Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah merupakan nama yang diberikan kepada anak perempuan pelakon Che Puan Juliana Evans.
Nama puterinya itu dikongsi oleh abang ipar Juliana, Tengku Salehuddin Ismail Shah menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya.
Selain nama, Tengku Salehuddin juga turut berkongsi wajah anak perempuan sulung Juliana.
“Alhamdulillah, this my daughter Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah binti Tengku Sharifuddin shah. Congratulations @tengku_adeq and @julianaevans #mily,” kongsinya.
Impian Miliki Baby Girl Tercapai
Selain itu, pelakon filem Bella & Jamie turut mengumumkan perkhabaran gembira berkenaan menerusi perkongsian di Insta Story.
“Alhamdulillah, saya kini sudah bergelar seorang ibu,” kongsi Juliana secara ringkas.
Selain itu, foto yang dikongsi itu juga merakamkan wajah Juliana sedang tersenyum sambil memandang anak kesayangannya, yang dipanggil ‘Mily’, sedang tidur.
Juliana, 30, mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah pada April 2017.
Sebelum ini, pelakon berkenaan dan suaminya lebih selesa membiarkan jantina cahaya mata mereka itu menjadi kejutan.
Baca: [Macam Bermimpi! Malam Pergi Beli Barang Baby, Esoknya Doktor Cakap Baby Meninggal]
Namun, Juliana pernah menyatakan yang dia teringin menimang seorang puteri dan kini, impian berkenaan nampaknya menjadi kenyataan setelah kelahiran puterinya 13 Julai lalu.
Terdahulu, Juliana mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017.
Sumber: Berita Harian