Tergamak! Bayi Cukup Sifat Dibuang Di Lantai Kedai Ayam, Dipercayai Dilahirkan Sudah 3-4 Hari

Share

Seorang bayi perempuan ditemui di lantai sebuah kedai menjual ayam di kawasan Jabur Kubur, Jalan Air Putih di sini, hari ini.

Bayi cukup sifat dan masih bertali pusat itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh tiga atau empat hari sebelum ditemui pemilik kedai jam 7.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan, berkata bayi itu ditemui pemilik kedai ketika mahu memulakan perniagaan

Katanya, bayi dianggar seberat 3.2 kilogram itu dibawa ke Hospital Kemaman untuk pemeriksaan lanjut

“Bayi berada dalam keadaan sihat dan polis giat mengesan suspek yang membuang bayi terbabit,” katanya kepada pemberita di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini, hari ini.

Hanyan berkata, klinik sekitar daerah ini sudah dihubungi dan diminta memaklumkan kepada polis sekiranya menerima pesakit yang baru melahirkan bayi.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

 

Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa