.
Elakkan memberikan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam dan ketika menukar lampin apabila bayi dalam waktu tidur.
Gelapkan bilik dan pastikan bilik adalah selesa dan senyap.
Pangku bayi sebelum tidur dan letakkan bayi ke atas katilnya sebelum bayi tertidur. Dengan cara ini bayi boleh belajar untuk tidur dengan sendiri tanpa didodoi atau
Mainkan muzik/ zikir yang berirama perlahan bila tiba waktu tidur. Ini boleh membentuk rutin tidur untuknya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Yusoff Al-Qardawi, anak keempat Dato’ Sri Aliff Syukri & Datin Sri Shahida ini rupanya kuat menyusu. Kebaikan susu ibu yang diperolehi buat dia makin berisi. Netizen pula geram melihat kecomelannya yang makin terserlah.
Abah Yusoff, Dato’ Sri Aliff Syukri pula suka menyakat Yusoff dengan mengambil video bayinya ini sedang menangis ingin disusukan.
Dikatakan suka menyusu hampir sepanjang hari, Yusoff juga makin pandai ‘mengomel’. Malah ia diakui oleh abahnya, tiada anak-anaknya yang lain yang kerap menyusu seperti Yusoff.
Nak tido malam pun susah skrg , sisapa senasib mcm saya???
Sebenarya banyak-banyak anak saya @yusoffalqardawi ni paling kuat mengomel dan kuat minum susu. Boleh dikatakan 23 jam sehari dia akan minum susu.. gantung.
Ini merupakan perkembangan yang baik untuk bayi seusia Yusoff. Bagi menggalakkan perkembangan yang baik bagi bayi berusia sebulan, ada 3 cara yang boleh ibu bapa dilakukan iaitu;
Banyakkan berbual dan bercakap serta eye contact dengan bayi kerana suara ibu bapanya akan menenangkan dan menggalakkan perkembangan bahasa mereka.
Pilih mainan yang berbunyi (bukan berbateri) seperti rattle atau kerincing dan gerakkan di hadapan bayi supaya dia boleh mengikut arah bunyi dengan matanya.
Baby mobile yang digantung pada baby cot boleh membantu bayi fokus dan perkembangan penglihatan bayi.