Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemui mati selepas dipercayai terjerut kain tuala di dalam kejadian di Kuala Nal, Kuala Krai.
Menurut Harian Metro, mayat Muhammad Adam Danish Zaidi ditemui dalam keadaan tergantung dengan sehelai tuala di besi penghadang katil dua tingkat oleh ahli keluarganya pada pukul 9.30 malam.
Lebih memilukan lagi kanak-kanak itu dikatakan meninggal dunia pada malam ulang tahun kelahirannya.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, sebelum kejadian, ibu mangsa memanggil anaknya yang berada di dalam bilik beberapa kali namun tidak ada sahutan.
“Ibu mangsa mula berasa pelik kerana tidak ada sahutan walaupun beberapa kali dipanggil dan pada masa sama pintu bilik diketuk. Ibu mangsa akhirnya menendang pintu sebanyak dua kali sehingga terbuka.
“Apabila pintu bilik dibuka, didapati anaknya berada dalam keadaan tergantung dengan sehelai tuala di besi penghadang katil dua tingkat dan dia terus memanggil anak sulungnya supaya menghubungi bahagian kecemasan Hospital Sultan Ismail Petra,” katanya
Beliau berkata, sebaik pegawai perubatan hospital tiba, pemeriksaan mengesahkan kanak-kanak itu sudah meninggal dunia.
Salam takziah buat ahi keluarga mangsa. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang soleh dan solehah. amin
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI