Bila rasa nak marah dengan anak, memang tak boleh nak elak untuk naikkan suara atau pukul anak. Tapi sebenarnya ada cara yang boleh tenangkan hati.
Sebagai ibu bapa, kena ingat dalam rumahtangga, kehadiran cahaya mata merupakan pelengkap kehidupan. Tak seronok seandainya kemeriahan hidup berumahtangga tidak diserikan dengan telatah dan gelagat anak-anak yang 1001 macam kerenahnya.
Gelak ketawa dan suka duka dalam sebuah keluarga makin terserlah dengan kehadiran cahaya mata. Namun tidak dinafikan juga, ada pasangan hidup yang selesa tanpa kehadiran anak-anak.
Ads
Mengimbau kembali kenangan dan pengalaman pertama menimang cahaya mata, sedikit sebanyak mengukirkan senyuman di raut wajah ibu ayah. Pengalaman ini adalah anugerah yang cukup berharga untuk pasangan yang bergelar suami isteri.
Ads
Walaupun kerenah dan gelagat nakal anak kadang-kadang menguji kesabaran dan boleh buatkan ibu ayah naik hantu. Fahamilah bahawa ia adalah proses untuk anak membesar.
Yakinlah ini semua merupakan asam garam dalam hidup berkeluarga. Apa yang mampu dilakukan, sabar dan terus bersabar dalam melayani setiap kerenah si anak.
Ads
Di bawah ini dikongsikan cara nak sabar layan kerenah anak:
Sentiasa ingat Allah apabila terdetik perasaan amarah pada si anak.
Ambil wuduk apabila emosi marah sedang berada di puncak.
Ingat dan sentiasa ingat. Anak adalah amanah yang paling besar yang diberikan untuk kita didik, jaga dan asuh. Bukan untuk kita pukul dan marah sesuka hati sahaja.
Fikirkan pada perkara yang positif untuk setiap kerenah yang si anak tunjukkan.
Sentiasa berpegang pada kata-kata like son like father. Kita dulu pun nakal juga. Kita dulu pun ada 1001 kerenahnya juga. Hilang sabar bila anak buat kerenah? Mungkin ada kelemahan dari kita dan pasangan.
Jangan lekang dari berdoa kepada Allah supaya dikurniakan sikap sabar yang tinggi dalam diri kita.
Reda dan pasrah atas kententuan yang diberikan Allah. Anggap ini semua ujian dari-Nya.
Setiap masalah yang ditunjukkan oleh si anak, tanganinya dengan penuh minat dan kesungguhan. Dengan cara ini, sedikit sebanyak ia dapat memupuk sifat sabar.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibu bapa. Mereka ibarat kain yang putih dan bergantung kepada ibu bapa itu sendiri untuk mencorakkannya.
Sebagai ibu bapa yang diberi tanggungjawab ini, kita kena faham sikap anak-anak adalah dari asas didikan ibu bapa. Pembentukan itu haruslah dilakukan ketika mereka masih di dalam kandungan ibu lagi.
Semestinya kita memang impikan anak-anak yang berjaya di dunia dan akhirat dan dapat menjadi anak kebanggaan kita apabila mereka dah besar nanti. Ada beberapa doa yang boleh kita amalkan sama-sama, moga Allah mempermudahkan urusan kita mendidik anak.
RAHSIA DIDIK ANAK JADI BIJAK DAN BERJAYA
Dengan menggunakan kaedah DOA. Untuk ibu-ibu jom amalkan baca sepotong doa ini,
“Innama Amruhu Iza Ara Da Shai An ‘Ayyaquulalahu Kun Fa Ya Kuuun”.
Baca ayat ini dengan khsuyuk. Sampai pada kalimah “Kun”, berhenti sekejap dan niatkan di dalam hati apa sahaja hajat yang kita mahu pintakan untuk anak.
Niatlah juga agar anak-anak kita terhindar daripada godaan syaitan, menjadi anak yang cerdik pandai serta beramal soleh.
Selepas tu habiskanlah bacaan ayat quran tersebut. Kemudian, tiupkan pada ubun-ubun kepala anak kita. Amalkan setiap hari tau kalau boleh pagi dan malam.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon kacak Saharul Ridzwan bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan tetapi suami kepada Qaabila Deena Amir ini juga sangat ‘sweet’ orangnya.
Dalam posting di Instagram yang dimuat naik Saharul mesti ramai wanita bergelar isteri rasa tersentuh hati membaca penghargaan dibuat pelakon itu terhadap isterinya. Bertuah sungguh Deena!
Menjadi seorang Ibu bukan mudah. Nak melayan karenah anak, sediakan makanan utk keluarga dan mengemaskan rumah dalam satu masa, bukannya mudah. Kalau sy letih bekerja di luar, Isteri sy pun letih di rumah . Sejujurnya ini kali pertama sy tolong lipatkan baju yang dah dibasuh, kat depan ni baru baju Ali. Penat. Sakit pinggang duduk lama2 macam ni . Kami tiada maid, semuanya handle sendiri. Ali tengah tak berapa sihat, Mummy dia yang kena dodoikan semua. Besarnya jasa seorang Ibu. Terima kasih Umi, Terima kasih Isteriku. Maafkan sy kalau ada yang terkurang sebagai suami.
Antara paling meninggalkan kesan apabila Saharul memberitahu bukannya mudah seorang ibu hendak melayan kerenah anak dan menguruskan tugas rumah tangga dalam masa yang sama.
Saharul benar-benar faham keletihan seorang isteri yang bergelar suri rumah. Pertama kali buat kerja melipat baju barulah Saharul tahu betapa penatnya tugas tersebut.
Sebagai suami yang bertanggungjawab, pelakon drama Zahir Tak Terucap ini faham bila anaknya tidak sihat dan perlukan perhatian si ibu pasti membuatkan banyak tugas rumah tangga jadi tergendala apatah lagi bila tiada pembantu rumah.
Oleh itu dia tak kisah untuk ambil alih membantu menguruskan kerja-kerja rumah biarpun ada yang baru pertama kali dilakukan.
Baguslah kalau suami ada perasaan kasihan pada isteri dan tak berkira untuk membantu buat kerja rumah sama-sama. Bila suami isteri bekerjasama barulah harmoni rumah tangga.
Musim cuti sekolah yang masih berbaki beberapa hari saja lagi pastinya digunakan sebaiknya oleh mak ayah untuk mengkhatankan anak mereka. Ketika mengambil keputusan untuk mengkhatankan anak, bukan hanya sekadar membawa ke klinik, mak ayah sendiri haruslah mendapatkan sedikit ilmu mengenainya.
Jadi mak ayah tidaklah cemas bila anak mengadu sakit atau terdapat luka tanpa dijangka yang boleh mengganggu emosi anak. Apa mak ayah harus lakukan? Tambahkan ilmu mengenai proses bersunat. Perkongsian dan panduan yang dikongsikan oleh Dr Adelin Zin ini mak ayah perlu tahu.
Kalau buka gallery phone saya sekarang memang penuh gambar 🐦🐦🐦. Pagi petang siang malam, dari anak-anak yang sunat dengan Poliklinik Sakura sampai lah ke orang yang tak kenal tiba-tiba bagi gambar dan tanya pasal luka sunat anak memasing. Boleng mata mok tengok fon.
First of all, saya bukan pakar. Saya doktor biasa yang menjalankan perkhidmatan sunat di klinik saya secara open slot. Saya tak buat walk in kecuali baby perempuan. Belum sampai masa nak jadi mak mudim tegar.
Kebanyakan pertanyaan yang saya dapat berkisar masalah penyembuhan luka selepas berkhatan. Terutamanya lagi dari mak-mak yang pertama kali jaga anak berkhatan dan bapaknya loss memory berkhatan masa kecil dulu.
Berkhatan cara conventional, laser (diathermy) atau clamp ni semua ada pro and cons masing-masing. Boleh study sikit kelebihan dan kekurangan setiap kaedah sebelum pilih nak guna kaedah apa.
Kalau tak pasti sangat, boleh je jumpa doktor yang nak sunatkan tu dan tanya dia dulu, bina rapor supaya anda dapat build trust dengan doktor yang anda pilih tu.
Bukan tak boleh tanya doktor lain, cuma sebaiknya rujuk balik dengan mereka yang mengkhatankan anak anda sebab doktor tu lebih tahu keadaan penis anak anda sebelum dan selepas.
Kalau tiba-tiba anda tanya saya “kenapa burung anak senget lepas khatan?” Saya pun tak boleh berikan jawapan yang pasti sebab saya tak tahu keadaannya sebelum tu. Jangan cakap cheq sombong na.
So kat bawah ni saya buat ringkasan sikit keadaan luka selepas berkhatan. Memang ada macam-macam rupa tapi tak boleh nak tunjuk gambar real. Saya cuba explain dengan gambar.
Proses sembuh luka sunat ni tak sama setiap anak, hatta adik beradik pun. Biasanya ambil masa sekitar seminggu ke 3 minggu.
Kenapa ada yang sampai 3 minggu? Sebab ada penis yang tenggelam menyebabkan lukanya lambat kering. Jadi kena continue bersihkan dan keringkan sampai semua keropeng tanggal.
Yang penting, setiap kali lepas buang air atau mandi memang kena keringkan. Anak biasanya meraung tak bagi sentuh, jadi pandai-pandailah parent pujuk. Paling koman, suruh tadah depan kipas kasi kering.
Jangan letak apa-apa serbuk dari sengsei ya, sebab ada yang letak sampai busuk bau burung anaknya, terpaksa doktor bersihkan sebab melekat-lekat serbuk sensei tu.
Makan pun tak perlu berpantang sangat-sangat. Protein penting untuk penyembuhan luka. Kalau anak takde apa-apa alahan, makanlah sekadarnya yang penting berkhasiat. Bukan janji dengan anak habis je pantang ni seminggu abah belanja kepci.
Terakhir yang perlu anda watch out adalah senarai seperti dibawah. Kalau ada bleed sikit-sikit masa hari pertama dan kedua itu biasa.
Tekap je dengan tisu bersih dalam seminit dua, kalau still tak berhenti bawa jumpa doktor. Tapi kalau ada tanda-tanda yang lain tu, cepat-cepat bawa ke klinik ye untuk pemeriksaan lanjut.
Semoga semua anak-anak yang bersunat tahun ni cepat sembuh dan boleh beraktiviti seperti sediakala.
Asbab dah bersunat tu maka ibu bapa kena ajarkan lah anak-anak supaya menjaga kemaluan mereka terutamanya dari zina dan maksiat, ok?
*Setiap kali tengah berkhatan pasti saya doakan anak-anak yang saya sunatkan tu terpelihara dari perkara yang dilarang Allah swt. Semoga Allah makbulkan doa kecil saya, ameen.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!