Kasih suami buat isteri terlihat dari caranya melayan isteri. Begitulah dapat digambarkan bagaimana bahagianya kehidupan berumah tangga pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang sentiasa melayani isteri dengan kasih dan sayang.
Menerusi perkongsian terbaru Ebit Lew di instagramnya, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang baik dan banyak bekorban demi kebahagiaan rumah tangga. Walaupun Ebit Lew mampu namun sikap isterinya yang tidak meminta-minta membuatkan dia sebak dan bersyukur.
Tak tahu nak cakap macam mana. Tapi benar bersyukur pada Allah. Selamat hari lahir bidadariku tercinta. Terima kasih bidadari abang sebab sentiasa menemani hidup ini dari dulu sehingga hari ini. Bahagia bersyukur kerana Allah menemukan kita. Allah yang maha baik yang mengaturkan segalanya.
Ads
Kasih sayang Allah. Doa bidadari ini. Dulu abang sentiasa ada doa mak ayah. Sekarang Allah tambah beri bidadari dalam hidup abang. Masa berlalu. Entah berapa hari yang tinggal. .
Terima kasih kerana sentiasa bersama abang. Tak pernah meminta apa-apapun. Tak susahkan abang.
Ads
Terima kasih 4 kali hampir ‘mati’ melahirkan anak kita. 4 kali mati untuk abang. Abang takde korban apapun.
Terima kasih Allah atas semua nikmat dalam hidup ini. Syukur Allah hadiahkan bidadari disisi menemani perjuangan ini. Rindu dapat berjuang di jalan Allah. Membantu orang miskin dan anak yatim. Dirimu segalanya dalam hidup ku. Isteriku Bidadari. Hidup didunia saat rasa penat,pedih sakit,Allah beri dirimu bidadariku penyejuk mata, jiwa dan hidup ini.
Ads
Terima kasih sayang bidadariku. Selamat hari lahir 17 Jun. Allah beri bidadari abang sentiasa cantik menawan lawa baik solehah takwa paling indah dalam hidup ini-ebitlew
Tidak dapat dibayangkan kesedihan hati seorang ibu apabila anak yang ditatang dan dijaga maut didera tanpa perikemanusian. Pemergian bayi bernama Nur Muarzara Ulfa, 11 bulan akibat penderaan fizikal dan seksual akhirnya membongkar perkara yang tidak disangka, rupa-rupanya selama ini anak kecil itu dijaga suami pengasuh!
Beberapa hari lalu, tular berita menyayat hati apabila bayi 11 bulan maut akibat dera fizikal & seksual oleh suami pengasuh. Menurut laporan BH Online, ibu mangsa, Noraihan Ab Aziz, dia terkejut dan tidak sangka anak sebenarnya dijaga suami pengasuh walau pun pada mulanya pengasuh telah berjanji untuk menjaga anaknya seperti anak sendiri.
Dia hanya mengetahui anaknya itu dijaga oleh suami pengasuh yang berusia 36 tahun selepas dimaklumkan oleh pihak polis. Noraihan telah menghantar bayinya itu kepada pengasuh iaitu isteri lelaki berkenaan sejak 21 September lalu.
“Saya tidak sangka selama ini anak saya dijaga suami pengasuh, bukan wanita itu sendiri.
“Pihak polis memaklumkan sepanjang tempoh saya menghantar anak di bawah jagaan pengasuh, Zara dijaga sepenuh masa oleh suaminya kerana lelaki itu beranggapan isterinya seorang yang lembab membuat kerja,” katanya.
MENGENALI PENGASUH MENERUSI FACEBOOK
“Sebelum ini saya tidak bekerja, namun saya mendapat kerja di sebuah kilang di Bangi. Saya mengenali pengasuh melalui Facebook selepas dia menghubungi saya menerusi WhatsApp memaklumkan dia berminat untuk menjaga anak sulung, Muhammad Alif Zamani berusia lima tahun dan Zara dengan bayaran RM550 bagi setiap seorang dari jam 7 pagi hingga 7 malam.
“Seminggu sebelum menghantar anak kepada pengasuh, saya ada berjumpa dengan pengasuh itu di rumahnya yang terletak tidak jauh dari rumah kami di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi.
