Tidak dapat dipastikan sebab dan musababnya, seorang ibu tergamak mengelar leher anak lelakinya sendiri sehingga maut dalam satu kejadian di kawasan perumahan dekat Pasir Gudang, Johor pada tengahari Sabtu lalu.
Memetik laporan Harian Metro, wanita itu bukan sahaja tergamak mengelar leher anaknya bahkan turut menghantar gambar mangsa yang berlumuran dengan darah kepada suaminya menerusi aplikasi WhatsApp.
Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, pihak mereka berjaya melakukan tangkapan ke atas suspek yang berusia 32 tahun selepas mendapat laporan mengenai kejadian pada kira-kira jam 1.30 tengahari Sabtu.
“Kita turut merampas sebilah pisau di lokasi kejadian yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa.
“Permohonan reman terhadap suspek telah pun dibuat,” ujarnya.
Tambahnya lagi, motif serta punca kematian mangsa masih lagi dalam siasatan pihak polis.
Mayat mangsa telah pun dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) bagi proses bedah siasat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menarik: “Impian Hari Lahir Ke-45” Mahu Sambut Di Mekah, Siti Nurhaliza Bawa Anak-Anak Tunai Umrah!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Sumber: Harian Metro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Ada Kek, Hanya Doa Sempena Birthday. Masa Mengandung, Yana Panggil Mateen Ahmad
Doa ibu adalah segala-galanya bagi anak. Pada tarikh sambutan hari lahir anak, Yana Samsudin berdoa supaya anaknya menjadi anak yang beriman dan berakhlak.
Yana yang menyambut sambutan hari lahir anaknya yang ketiga mencoretkan kenangan indah sebagai seorang ibu. Aisy Mateen yang lahir pada 21 Julai 2016 kini genap 3 tahun adalah hadiah yang indah dan cukup istimewa dalam hidupnya.
“Anak ku @aisymateen , hari ini genap 3 tahun usia anakanda…
Mommy masih ingat lagi 3 tahun lepas masa ni kami menunggu kelahiran kamu. Masa tu juga macam macam perasaan mommy kalau lahir macam mana kehidupan kamu nanti.
“Mateen umpama hadiah yang masih dalam kotak. Mommy tak tahu apakah dalamnya dan tak sabar nak membukanya… .”
MASA HAMIL YANA PANGGIL MATEEN DENGAN NAMA AHMAD
Mengimbas kembali saat hamil, debaran dirasakan membayangkan bagaimana untuk menjaga anak selepas lahir. Memikirkan banyak persediaan untuk menjadi ibu bapa selepas anak lahir, Yana tidak dapat memilih nama buat Mateen pada ketika itu. Dia hanya memanggil Mateen denagn nama Ahmad.
“Macam-macam terbayang dalam fikiran…
Mampukah kami menjaga sebaiknya, ikut masa makan kamu, jaga sakit kamu, sediakan susu, bangun pagi jam berapa, tidur jam berapa, macam mana nak ajar kamu bercakap dan apakah perangai sebenar kamu.. sampai nama pun kami tak boleh nak decide lagi.. kami panggil
“Mateen “Ahmad” sahaja dari dalam perut… .”
MATEEN HADIAH UNIK & SANGAT BERHARGA
Lahirnya Mateen sebagai hadiah yang terindah dalam hidup pelakon dan pengacara ini. Hidupnya menjadi lebih indah dan setiap hari teruja untuk melakukan aktiviti bersama.
“Rupanya hadiah dari Allah ni sangat unik dan sangat berharga! Antara Hadiah mommy yang Paling best selepas Daddy @fadzilzahari! Amanah Allah ni juga sangat comel untuk di bentuk. Semakin hari semakin teruja mommy nak besarkan Mateen… tak sabar nak tunggu hari esok, aktiviti apa yang kita akan buat bersama sama. .
