Apabila kita mahu mendapatkan rawatan di sesebuah hospital, sudah tentu kita mengambil kira pelbagai faktor sebelum memilih untuk ke sana kan? Kalau boleh, kita mahukan hospital yang mempunyai suasana selesa, supaya kita dapat menjalani rawatan dengan lebih tenang dan positif. Selain kemudahan dan suasana di hospital, barisan pakar berkeredibiliti dan berpengalaman juga merupakan salah satu kriteria yang kita utamakan bila mencari hospital terbaik.
Pusat Perubatan Prince Court atau lebih dikenali sebagai PCMC merupakan sebuah hospital komprensif yang mempunyai 150 doktor pakar dan lebih dari 35 kepakaran dengan kemudahan bertaraf dunia. Sebaik saja melangkahkan kaki di sini, tidak terasa langsung seperti berada di dalam hospital. Umpama di hotel!
Paling mengagumkan adalah SOP yang mereka amalkan sepanjang musim pandemik dan endemik ini. Bukan sahaja perlu mengimbas MySejahtera tetapi suhu setiap pengunjung akan dikesan melalui mesin khas sebaik sahaja masuk ke ruangan lobi hospital.
Lokasi hospital ini sangat strategik, ia terletak di tengah bandar raya Kuala Lumpur dan jaraknya dari Menara kembar Petronas dan TRX Exchange hanyalah lebih kurang dua kilometer sahaja. Tahukah anda, harga di hospital ini juga berpatutan dengan perkhidmatan dan rawatan yang ditawarkan di sini. Pusat Perubatan Prince Court juga menerima bayaran daripada kebanyakan insuran perubatan persendirian dan syarikat.
Tahniah kepada Pusat Perubatan Prince Court kerana telah dianugerahkan sebagai Hospital Komprehensif & Kemudahan Bertaraf Dunia Pilihan Pa&Ma serta Konsultan Wanita & Kanak-Kanak Pilihan Pa&Ma pada tahun ini!
Hospital ini mempunyai kemudahan 277 katil (kesemuanya single bed) dan memberikan pendekatan secara kesuluruhan; iaitu bukan sahaja dari segi kualiti rawatan perubatan yang mengutamakan “Patient’s Safety“ tetapi juga mengetengahkan keselesaan para pengunjung dari segi servis bertaraf antarabangsa.
Hospital ini juga disokong dengan fasiliti dan teknologi semasa dan juga teknik perubatan yang terbaharu terutama sekali dalam kepakaran kelahiran, ortopedik, kanser, kesihatan hati, kesihatan lelaki serta pemindahan buah pinggang. Ini adalah hospital yang terbaik untuk penjagaan seluruh keluarga dengan pendekatan patient-centric.
Prince Court Medical Centre mempunyai 8 pakar perunding obstretrik & ginekologi yang sangat berpengalaman. Mereka menawarkan perkhidmatan wanita secara am dan kompleks seperti rawatan penyakit wanita, kehamilan, kesuburan dan rawatan minimal invasif dengan menggunakan teknologi semasa.
Pakar Perunding Wanita (Obstetrik & Ginekologi):
Prince Court Medical Centre juga terdapat lebih dari 10 pakar perunding kanak-kanak yang merangkumi 15 jenis disiplin dan sub-disiplin pediatrik seperti pediatrik neurologi, neonatologist, pakar genetik, rawatan intensif, pediatrik nefrologi (Buah Pinggang), pediatrik jantung, pediatrik ortopedik dan pakar bedah pediatrik. Di sini, kanak-kanak akan berasa selesa dengan kemesraan para jururawat dan doktor supaya anak anda tidak berasa resah atau risau.
Pakar Perunding Kanak-Kanak (Pediatrik):
(Pediatrik & Neurologi)
(Pediatrik & Neonatologi)
(Pediatrik & Pediatrik Rawatan Intensif)
(Pediatrik & Genetik)
(Pediatrik)
(Pediatrik & Perkembangan Kanak-Kanak)
Pakar Perunding Khas Kanak Kanak:
(Pakar Bedah Pediatrik)
(Pakar Bedah Pediatrik)
(Pediatrik Oftalmologi/Mata)
(Pediatrik Oftalmologi/Mata)
(Pediatrik Telinga, Tekak dan Hidung/ENT)
(Pediatrik Ortopedik)
(Psikiatri kanak-kanak & remaja)
(Pediatrik Dermatologi/kulit)
(Pediatrik Respiratori/pernafasan)
(Pediatrik Nephrologi/buah pinggang)
(Pediatrik kardiologi/Jantung)
Untuk mengetahui senarai penuh Jenama Pilihan Pa&Ma 2021, klik SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)