Terdapat teknik yang ibu bapa perlu ambil peduli supaya bayi cepat merangkak. Secara umumnya apabila mempunyai anak tentu anda teruja untuk melihat perkembangannya. Ia termasuk melihat anak boleh merangkak.
Sebenarnya kemampuan bayi untuk merangkak biasanya berlaku pada usia mereka sekitar enam hingga 10 bulan.Ketika anak mula merangkak, lengan dan kakinya akan menampung badan di atas lantai sekali gus melatih kemampuan motorik halus bayi.
Merangkak merupakan fasa yang dilalui si kecil sebelum berjalan. Dengan merangkak anak anda mempersiapkan diri untuk berjalan bahkan dengan merangkak juga dapat memperkuatkan otot-otot tangan dan kaki untuk mengangkat beban tubuhnya.
Selain usia yang berbeza untuk perkembangan setiap anak, cara mereka merangkak juga ada yang berbeza-beza. Kebanyakan bayi menggunakan tangan dan kaki untuk merangkak, ada pula bayi yang merangkak dengan cara bergeser dengan perut dan ada juga merangkak dengan menggunakan bahagian pinggul dan kaki.
Tidak dapat merangkak boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Berikut adalah antaranya:
*Bayi mungkin mempunyai berat badan yang berlebihan
1. Sering meniarapkan bayi sejak awal merupakan rangsangan terbaik untuk si kecil. Dengan meniarap, bayi akan mengangkat kepala, badan dan mula bergerak menggunakan perut mereka.
Ads
2. Elakkan penggunaan baby walker dan biasakan diri mereka diletakkan di ruangan yang luas dan bersih tanpa mengendong atau meletakkan di atas kereta sorong. Sediakan alas atau play mat yang comel untuk merangsang bayi bermain dan merangkak.
3. Letakkan permainan di hadapan bayi. Bermain dengan permainan tersebut agar bayi anda tertarik untuk mendapatkannya. Berikan sedikit pujian untuk mereka jika mereka berjaya menuju ke permainan yang ada. Pujian juga boleh merangsang si kecil untuk terus berusaha merangkak.
4. Merangkaklah bersama si kecil anda. Anak-anak kan suka ikut apa yang ibu dan ayah buat!
5. Tidak terburu-buru untuk menyuruh si kecil berjalan. Biarkan bayi anda melalui fasa merangkak mereka dengan gembira tanpa rasa tertekan.
6. Ada kalanya simulasi sahaja tidak mencukupi untuk merangsang bayi anda untuk merangkak. Oleh itu fisioterapi dan juga senaman juga boleh anda lakukan namun ia perlu dilakukan atas nasihat doktor.
KEBAIKAN APABILA BAYI MERANGKAK
Ads
a) Menguatkan leher, tangan, sendi dan otot.
b) Menguatkan otot besar dan kecil, melatih kemampuan motorik kasar dan halus.
c) Koordinasi mata dengan tangan, kekuatan, tegangan otot, keseimbangan dan juga keterampilan jari.
d) Melatih fungsi otak kanan dan kiri.
e) Merangsang kepekaan. Dengan merangkak ia merangsang kepekaan visual dan kepekaan terhadap jarak jauh dan dekat.
Selepas habis tempoh berpantang, penyanyi Nubhan bersama isterinya, Dr Afifah Tawfek telah mengadakan majlis aqiqah dan doa selamat bagi meraikan kelahiran cahaya mata ketiganya, Afzan Nayille yang kini dah genap usia dua bulan.
Pasangan suami isteri ini dilihat telah mengadakan majlis tersebut dalam serba ringkas di samping mengenakan pakaian sedondon rona krim.
Nubhan turut berkongsi momen tersebut dengan memuat naik beberapa keping foto majlis berkenaan di instagramnya.
Pada masa sama, penyanyi kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim keenam (AF6) ini berharap anak ketiganya ini membesar dengan baik dan sihat.
“Alhamdulillah..selesai majlis aqiqah dan doa selamat kelahiran baby Afzan Nayille.. Doakan anak saya membesar dengan baik & sihat ya..aminn,” tulisnya.
Sebelum ini, Dr Fie ada berkongsi pemilihan nama anak ketiganya diambil sempena nama
Tengku Ampuan Afzan (Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Muhammad).
Memandangkan aki nya orang Pahang, nama Afzan ini sebagai hadiah hari jadi aki tahun ini sebab tarikh lahir aki kebetulan sangat special 22.02.2022!
Jadi nama Afzan ini bermaksud kemenangan dan Nayille adalah rahmat (grace).
Nubhan dan Dr Fie telah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan perkongsian hidup mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, Ahmad Aafan dan Afzan Nayille yang dilahirkan pada 12 Januari lalu.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadangkala, ibu bapa berasa rimas apabila anak mereka terlalu bising dan berharap mereka diam seketika. Walaupun begitu, apa yang terjadi sekiranya anak anda menjadi terlalu diam? Pernahkah anda mendapati anak anda menjadi diam secara tiba-tiba akhir-akhir ini? Sekiranya anda berada di dalam situasi ini, maka berkemungkinan, anak anda mengalami gangguan pertuturan dan bahasa. Bahkan ini bukanlah isu yang biasa terjadi kepada anak kecil.
Kecelaruan bahasa merupakan ketidakupayaan yang menjadikan seseorang itu sukar atau tidak boleh memikirkan perkataan yang sesuai untuk membina ayat yang sempurna ketika bercakap. Individu yang mempunyai kecelaruan pertuturan dan bahasa juga boleh mempunyai kesukaran untuk memahami apa yang dituturkan oleh orang lain.
Simptom kecelaruan bahasa
Ia amat mudah untuk mengetahui sekiranya anak anda mempunyai kecelaruan bahasa. Sekiranya dia mempunyai masalah ini, ayat yang dituturkan anak anda adalah pendek, salah dari segi tatabahasa dan tidak mempunyai makna. Ataupun, apabila dia cuba untuk berbual, anak anda menghadapi masalah untuk mengikuti perbualan dengan rakannya dan tidak boleh memahami apa yang sedang dibincangkan.
Kecelaruan bahasa yang normal dalam kalangan kanak-kanak
Terdapat tiga kategori kecelaruan bahasa dan pertuturan – struktural, neural dan masalah berkaitan yang lain.
Struktural
Masalah pertuturan lelangit rekah berlaku apabila anak anda dilahirkan dengan keadaan lelangit rekah. Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini akan menjadi sengau dan menghasilkan bunyi seperti menderam dan mendengus
Masalah artikulasi: Masalah perkataan yang tidak boleh diubah di dalam konteks yang berbeza
Neural
Perkembangan bahasa yang terbantut: Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini menghadapi kesukaran ketika belajar dan menggunakan kosa kata untuk menjadikan ayat penuh atau membina ayat yang boleh difahami
Dysarthria: Masalah pertuturan neurologi yang menjejaskan tona otot kanak-kanak, menjadikan pertuturan lembap dan tidak jelas
Gagap: Ini merupakan masalah yang biasa terjadi kepada kanak-kanak. Ia berlaku apabila anak anda mengulangi suku kata tertentu, selalunya pada permulaan perkataan atau ayat. Apabila gagap, kanak-kanak cenderung untuk tidak meluahkan idea mereka melalui ayat yang mudah anda pendek. Sebaliknya, mereka meleret dan gagap ketika bercakap seterusnya menjadikan ayat panjang dan tidak difahami
Masalah berkaitan yang lain
Malu: Kanak-kanak takut untuk bercakap, terutama sekali di hadapan orang ramai dan hanya berkata apabila perlu
Masalah pendengaran: Kesukaran untuk mendengar boleh membawa kepada masalah untuk bercakap. Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak cenderung untuk menyembunyikan masalah daripada orang tua mereka
Apakah punca kecelaruan bahasa?
Genetik dan keturunan: Menurut kajian, 20 ke 40 peratus kanak-kanak daripada keluarga yang mempunyai kecelaruan bahasa dan pertuturan akan menghadapi masalah yang sama juga
Pemakanan ketika mengandung: Kekurangan asid folik ketika fasa prenatal boleh menyebabkan kecelaruan bahasa dan pertuturan
Keadaan lain: Autism, sindrom Down, dan kelahiran pramatang mungkin mengakibatkan kecelaruan bahasa
Bagaimanakah untuk merawat kecelaruan bahasa?
Sila ikut petua ini untuk membantu menyelesaikan masalah bahasa dan pertuturan anak anda:
Mulakan perbualan seharian dengan anak anda, malahan ketika peringkat pranatal
Mengambil manfaat dengan membaca. Bacakan cerita dan novel yang sesuai dengan umur anak anda
Rujuk kepada situasi yang mudah di persekitaran anda untuk menggalakkan keupayaan bercakap dan bahasa anak anda
Percakapan seperti kanak-kanak boleh dilakukan hanya sehingga anak anda berumur dua tahun. Selepas itu, bercakaplah kepada mereka dengan ayat yang normal dan penuh
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada 30 November 2021, pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah menimang cahaya mata keempat dan memilih nama Jibril Ibtisam buat bayi lelaki mereka.
Menangis sampai dua jam
Bagaimanapun, nama Jibril Ibtisam dikatakan tidak serasi dengan anak lelaki mereka sehingga terpaksa memilih nama lain iaitu Muhammad Fahri.
Menurut Wawa, 31, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, anak lelakinya itu asyik meragam dan menangis sahaja selepas Aeril memilih nama tersebut.
“Macam anak pertama dan kedua, Aeril yang pilih juga dan kedua-duanya asyik nangis. Yang ketiga saya namakan, okey pula anak tu. Anak keempat ini, Aeril namakan tapi meragam juga. Bayi asyik menangis ja, sampai dua jam. Orang panggil bayi kolik.
Pasangan sama cantik ini ditemui ketika majlis Wawa Royal Majestic Appreciation Gala Night yang diadakan di Tenera Hotel, Bangi.
Buat dua kali akikah
Disebabkan itu, pasangan ini bersetuju terus menukar nama dan melakukan ibadat akikah buat kali kedua.
Majlis akikah yang pertama telah diadakan di kediaman mereka iaitu dua minggu selepas Wawa bersalin.
“Saya cakap; asal sayang (panggilan Aeril) bagi nama ja mesti jadi macam ini. Terus Aeril merajuk tak nak cakap dengan saya, ada la sehari.
“Tiba-tiba, saya dapat notifikasi daripada pusat akikah mengatakan Muhammad Fahri dah selamat diakikahkan.
“Kiranya, dua kali kami buat akikah untuk anak keempat ini. Aeril betul-betul ambil serius, dia terus tukar nama,” kongsi Wawa.
Terdahulu, Wawa selamat melahirkan anak keempat seminggu lebih awal iaitu pada 30 November lalu.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata sebelum ini iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 7, dan Ayya Soffya, kini berusia dua tahun.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.