Sepasang suami isteri ditahan selepas disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun sehingga menyebabkan kematian pada Rabu.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada Hospital Kajang mengenai kejadian tersebut pada jam 1.11 pagi.
“Pasangan itu membawa mangsa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di zon merah wad kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Ads
Menurut Naazron, hasil bedah siasat yang dijalankan pada jam 12.30 tengah hari mendapati terdapat banyak kesan kecederaan lama dan baru pada tubuh mangsa, dipercayai akibat penderaan.
“Punca kematian disebabkan kecederaan di perut akibat objek tumpul,” ujarnya.
Ads
Beliau berkata, ibu bapa mangsa berusia 38 dan 40-an ditahan polis bagi membantu siasatan.
“Kedua-dua suspek itu telah ditahan direman selama enam hari sehingga 4 Februari bagi membantu siasatan.
Ads
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat Asisten Superintenden Nur Ayuni Abd Aziz di talian 016-2080717,” katanya
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sambutan Hari Guru yang disambut pada 16 Mei lalu memperlihatkan daya kreativiti ibu bapa yang meluahkan penghargaan buat guru-guru yang mengajar anak-anak mereka.
Jika ada yang memilih untuk memberikan hadiah berupa alat tulis, namun lain pula kisahnya dengan seorang kanak-kanak ini yang menghadiahkan gurunya dengan seekor ayam.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh akaun Tik Tok, Nazmi Azeri, dapat dilihat gelagat seorang budak lelaki memakai baju melayu berwarna hijau memeluk kotak yang berupa hadiah untuk gurunya.
Bukan hadiah biasa-biasa, rupa-rupanya, di dalam kotak itu berisi seekor ayam hutan hidup yang dijadikan hadiah untuk diberikan kepada cikgu kesayangannya.
Kreatif betul dan memang lain daripada yang lain. Pemberian ikhlas buat guru tersayangnya.
“Bagi ayam hutan, hadiah paling rare,” luah cikgu di bahagian kapsyen.
Video berdurasi hanya 12 saat itu mendapat 1.2 juta tontonan dan ruangan komen sudah tentunya dibanjiri oleh warganet yang turut terhibur dan meninggalkan pelbagai komen dengan idea hadiah tersebut.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Sumber: TikTok Nazmi Azeri
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Luluh hati seorang ibu apabila melihat anak syurganya didera tanpa sekelumit rasa belas kasihan. Lebih menyedihkan, pusat jagaan yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan dan kasih sayang bagi anak istimewanya, Anaqi, didakwa menjadi punca penderitaan tersebut.
Munirah Salamat berkongsi pengalaman pahit yang terpaksa dilaluinya apabila anak yang dikasihi menjadi mangsa pengabaian dan penderaan di tempat yang seharusnya menjadi ruang paling selamat buat mereka.
Apa yang lebih mengecewakan, individu yang terlibat dalam pengurusan pusat tersebut juga terdiri daripada ibu bapa kepada anak-anak istimewa. Namun, kepercayaan yang diberi dikhianati. Dengan alasan yang tidak masuk akal dan CCTV yang dikatakan tidak berfungsi, keadilan seakan cuba disembunyikan.
Tidak mahu berdiam diri, Munirah melangkah ke hadapan dengan membawa kes ini kepada pihak berwajib.
Ibu tak sangka anak oku kena dera
Keadilan buat Anak Syurga. Bismillahirrahmanirrahim.
Siapa tak kecewa, marah, sedih bila orang yang kita harapkan membela nasib anak-anak Syurga memperlakukan anak² ini. Bukan seorang yang jadi mangsa mereka dan bukan seorang pelakunya.
Pada awalnya kami cuba berbaik sangka bila berlaku kecederaan sekali dua. Setiap kali terjadi sesuatu yang mencurigakan, saya akan ambil dan simpan gambar Anaqi. Ada 2 kejadian lagi saya lupa rakam
1) Kejadian jatuh monkey Bar (Anaqi yang tiada upaya disuruh panjat & dibiarkan) agak mustahil di sini sebab keadaan Anaqi. Ibarat orang strok disuruh memanjat & dilepaskan. Wallahua’lam..