“Setiap hari adalah proses pembelajaran kita bersama sama, sampai mommy kadang kadang terlupa Mateen belum berusia 3 tahun lagi.. ?. Hari ini tak sangka Mateen dah boleh jadi teman duet mommy berkaraoke.. .”
TAK ADA KEK, HANYA DOA DARI MOMMY
Selain itu, sempena sambutan ulang tahun kelahiran permata hati kesayangan, Yana berharap Mateen menjadi pemimpin yang beriman, berakhlak & beradab serta berjasa kepada negara dan agama.
“Takda kek, hanya lah doa dari mommy… Hari juga kamu demam panas , semoga AisyMateen kuat hadapi demam , menjadi anak yang soleh.
“Sentiasa doakan mommy dan daddy & kirimkan Al Fatihah bila kami dah tiada nanti, jadi seorang pemimpin yang beriman dan seorang pemuda yang tinggi akhlak dan adabnya.
“Semoga berjasa kepada negara dan agama. Amin amin ya rabbal alamin. #HappyBirthdayAisyMateen #MateenDanMommy .
View this post on InstagramA post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on
Para peminat mendoakan kesejahteraan Aisy Mateen sempena ulang tahun kelahirannya dan terhibur dengen gelagat Mateen, Yana dan suami.
“Selamat hari lahir @aisymateen semoga dipanjangkn usia dilimpahkan rezki yg melimpah ruah dan diberikan kesihatan yg baik dan semoga jadi ank yg baik dan soleh.. Aamiinnnn.” @mami_norra
“What a lovely family ?.” @clovishomme
“Semoga yana dan keluarga sentiasa di rahmati allah sentiasa.amin.” @izara_meera_maisarah
Sumber: yanasamsudin
Artikel berkaitan: [Mateen Minta Adik. Peminat Doakan Yana Samsudin Segera Timang Zuriat Kedua. Tapi Rupa-Rupanya…] [ Anak Mengamuk Jangan Cepat Melatah. Yana Samsudin Kongsi Tip Anak Tantrum] [Tiada Beza Anak Lelaki Atau Perempuan. Yana Dedahkan Mateen Buat Kerja Rumah Dari Awal]
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terpaksa Dirikan Khemah” Mata Merah & Mengigil Tahan Sedih Lihat Anak Dan Cucu Rentung
Dalam kejadian itu, Sulaiman kehilangan semuanya harta benda, rumah dan sesuatu yang tidak boleh ditukar ganti iaitu anak tunggal Afikah, 20, dan dua cucunya, Nurul Katrishah Aiman, 3, serta Mohd Sharil Aiman, 1.
Menceritakan semula detik getir itu, Sulaiman berkata, sebelum kejadian itu dia sedang tidur di ruang tamu rumah berkenaan.
Dia terjaga dari tidur apabila terasa kepanasan seperti tubuhnya sedang dibakar.
“Bila saya lihat di bahagian bilik anak saya berdekatan dengan dapur sudah dipenuhi api. Saya cuba merempuh api itu tetapi terpaksa berundur kerana terlalu panas sebelum pengsan seketika.
“Bila tersedar saya dapati rumah kami serta puluhan rumah lain sudah hangus,”
Sulaiman berkata, dia terselamat kerana ahli keluarganya yang menemuinya pengsan dan membawanya keluar dari rumah itu.
“Saya sudah cuba sedaya-upaya sehingga tangan dan kaki kanan melecur terkena api ketika cuba menyelamatkan Afikah, Nurul Katrishah dan Mohd Sharil.
“Hanya dia (Afiqah) anak yang saya ada…saya tiada sesiapa lagi. Memanglah ada sepupu dan ahli keluarga lain tetapi pastinya jauh berbeza di hati kita sebagai seorang bapa.
“Apatah lagi saya sangat rapat dengan dua cucu. Bila anak perempuan saya kerja sebagai pelayan di gerai makan, sayalah yang akan menjaga kedua-dua cucu itu,” katanya.
Sejak kejadian pagi tadi rindunya terhadap tiga insan paling berharga baginya itu terlalu mendalam dan pastinya sangat sukar melalui kehidupan selepas ini tanpa mereka di sisi.
Tubuh Sulaiman dilihat masih menggigil dan matanya kemerahan menahan kesedihan.
Terdahulu, dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, tiga beranak itu dilaporkan rentung selepas gagal keluar daripada rumah berkenaan.
Api dilaporkan bermula dari kediaman mangsa sebelum merebak ke rumah lain dan dianggarkan sebanyak 30 rumah hangus dalam kebakaran itu.
Sementara itu, penduduk yang sudah mendirikan rumah di kampung itu sejak tahun 90-an, Eary Husin, 49, berkata, banyak barangan rumahnya hangus terbakar.
“Kami sudah tiada tempat tinggal dan pusat pemindahan sementara pula hanya diberikan tiga hari saja untuk menginap.
“Mungkin saya akan dirikan khemah di sini saja selepas ini kerana sudah tidak mempunyai tempat tinggal.
“Saya ada mencari rumah sewa pagi tadi tetapi belum ada berjumpa yang bersesuaian kerana keluarga saya ada lebih 14 orang yang perlukan tempat berlindung,” katanya,
Dia berharap tempoh masa tempat tinggal sementara yang di sediakan dapat dipanjangkan lagi.
Sumber: Hmetro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Percaya Dengar Tangisan Bayi. Terperangkap 2 Jam, Terpaksa Bersalin Dalam Kereta
Seorang ibu melalui detik cemas apabila bersalin dalam kereta ketika dalam perjalanan ke hospital selepas terperangkap dalam sekatan jalan raya selama dua jam berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menerusi laporan di BH, kejadian itu berlaku ketika kereta yang dipandu oleh seorang bapa dan membawa anak perempuannya yang mahu bersalin anak keempat terperangkap lama dalam kesesakan.
Difahamkan perjalanan ke Hospital Tawau dari rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Batu 8, hanya 14 kilometer tetapi disebabkan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka terperangkap dalam trafik selama dua jam.
Menceritakan kejadian itu jam 9.30 pagi, Abdul Asa Mohd Salleh, 65, berkata sebaik menerima panggilan untuk ke hospital dari anaknya Norziee, 37, yang sarat mengandung anak keempat, beliau terfikir mengenai keadaan trafik ke hospital.
ARTIKEL MENARIK [Daftar Kelahiran Anak & Kematian Dilanjutkan 90 Hari Selepas Tamat PKP, Penalti Dimansuhkan!]
Abdul Asa dengan cucunya, Aisha Maizela, 17, kemudian membawa Norziee ke hospital tetapi mereka tersangkut dalam sekatan jalan di Jalan Apas dan Jalan Kuhara.
Selepas beberapa lama terperangkap mereka menahan sebuah ambulans yang melalui jalan itu dan memaklumkan keadaan Noziee kepada kakitangan perubatan.
“Bagaimanapun, ada pesakit lain tetapi kami dibenarkan mengekori pergerakan ambulans dari belakang bagi mempercepatkan perjalanan ke hospital,” katanya.
Macam tak percaya dengar tangisan bayi
Sementara itu, Norziee menerusi hantaran di Facebook berkongsi kegembiraan melahirkan bayi lelaki seberat 3.4 kilogram dalam kenderaan ayahnya.
“Selama ini dengar cerita orang lain je yang bersalin dalam kereta tetapi bila berlaku pada diri sendiri macam tak percaya.
“Bila dengar tangisan bayi secara tiba-tiba, sebaknya Allah yang tahu. Mujurlah semua selamat dan dipermudahkan walaupun bayi dimasukkan ke wad lain kerana masalah pernafasan, namun semua stabil,” kongsinya.
Sumber: Berita Harian & FB Norziee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI