A post shared by Dfizzfairuz (@fizzfairuzofficial) on
“Al-Fatihah… Allah lebih sayangkan anakku. Papa reda, papa tak nak nangis sebab papa kuat. Amin.
“Semoga Allah jaga kamu ye anakku,” tulis Fizz yang berkongsi khabar duka itu melalui hantaran entri di Instagramnya petang Selasa.
Ads
Rakan selebriti dan peminat mengirimkan ucapan takziah buat pasangan Fizz dan Almy atas kehilangan tersebut.
Ads
Melalui entri sebelum ini Fizz pernah berkongsikan yang dia dan Almy bakal menimang anak pada tahun 2020.
Berita gembira itu dikongsikan pada akhir Disember lalu dengan kapsyen yang dimuat naiknya iaitu ‘Hadiah Tahun Baru’.
Ads
Semasa pasangan ini berkongsi berita gembira itu, rata-rata mengharapkan anak keempatnya kali ini adalah lelaki namun perancangan Allah mengatasi segalanya.
Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru sahaja sebentar tadi, pelakon Aidil Aziz suami kepada Fasha Sandha berkongsi berita gembira, isteri tercinta telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan.
Dalam perkongsian yang dibuat melalui Instagram miliknya, Aidil mengucapkan rasa syukur dengan kelahiran bayi yang dipanggil ‘Baby A’.
Pelakon Camelia itu turut mengucapkan terima kasih buat Fasha Sandha yang mengandungkan anak mereka selama sembilan bulan.
Malah menurut Aidil menerusi kapsyen yang memuat naik gambar bayi mereka turut menyatakan akan bercuti sebulan untuk menjaga dan menemani Fasha selama berpantang.
“Alhamdulillah ‘Baby A’ selamat dilahirkan & sehat.Syukur Ya Allah.
“Alhamdulillah di atas rezeki ini.
“Terima kasih isteriku @fashasandha di atas kandungan selama ini.I cuti sebulan jaga & teman u berpantang ok.
“Terima kasih kepada semua yang tidak putus2 mendoakan utk kami.
“Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kalian..Aminn,” tulisnya.
Antara aspek utama penyusuan susu ibu yang berjaya adalah tekapan mulut bayi. Sekiranya bayi anda tidak menekap dengan betul ke payudara anda, penyusuan mungkin menyakitkan.
Terdapat teknik khusus yang boleh digunakan untuk membantu bayi menekap ke payudara anda. Apabila posisi dan tekapan yang baik diperoleh, penyusuan susu ibu akan menjadi pengalaman yang selesa untuk ibu dan bayi.
Sebelum anda memahami teknik penyusuan badan, anda perlu mengetahui isyarat lapar yang mungkin ditunjukkan bayi anda. Bayi anda mungkin menghisap bibir, lidah, jari, atau tangan. Kelihatan gelisah dan meragam juga merupakan petunjuk bahawa bayi anda lapar.
Menangis adalah isyarat lapar yang lewat dan boleh menjadi sukar untuk memulakan penyusuan sewaktu bayi menangis.
Cuba perhatikan dan pelajari isyarat-isyarat awal bayi lapar. Perlu diingat bahawa bedung, puting kosong dan sarung tangan boleh menghalang isyarat lapar, kerana mulut dan tangan bayi terbatas.
Teknik bantu bayi menekap
Teknik berikut di samping posisi yang betul boleh membantu memastikan bayi menekap dengan betul untuk penyusuan susu ibu yang berjaya:
Duduk di kerusi dengan sokongan belakang yang selesa untuk menyusukan bayi anda. Menggunakan bangku kaki untuk merehatkan kaki pula boleh membantu membentuk postur yang baik dan mencegah lenguh leher dan bahu.
Gunakan bantal penyusuan jika ada. Jika tidak, gunakan sebarang bantal yang untuk membantu menyokong anda dan bayi. Bantal penyusuan yang baik sangat membantu bayi berada pada kedudukan yang tepat untuk menekap.
Pastikan perut bayi menghadap perut anda pada setiap masa.
Pastikan anda memegang rapat bayi ke arah anda, jangan cuba untuk membengkokkan badan untuk merapatkan diri kepada bayi. Ini bukan sahaja akan menyebabkan ketegangan teruk pada leher dan bahu, tetapi ia juga boleh menjejaskan posisi bayi.
Pastikan telinga, bahu dan peha bayi anda selari, yang akan memudahkan bayi menyusu.
Hidung bayi harus setentang dengan puting.
Anda mungkin perlu memegang payudara anda untuk membantu menghalakan puting pada mulut bayi anda. Genggam payudara dari tepi, menggunakan teknik pegangan “C” atau “U”. Pastikan jari anda jauh daripada puting supaya anda tidak mengganggu bayi menekap.
Halakan puting ke arah bibir atas / hidung bayi, bukan di tengah mulut. Anda mungkin perlu menggosok puting pada bahagian atas bibir untuk membantu bayi anda membuka mulutnya.
Kepala bayi harus tertolak sedikit ke belakang. Anda tidak mahu dagunya tunduk ke dada.
Apabila bayi membuka luas mulutnya dengan dagu dan lidah ke bawah, bayi boleh menekap dengan mudah. Jika bayi tidak membuka mulut dengan lebar, jangan cuba memaksa puting ke dalam. Anda mungkin perlu merangsang bayi membuka mulut dengan luas beberapa kali sebelum berjaya.
Cuba untuk memastikan sebanyak mungkin bahagian areola (kawasan hitam sekitar puting) masuk ke dalam mulut bayi.
Dagu bayi sepatutnya menekan bahagian bawah payudara.
Kedua-dua bibir atas dan bawah bayi sepatutnya terjuih seperti bibir ikan. Jika tidak, anda boleh menggunakan jari anda untuk menarik bahagian bawah ke bawah dan membuka bahagian atas agar lebih ke atas.
Selain memastikan bayi menekap dengan betul, anda juga boleh mengenal pasti posisi yang selesa untuk anda dan bayi. Terdapat pelbagai posisi berbeza yang berkesan untuk menyusu. Pastikan anda mengamalkan tip di atas untuk memastikan penyusuan berjaya.
Betapa kuatnya naluri seorang ibu itu bila ada sesuatu perkara buruk berlaku ke atas anaknya pasti dia dapat merasakannya.
Seorang ibu, Puan Nur Amirah Yusof mengesyaki anak kecilnya tertelan bateri kalkulator tanpa disedari.
Kejadian berlaku terlalu pantas apabila, anak sulungnya yang sedang menyusun kalkulator tanpa sengaja telah terjatuh sehingga menyebabkan skru tercabut dan baterinya terkeluar.
Memikirkan keselamatan dan bimbang bayinya Muhammad Izz Nuqman, 13 bulan mengutip dan menelan bateri tersebut, dia segera kutip kalkulator dan periksa mulut anaknya.
Tadi aku dapat whatsapp, dorang kata ramai dah share kisah nuqman dekat fb,aku pun tak tahu pasal ni
Alhamdulillah & Terima kasih kawan yang sudi screen shoot cerita status aku dekat wassap dan share dekat fb
Sebenarnya bukan aku tak nak cerita pasal nuqman dekat fb. Aku takut aku share kat fb ada yang tak paham cerita aku nanti aku kena kecam. Disebabkan ramai dah bertanya aku kongsi cerita nuqman.
Ada yang aku cerita perkara sebenar yang berlaku, ada yang aku copy paste je cerita aku hantar dekat kawan kawan. Tapi aku confirm dorang pun tak paham sangat apa yang aku cerita.
Ada yang aku kata anak aku masuk hospital sebab makan bateri sebab aku tak nak cerita panjang panjang, terus aku dikatakan cuai.
So sebab tu aku nak share perkara sebenar yang berlaku.
Mungkinlah aku cuai sebab aku terus kutip calculator tak terus pergi tengok mulut anak aku.
Aku pergi kutip calculator sebab aku takut anak aku terkutip bateri,tapi dia lagi pantas dari aku.
Sampai aku tak nampak bila dia telan bateri. Waktu aku check mulut dia tak ada bateri pun, sama ada waktu calculator jatuh bateri tu tercampak dekat dia.
Dari petang sambung ke malam aku cari bateri calculator tapi aku tak jumpa, suami aku kata kalau aku was was bawak je pergi klinik mintak buat x-ray
Ada ke tak ada bateri tu belakang cerita, kalau tak ada balik dari klinik aku akan cari lagi. Pukul 8 malam,aku pergi klinik yang pertama, tapi x-ray dorang tak boleh digunakan lagi.
Aku pergi klinik ke-2 tapi x-ray rosak, doc kat situ kata kalau anak aku tertelan bateri dia akan tercekik atau muka dia kebiruan boleh terus pergi kecemasan.
Kalau aku masih tak puas hati nak check perut anak aku ,dia syorkan aku pergi klinik lagi satu. Alhamdulillah klinik ke-3 aku pergi ada x-ray, aku mintak doktor buat x-ray.
Aku cakap tolong buat x-ray aku nak tengok anak aku ada makan bateri calculator ke tak? sebab aku tak nampak.
Bila aku tahu keputusan memang ada bateri dalam perut anak aku, menangis aku sebab apa yang aku rasakan tu betul. Kalau lah aku tak ikut naluri aku tu mungkin aku akan rasa bersalah dekat anak aku sampai sekarang.
Aku share cerita nuqman sebab aku cuma nak pastikan parents yang ada anak kecik ni lebih alert dan waspada. Semoga cerita aku ni jadi teladan pada yang lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.