2) Kejadian garisan di muka,tangan (pelatih lain dikatakan mencederakan Anaqi) Hanya kesan parut yang tinggal.
Kenapa saya bersangka baik? Sebab salah seorang penjaga mempunyai anak sindrom down juga. Tapi seperti kata pepatah, ‘harapkan pagar, pagar makan padi’.. Alasan demi alasan setiap kali terjadi sesuatu. CCTV? Bak kata pengurusan, tidak berfungsi. Semudah itu..
Lagi kami kecewa sebab pengurusan adalah dari kalangan ibu bapa yang mempunyai anak sindrom down. Mereka memilih untuk berpihak kepada pelaku daripada membela nasib anak-anak ini.Mereka berselindung di sebalik Persatuan.
Jadi siapa yang membela nasib mereka? Saat kami tiada tempat untuk dirujuk, kami bertanya kepada YB Senator OKU.
Langkah diambil dengan membawa Anaqi ke OSCC PPUM. Pakar paediatric meminta kami membuat laporan polis.Selepas laporan polis dibuat, kami diarahkan oleh IO untuk melakukan pemeriksaan kesihatan di OSCC Hospital Putrajaya sekali lagi kerana laporan polis dibuat di situ. Hasil pemeriksaan pakar adalah sama seperti di PPUM suspek #childabuse.
Dan di sini lah bermulanya perjuangan kami demi keadilan anak-anak syurga. Terima kasih YB Senator Isaiah D Jacob dan SU Puan Zulinah A Johari yang menyokong kuat perjuangan ini. Beliau ada bersama kami saat nasib anak-anak ini dipermainkan nasibnya.
Terima kasih juga team #justiceforbella Firdaus Ashaj Mona Din Dan kak MM Hairun Nizah dari BBS sebagai parent support group dan berpengalaman kes penderaan anak beliau, menyokong kes Anaqi dan Adam.
Kita akan fight demi keadilan anak-anak Syurga ini.Pelaku telah mengaku bersalah atas kesalahan pengabaian. Tetapi perjuangan tidak terhenti di sini, kami akan teruskan.Terlalu banyak yang diselindungkan.Persoalannya Agressive kah anak ini??? Anak yang tiada upaya berjalan & bercakap.
Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Mah Hang Soon berkata walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berakhir pada 14 April, Kementerian Pendidikan tidak akan mengumumkan pembukaan semula sekolah di seluruh negara pada 15 April demi keselamatan pelajar.
Beliau berkata ketika ditemubual menerusi telefon bersama Sin Chew Daily bahawa kementerian akan terus berbincang dengan pihak-pihak yang berkaitan, termasuk cadangan daripada ibu bapa dan organisasi pendidikan, bahawa keselamatan pelajar merupakan keutamaan sebelum menghadiri kelas atau mengambil peperiksaan di sekolah.
Mah berkata ada yang bercadang untuk menangguhkan pembukaan semula sekolah sehingga lewat Jun. Ada juga yang mencadangkan bahawa hanya pelajar yang akan menduduki SPM dan STPM dikehendaki kembali ke sekolah, sementara yang lain mencadangkan bahawa hanya guru yang dibenarkan untuk kembali ke sekolah untuk menjalankan kelas dalam talian dengan pelajar menggunakan peralatan dan kemudahan rangkaian di sekolah.
Beliau berkata kementerian akan mengambil kira semua cadangan, termasuk cara meminimumkan perhimpunan pelajar sekiranya sekolah dibuka semula.
“Kami juga akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan mendengar pandangan mereka mengenai penyelesaian yang kami ada sekarang.”
Beliau juga berkata Kementerian Pendidikan belum lagi mengarahkan sekolah membuat persiapan untuk dibuka semula dan ia akan menjadi lebih baik sekiranya pihak berkuasa sekolah mengambil inisiatif sendiri untuk mempersiapkan pembukaan sekolah kelak.
Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Kementerian tidak akan mengumumkan pembukaan semula sekolah dengan tergesa-gesa.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.