Pada 29 Jun 2019, Pa&Ma telah mengadakan Pa&Ma Mom To Be Hospital Tour dengan kerjasama Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital kepada bakal ibu daripada Pa&Ma Mom To Be Community.
Hospital Tour yang bermula sedari jam 9.00 pagi hingga 12.30 hari itu padat dengan perkongsian dan lawatan di sekitar Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital serta aktiviti menarik yang melibatkan seramai 20 pasangan daripada Pa&Ma Mom To Be Community.
Tujuan program ini diadakan untuk mendedahkan kepada bakal ibu yang bakal bersalin untuk melihat keadaan sebenar bagaimana proses bersalin di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital.
Selepas sesi pendaftaran dan sarapan pagi, program dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Editor Majalah Pa&Ma iaitu Puan Hasnita Sawal yang menerangkan objektif program pada hari tersebut. Selepas itu majlis diserahkan kepada wakil Avisena iaitu Pengarah Kanan Pemasaran & Komunikasi Korporat, Puan Nor Hafidah Mustapha yang menerangkan di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital mereka lebih mengutamakan golongan wanita dan kanak-kanak.
Menurut Puan Hafidah, apa yang istimewanya di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, setiap bilik pesakit di sediakan ruang menunggu untuk peneman pesakit dan kelengkapan seperti bantal dan selimut. Selain itu di Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital mereka lebih menekankan konsep seperti berada di hotel bertaraf lima bintang dengan pakej yang berpatutan.
Ads
Selepas selesai perkongsian daripada wakil Avisena, peserta dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan diiringi oleh seorang wakil Avisena dan seorang wakil daripada Pa&Ma untuk menjelajah disekitar Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital seperti wad bersalin, bilik pesakit dan juga tempat jagaan bayi.
Sejurus kaki melangkah masuk ke delivery suite, peserta diterangkan dengan kemudahan yang ada di bilik bersalin. “Bilik-bilik kami direka untuk memastikan penginapan anda dengan kami semudah mungkin. Hospital kita berkonsepkan rumah. Sebagai hospital pertama di Malaysia untuk menerima pakai ‘Miami Valley Hospital Concept’ untuk reka bentuk, susunan ruang unik kami mencapai keselesaan dan keselamatan yang lebih besar untuk pesakit. Tingkap besar di setiap bilik membolehkan cahaya lebih semula jadi untuk meningkatkan rasa kesejahteraan keseluruhan pesakit.”
Ciri-ciri standard yang terdapat di semua jenis bilik termasuk kemudahan penting seperti katil siang, bilik mandi bersambung, televisyen dengan pelbagai saluran, peti sejuk mini dan set peralatan mandian.
Ads
Hospital Tour diteruskan ke O&G ward, yang dinamakan Floral. Tema Flora memang khusus untuk kes O&G sahaja. Setiap tingkat juga mempunyai tema yang berbeza untuk kelainan. Konsep bunga rose di siling menandakan tempat tersebut adalah O&G ward.
Seterusnya peserta dibawa melawat ke single room. Bilik Single dan Double boleh didapati dalam tema Jungle, Carnival, Ocean and Floral. Menurut wakil Avisena, pesakit boleh memilih tema yang disukai untuk bilik mereka mengikut kekosongan bilik yang ada.
Melangkah sahaja masuk ke Executive ward, anda akan terasa seperti berada di bilik hotel lima bintang. Ruang menunggu yang besar lengkap dengan fasiliti-fasiliti menarik dan juga penemanan pesakit disediakan bilik khas yang lengkap seperti katil, selimut dan bantal.
Ads
Selesai sahaja aktiviti menjelajah di sekitar Avisena Women’s & Children’s Specialist Hospital, program diteruskan dengan sesi soal jawab bersama wakil Avisena iaitu Pengarah Kanan Pemasaran & Komunikasi Korporat, Puan Nor Hafidah Mustapha. Antara soalan yang menarik daripada peserta adalah kelas antenatal yang disediakan di Avisena. Menurut Puan Nor Hafidah, Kelas Antenatal yang disediakan berharga RM150 bagi satu pasangan dan penyertaan terbuka kepada semua bukan sahaja ibu yang bakal bersalin di Avisena.
Tibalah kemuncak program iaitu aktiviti cabutan bertuah. Seramai enam orang ibu hamil yang bertuah memenangi tiket percutian di Glory Beach Resort Port Dickson dan juga The Lost World Of Tambun, Perak. Kesemua peserta kemudian mendapat cenderahati daripada Pa&Ma dan Avisena dan akhir sekali sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Merajuk sudah umpama perkara biasa bagi seorang anak kecil yang bila kemahuannya tidak dituruti. Seorang kanak-kanak lelaki yang mahu lari dari rumah gara-gara merajuk dengan ibunya menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya anak kecil itu yang membawa beg sandang terus menaiki basikalnya di hadapan rumah dan mengugut ibunya untuk keluar.
Menerusi perkongsian video seorang pengguna Tik Tok @yusmalisa_shazrenda, gelagat anak kecil itu yang sedang mengemas pakaian di dalam begnya konon ingin lari dari rumah amat menarik perhatian ramai.
