Terasa masih baru lagi berita kelahiran anak dara Fizo Omar dan Mawar Karim, Wan Maryam diumumkan, namun 29 Disember lalu dah genap setahun kehadiran Maryam dalam keluarga kedua belah mama dan bapanya.

Menghargai rezeki yang dikurniakan kepada mereka selama lima tahun berkahwin, Mawar menitipkan kata-kata semangat kepada pasangan yang belum dapat anak supaya jangan cepat berputus asa.

View this post on Instagram

Happy Birthday ? my sweet girl Maryam @maryamfareedakids . Penantian selama 4 tahun alhamdulillah hari ni Maryam dah setahun. Tahun pertama setelah 5 tahun perkahwinan kami . Cepatnya masa berlalu rasa macam baru semalam ja @siti_sh.mahmood dengan Prof Hamid hiris2 ja perot ni ???. Sebelum Maryam hadir di dunia ni macam2 usaha bapa n mama dah buat tanpa putus asa. . Kepada bakal2 ibu yg masih menanti kehadiran org istimewa dalam hidup,cuba la ikhtiar sesuatu,jangan putus asa,yg penting sokongan family,juga jangan terlalu malu utk jumpa Doctor. bukan tak ada rezeki,Insyaallah rezeki belum sampai. Allah sentiasa mendengar doa kita. Kadang2 kita tak sedar luaran nampak sihat dalam belum tentu sihat jgk. . . . Terima kasih yg selalu doakan Maryam. Maryam pun doakan auntie uncle supaya murah rezeki. Auntie Uncle tengok swipe gambar mana paling suka?☺️ Gambar2 perjalan Maryam dari umur sebulan sampai setahun ☺️

A post shared by Madam Rose (@mawar_karim) on

Menerusi perkongsiannya, Mawar akui kehadiran Maryam bawa kegembiraan kepada semua ahli keluarga.

IKLAN

Cepatnya masa berlalu, macam baru semalam perut mama dihiris. Sebelum Maryam hadir di dunia ini macam-macam usaha bapa dan mama buat tanpa putus asa.

Mawar juga menasihatkan kepada bakal ibu yang masih menanti kehadiran orang istimewa dalam hidupnya, cubalah ikhtiar sesuatu terlebih dahulu dan jangan cepat berputus asa.

IKLAN

Sokongan keluarga juga sangat penting dan jangan sesekali malu untuk berjumpa doktor. Perlu ingat jangan cepat mengalah. Bukan tak ada rezeki, insya-Allah rezeki belum sampai lagi.

Ingatlah Allah sentiasa mendengar doa kita dan kadang-kadang kita tak sedar luaran nampak sihat dalaman belum tentu sihat juga. Mungkin pemeriksaan awal lebih baik untuk pastikan hajat kita dipermudahkan.

Cepatnya Maryam besar

IKLAN

Mawar juga berkongsi perkataan pertama yang Maryam boleh sebut adalah mama. Ketika itu umur baru tujuh bulan. Terasa sangat Maryam hargai mama dan perkembangan ini cukup mengembirakan Mawar.

Bukan itu sahaja, Mawar juga akui tak sabar nak lihat setiap perkembangan baru yang Maryam dapat. Baru tahu bagaimanan perasaan seorang ibu bila melihat anak membesar. Terasa begitu besar nikmatnya.

Sumber: ig mawar karim

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI