“Terduduk Saya Dibuatnya..” Dr Say Shazril Terkejut Bil Hospital Isteri Lebih RM20,000

Share

Dr Say Shazril, pengacara My Doctors baru sahaja menyambut cahaya mata yang dinantikan. Apa yang mengejutkannya ialah bil hospital mencecah RM20,000.

Menyambut cahaya mata sehari sebelum Ramadan, Dr Say mengakui jumlah bil berkenaan menyebabkan isterinya menangis  kerana merasakan bil yang tinggi ia adalah berpunca daripada kelahiran bayi secara pembedahan.

Namun Dr Say menenangkan isterinya dan berkata duit boleh dicari, kebahagiaan tak boleh diganti. Kelahiran ini amat-amat berharga.

Setelah 4 hari warded, arini bini & baby sy dibenarkan pulang. Bersalin di hospital swasta lagi2 operation caesar, sy boleh agak2 kosnya yakni dlm RM10k-15k. Tapi bile jumlah bil sebenar dibisik ke telinga sy, terduduk sy dibuatnye bang. RM20k total. Sy jd resah memikirkan bgaimana sy nk sampaikan nombor kepala 2 ni kpd bini. Bini start pushy2 tnye brape bil, sy tewas dgn desakanny & dgn berat hati sy sampikan berita nombor kepala 2 tu kpdny.

Berjurai air mata bini, dirasakan nombor kepala 2 tu semua salahnye. Dirasakan dirinya tidak layak sehinggakan die xdpt melahirkan baby kami dgn cara normal. Sy tenangkan bini “unny cube fikir balik, dgn 20k ni lah u berjaya gave birth to something yg teramat mustahil tuk kite dptkn. Moreover cube u bygkan couples yg trying to get baby, buat IVF easily dh cost around 15k so bil kite all in 20k, is ok”. Biniku berjaya ditenangkan.

Mungkin ade yang berfikir, “tula sape suruh bersalin SJMC, tu hospital org2 berado je tu” tp given baby’s circumstance (tali pusat ketat di leher) & komplikasi bini previously (pernah operation explorative laparotomy for burst appendicitis), SJMC was d right place. Parents sy salu pesan, “don’t be a slave for money, cz money sentiasa boleh dicari” & btol ape kata parents sy, lepas kelahiran baby, rezeki dtg bersilih ganti. Ingat peeps, jgn sesekali kite berkira when it comes to wellbeing of our baby k?



Para peminat memberi sokongan kepada Dr Say dan berkongsi pengalaman mereka.

@cik_ani_k_zam Rezeki akan melimpah ruah lagi2 bila berbelanja untuk baby

@mrs_rose_liana Selagi mampu diusahakan, jgn berkira tuk mereka Insya Allah akn ada rezeki lain Allah s.w.t. bg. nt. Rezeki anak ni lain mcm specialnya.

@fikriabrhmn I salute you ! for the action taken. Truly gentleman

@edella85 Yes..everything must be accepted with open heart…sebab Allah never burden His slaves only knowing they can carry it (Qur’an 2:286)..may Allah ease everything for u n family..Salam Ramadhan doc @say_shazril n family..?

@rusdiahshmohamad ????❤️❤️ Agreed doc, duit boleh dicari… anak tu amanah allah bagi ?

@fitri.rushdi tkpe bang. semoga dimurahkn rezeki abg kemudian hari. harta dunia(anak) tu lagi berharga dripd wang ringgit

Sumber: say_shazril


Published by
Azma ML