“Terbit Mata Putih Sahaja Di Kelopak Matanya”, PU Amin Insaf Dan Gementar Tengok Isteri Bertarung Nyawa Lahirkan Anak Ketiganya!

Share

Bukan semua suami kuat untuk menemani isteri bersalin di dewan bersalin. Ada yang kalah dengan darah yang banyak, sedih dan sayu melihat isteri menahan sakit tak kurang juga yang gementar melihat perit getir seorang isteri bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka.

Ketakutan inilah yang dilalui oleh PU Amin saat melihat sendiri anak ketiganya, Fatimah Zahra lahir ke dunia ini. Walaupun telah melaluinya dua kali, namun untuk melalui buat kali ketiga, dia merasa gementar dan insaf dengan pengorbanan isterinya melahirkan anak ketiga mereka.

Rezeki Anak Ketiga


Alhamdulillah. Syukur Ya Allah atas nikmat dan rezeki Mu ini..

Pagi tadi saya sampai rumah dari Ipoh (ceramah di sana) jam 1 pagi, kemudian jam 3 pagi isteri mengadu sakit perut, jam 4 pagi di hospital. Jam 5 pagi isteri saya selamat melahirkan. Ini anak ke-3 saya. Kemudian jam 8 pagi saya bergegas ke Universiti untuk final exam Master Pengajian Islam saya. Alhamdulillah selesai menjawab tadi..

Kisahnya , sesuatu yang saya takut untuk lalui, adalah teman isteri ketika bersalin tadi.

Hingga terbit mata putih sahaja di kelopak matanya. Allah…saya panggil-panggil nama dia berulang kali. Dia terus kuat untuk melahirkan puteri kami.

 

Insaf. Sungguh beban mengandungkan 9 bulan, ditambah saat hari nak melahirkan. Kuat orang perempuan. Sebab itu dosanya dihapuskan hari dia melahirkan.

Wahai anak, jangan kau luka hati ibu mu. Wahai lelaki jangan kau remukkan hati isterimu . Pengorbanan mereka ini cukup agung.

Bagi kawan kawan yang belum dikurniakan zuriat, saya doakan anda semua disegerakan rezeki oleh Allah untuk mendapat zuriat. Percayalah pasti ada..

Selamat datang ke dunia penuh cabaran ini Puteri ku . Selamat berkenalan dengan Aisyah dan Umar . ❤️?

Ucapan Tahniah Dari Peminat

Rata-rata pemnat dan pengikut PU Amin di instagramnya mengucapkan tahniah atas kelahiran Fatimah Zahra yang comel. Bukan itu sahaja bahkan menariknya ketiga-tiga anak PU Amin ini dilahirkan pada bulan April. Senang nak sambut sekali katanya.

Published by
SRM