Menurut perkongsian dari video ibunya, ini merupakan kali ketiga drama anaknya mahu lari rumah dalam minggu yang sama. Comel!
“Rindu dengan drama ‘nak lari dari rumah’ dia,” tulis ibunya di kapsyen.
“Can you not make fun of me” kata anak kecil itu.
Paling menarik perhatian pastinya beberapa pesanan ibunya ketika hendak keluar rumah. Bukan itu sahaja, bahkan gelagat ibunya yang memujuk anak kecil itu dalam pelbagai cara menarik perhatian ramai. Memang kelakar.
Anak kecil itu yang dikenali sebagai Qasy Qaider dilihat nekad menaiki basikal di hadapan rumah dan membuatkan ibunya mengejar sambil merakam gelagat anaknya.
Selepas pujukan demi pujukan serta bermacam-macam janji yang ditaburkan termasuklah membelikan PlayStation 5, akhirnya drama lari dari rumah berjaya ditangani. Si cilik akhirnya berjaya dipujuk dan masuk semula ke dalam rumah.
Video drama lari dari rumah ini sehingga kini mendapat 748K jumlah tontonan, dengan 60K tanda suka.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur melihat drama dua beranak itu yang menarik perhatian ramai.
Kalau sebut sahaja aiskrim, anak-anak pastinya orang yang paling gembira. Melompat-lompat kerana terlalu teruja. Cuba anda bayangkan kalau lori aiskrim singgah ke rumah sambil menghantar aiskrim yang dipesan. Jawabnya menjeritlah anak-anak depan pintu.
Namun bukan sekadar angan-angan, tanpa anda ketahui Nestle Ice Cream Malaysia ada menyediakan perkhidmatan penghantaran aiskrim terus ke pintu rumah anda dengan bayaran Cash On Delivery. Lagi mudah!
Nak buat kejutan pada anak-anak pun boleh, terutama lepas anak-anak penat mengikut kelas online Pdpr di rumah. Hebat kan!
Bagaimana cara hendak memesannya? Berikut merupakan cara hendak memesan aiskrim Nestle seperti yang dikongsikan oleh Jalan-Jalan Cuti Santai.
Ini cara korang nak pesan aiskrim Nestle secara online. Penghantaran terus ke rumah.
Bagaimana nak dapatkan Penghantaran aiskrim Nestle? 1- Isi Borang 2- Pilih lokasi ikut kawasan 3- Pilih aiskrim yang kome nak 4- Agent akan call sebelum penghantaran 5- Lori dah sampai baru bayar 6- Dah dapat Aiskrim, so bolehlah makan aiskrim puas puas.
Dah jangan tunggu, jom kita sama-sama buat kejutan pada anak-anak. Barulah anak tak bosan di rumah sepanjang PKP ini. Kita mak ayah pun pastinya boleh tumpang sekaki. Bonding sama-sama makan depan televisyen.
Ada gambar anak minum susu yang cute-cute? Jom share dengan Pa&Ma dan anda mungkin berpeluang memenangi hamper barangan bernilai RM100. Muat naik gambar anak anda di SINI
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pencarian Bayi Pa&Ma 2014 mengikut zon di seluruh Semenanjung Malaysia sudah berakhir! Baru-baru ini, telah diadakan Pencarian Bayi Pa&Ma 2014 bagi zon tengah yang berlangsung di Little One, Baby & Mum, Kiddy Expo yang bertempat di Viva Expo Hall, Cheras, Kuala Lumpur.
Pencarian yang diadakan selama dua hari ini merupakan zon terakhir iaitu zon keempat termasuk tiga zon lain yang melibatkan zon selatan, utara dan timur. Sebagaimana pencarian sebelum ini, syarat-syaratnya tetap serupa iaitu memberi peluang kepada bayi-bayi yang berumur di bawah dua tahun untuk sama-sama menyertai pencarian ini.
Apa yang menarik, walaupun pencarian ini diadakan di waktu Ramadan, ia tetap mendapat sambutan hebat daripada pembaca setia majalah ini. Kesungguhan ibu bapa jelas terpancar apabila ada yang membawa persalinan pakaian dan aksesori hiasan bagi memastikan anak masing-masing tampil menarik semasa sesi penggambaran. Malah gelagat ibu bapa mengagah anak, memang mencuit hati.
Hampir 120 orang peserta telah menyertai sesi test shot ini yang melibatkan dua photo booth dengan para peserta diberi nombor mengikut giliran masing-masing.
Bagaimanapun hanya tiga orang daripada 15 peserta bagi setiap kategori iaitu kategori A (bawah satu tahun) dan kategori B ( bawah dua tahun) dari zon tengah ini akan dipilih untuk ke peringkat seterusnya.
Sokongan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh ibu bapa amat dihargai oleh Pa&Ma. Tidak dilupakan, setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Lanceford Exhibitions (M) Sdn Bhd kerana menaja lokasi Pencarian Bayi Pa&Ma 2014 (Zon Tengah) di Viva Expo Hall, Cheras, Kuala Lumpur. Juga kepada semua pihak yang terlibat yang sentiasa menyokong Pa&Ma bagi merealisasikan pencarian ini sejak dari awal.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.