AKAN MENJAGA SEPERTI ANAK SENDIRI
“Ketika itu, dia memaklumkan akan menjaga anak saya seperti anaknya sendiri memandangkan dia sendiri mempunyai anak lelaki berusia satu tahun lapan bulan, namun lain pula jadinya.”
KESAN LEBAM PADA ZARA
Noraihan berkata, dia menyedari terdapat kesan lebam pada lengan, paha dan dahi Zara, dua minggu lalu.
“Pengasuh memberitahu kesan lebam itu akibat digigit anak lelakinya. Malah, bibir dan gusi Zara mula membengkak menyebabkan dia tidak mahu menyusu serta kerap menangis. Keadaan Zara menyebabkan kami tidak menghantar dia ke rumah pengasuh bagi tempoh beberapa hari selepas itu.
“Saya dan suami kemudian menghantar kedua-dua anak ke rumah kakak di Klang, namun Zara kerap menangis menyebabkan saya terpaksa menghantar semula dia ke rumah pengasuh pada Rabu lalu.
MENANGIS SETIAP KALI MELIHAT SUAMI PENGASUH
Ibu mangsa juga telah dimaklumkan oleh pengasuh bahawa Zara tidak menangis apabila di bawah jagaannya tetapi menangis apabila melihat suaminya.
“Sebelum kejadian kira-kira jam 9 pagi (Rabu lalu), saya sempat menghantar mesej menerusi WhatsApp bertanyakan mengenai keadaan Zara. Pengasuh memberitahu Zara tidak meragam apabila bersamanya, namun dia menangis apabila melihat suaminya.
Mangsa telah dibawa ke hospital oleh pengasuh dan suami pengasuh kerana tercekik epal. dan dan Noraihan dimaklumkan oleh pihak hospital. Ketika dirawat, doktor memaklumkan terdapat kecederaan pada tempurung kepala Zara yang dikatakan pecah dengan lebam di bahagian berkenaan. Bedah siasat pula mendapati tisu pada kemaluan dan dubur koyak dipercayai akibat dirogol.
LUARAN NAMPAK SEPERTI INDIVIDU NORMAL
Noraihan memberitahu BH Online yang dia pernah berjumpa dengan suami pengasuh yang dilihat seperti individu normal, namun riak mukanya kelihatan garang.
“Sebelum ini, saya pernah terserempak dengan lelaki berkenaan ketika membayar wang upah menjaga anak di rumahnya pada 31 Oktober lalu. Jika dilihat pada luaran, dia kelihatan seperti individu lain,” katanya.
MAHU PELAKU DIHUKUM
Noraihan berkata, kematian anaknya menyebabkan dia merasa sakit hati dan tidak senang duduk setiap kali mengenangkan perbuatan durjana dilakukan terhadap Zara.
“Saya reda dengan pemergian Zara, namun perasaan sakit hati masih ada selagi pelakunya tidak menerima balasan setimpal atas perbuatan keji itu.
“Selagi pelaku itu tidak ditahan, selagi itu hati saya tidak senang. Saya mahu individu yang melakukan perkara itu diberikan hukuman atas perbuatan dilakukan.”
Siapa sangka, bayi perempuan yang kelihatan sihat sepenuhnya di dalam Rahim ibu dilahirkan tanpa keempat-empat anggota badan. Kes ini mengejutkan doktor yang merawat.
Doktor Madhya Pradesh, di India terkejut setelah melihat seorang bayi perempuan yang dilahirkan di kampung Sakla, Sironj Tehsil, Vidisha dilahirkan dengan kelainan yang jarang berlaku sehingga bayi tersebut tidak boleh bergerak.
Keadaan atau kes yang jarang berlaku dikenali sebagai autosomal recessive congenital disorder, atau Tetra-Amelia, dan dicirikan sebagai ketiadaan keempat-empat anggota badan.
Dalam gambar yang diambil, bayi itu dibungkus dengan selimut di sebelah ibunya, hanya kepala dan batang tubuh yang dapat dilihat. Gambar kedua menunjukkan bayi di sebelah ibunya sedang tidur, dan sekali lagi, anak itu dapat dilihat tanpa lengan atau kakinya.
Sindrom Tetra-Amelia adalah gangguan genetik yang disebabkan oleh mutasi pada gen WNT3 dan ianya sangat jarang berlaku.
Sindrom ini menyerang satu daripada 100,000 bayi baru lahir dan Dr Prabhakar Tiwari, pakar pediatrik di Bhopal CMHO, mengatakan ini adalah kes pertama yang pernah dia lihat.
Dalam banyak kes, paru-paru bayi kurang berkembang dan menjadikan bayi sukar. Bayi akan dibawa untuk penilaian lebih lanjut untuk memeriksa sama ada organ dalamannya telah berkembang seperti biasa.
Selepas hangatnya isu perdebatan antara Doula Yatt dan Prof. Dr. Imelda Balchin tentang “Doula Penema Ibu atau Pengganti Doktor”, ramai yang tampil mencerita kes-kes yang berlaku yang melibatkan Doula.
Dr. Izzar Anwari, suami kepada pelakon, Ummi Nazeera tampil menceritakan kes yang pernah beliau jumpa ketika bertugas di hospital di instagramnya. Beliau turut menasihati agar cari lah ilmu dengan orang yang pakar dalam bidang tersebut bukanya dari laman sesawang.
Menurut DONA international, definisi doula ialah seorang yang dilatih (dalam bidang perbidanan) untuk memberi SOKONGAN EMOSI, FIZIKAL, dan PENDIDIKAN kepada ibu2 yang mengandung, nak bersalin, dan setelah bersalin.
BUKANNYA MEMBERI SOKONGAN KLINIKAL seperti nasihat2 perubatan yang diluar bidang tugas depa.
Kes Ibu Guna Khidmat Doula
Saya pernah jumpa dua kes semasa kerja di hospital. Satu kes ibu muda ni beranak sendiri kat rumah bersama doula. Tapi disebabkan teknik beranak tak betul, perineum dia koyak gred 3. Teruk tu maksudnya. So siapa yang jahit? Of course bukan doula tersebut yang kelibatnya tak muncul di hospital pun
Satu lagi kes dimana anak dah deliver elok dah kat rumah. Tapi, placenta(uri) masih kat dalam rahim. Nasib baik datang hospital cepat. Kalau tak retained placenta ni boleh menyebabkan pendarahan berlebihan yg dipanggil Postpartum Haemorrhage (PPH) dan juga jangkitan kuman yang boleh membawa kepada kematian. Doula pun yilek. Amboi amboi amboiii.
Bertangungjawab Dengan Anak, Jangan Ikut Testimoni!
Tuan-tuan dan puan-puan. Seperti orang cakap, anak itu rezeki dan anugerah. Kenapa nak cari padah? Saya sebenarnya kecewa kat kedua parents anak ni. Bertanggungjawab la ye nak ada anak tu. Cari ilmu dari orang yg dalam bidang tersebut. Jangan ikut testimoni etc.
Nurse Strict Sebab Nyawa Ibu & Bayi
Jangan takut kat nurse hospital tu, depa memang cengey sikit. Saya pun selalu kena marah dulu dgn diorang. Diorang marah sebab sayang. Sayang kat NYAWA anak dalam kandungan tu. Kalau masa bersalin baby keluar lambat a few seconds pun mcm-mcm komplikasi. Sebab tu nurse-nurse kat labour room tu sangat strict. Nyawa baby oii.
Nurse Berpengalaman 5-10 tahun, Bukan Belajar Online
Rata-rata depa berpengalaman jadi nurse kat labour room tu dah 5-10 tahun. Bukan belajar online ye. Saya doakan yang terbaik untuk semua.
Kalau taknak dengar cakap kami doktor, sekurang-kurangnya dengarla cakap mufti Wilayah Persekutuan yang saya post sekali ni. Yela, doktor kan ejen yahudi, CTG n vaksin tu kan agenda iluminati. Tapi ni mufti kot. Dengarlah please.
Kenapa ibu bapa patut hantar anak-Anak ke tadika lebih awal. Pendidikan awal kanak-kanak adalah asas penting untuk membentuk keperibadian, kemahiran sosial, dan kognitif anak-anak.