Terima Kasih Allah! Walaupun Suami Meninggal Akibat Covid, Isteri Syukur Akhirnya Sihat

Share

Setelah berjuang hampir 14 hari, tiada apa yang mampu diucapkan selain bersyukur apabila mendapat keputusan bebas Covid-19 pada hari Jumaat (10 April) lalu. Berita ini sesuatu yang ditunggu-tunggu walaupun cuku terkesan kehilangan insan tercinta akibat virus yang tiada ubat.

Menerusi perkongsian di Facebook Aiza Syafinaz Aiza, dia memaklumkan dengan kuasa Allah kini dia telah pun disahkan bebas Covid-19.

Allah Maha Baik..Allah Maha Baik…Allah Maha Baik..

Dakaplah aku Ya Allah SWT dalam cinta mu Ya Wadud. Hambamu yang penuh dosa mohon keampunan. Kuatkan iman ku Ya Allah.

Berkat Hari Jumaat 

Dengan keberkatan dan kemuliaan hari Jumaat sayyidul ayyam, penghulu segala hari akhirnya ujian saringan ku yang ke 2 (30.03.2020) dan ke 3 ( 4.4.2020) telah di sahkan negatif dan bebas covid-19. Ya Allah sujud syukur kepada Allah. Allah Maha Berkuasa. Ayah saya juga telah pulang ke rumah di Simpang Renggam setelah 19 hari berjuang di wad Hospital Permai JB. Terima kasih semua, terima kasih muslimin dan muslimat.

Tidak sampai 14 hari aku telah bebas covid😭😭😭 satu keajaiban dari Allah SWT dan berkat doa keluarga, mak abah adik beradik, sahabat fb, doa master leader ku semua, ibu ibu ayah angkat. Doa ustaz ustaz ku di Makkah dan di Malaysia, ustazah semua, ustazah Aishah, para pengamal perubatan tradisional, sahabat AIM, jiran-jiran ku yang budiman, doa rakan karib, kekanda semua, sahabat Lpu Mara, doa sahabat syurga dan seluruh rakyat Malaysia akhirnya dapat discharge.

Hampir 8 hari dalam wad doktor sahkan aku telah negatif dan di pindahkan ke Pusat Belia Antarabangsa Cheras untuk self kuarantin selama 14 hari. Alhmdulillah di situ akan di jaga oleh APM, RELA dan KKM.

Terima Kasih Allah izinkan aku bernafas walaupun suami dah pergi buat selamanya

Terima kasih Ya Allah kau izinkan aku bernafas lagi meneruskan perjuangan dan engkau angkat kesakitan ku. Berikan aku peluang ke-2 untuk bertaubat dan membantu lebih ramai lagi insan di luar sana. Kekuatan yang Allah pinjamkan untuk aku yang berlawan dengan emosi setiap hari setelah Covid-19 meragut nyawa buah hati tercinta iaitu suami yang menjadi tempat bergantung harapan… 😭 Al fatihah untuk Mohd Fairos bin Saberon.

Terima kasih Ya Rahman Ya Rahim memperkenankan doaku, memperkuatkan cintaku kepada-MU, memperkuatkan antibodiku dan memperkukuhkan imunisasi badan ku…Alhamdulillah speedy recovery. Aku sedar Ya Allah Covid ini tiada ubat tetapi ubatnya penawarnya ada dalam diri kita dengan izin Allah SWT.

Teruskan berdoa untuk rakan-rakan saya di dalam wad bilik 14 ini dan semua pejuang covid sama ada di dalam ICU atau di wad biasa. Tolong ikut saranan kerajaan patuhi PKP. Teruskan berdoa.

Doa Mohon Kesembuhan Penyakit

Sakit adalah takdir yang tidak ada seorang pun yang tahu bila akan datang. Semua orang pernah mengalami sakit. Dan semua yang mengalami sakit pasti menginginkan kesembuhan dari Allah SWT

Ikhtiar yang dilakukan adalah dapatkan rawatan dengan cepat sabar dan reda. Maka sempurnakanlah ikhtiar itu dengan do’a, memohon pada Allah. Ini adalah doa memohon kesembuhan atas penyakit yang diderita.

اللّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذهِبِ البَأسَ اشفِ أَنتَ الشَّافِيء لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاوءُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا

Allahuma rabbannas, adz-hibil ba’sa isyfi antasy-syafi laa syifa’a illa syifa’uka, syifa’an laa yughadiru saqaman.

Ertinya:
Wahai Allah Tuhan manusia, hilangkanlah rasa sakit ini, sembuhkanlah, Engkaulah Yang Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan yang sejati kecuali kesembuhan yang datang dari-Mu. Yaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan komplikasi rasa sakit dan penyakit lain.

Kini saya berada di pusat kuarantin IYC cheras dalam keadaan sihat dan walafiat… terima kasih semua.. Terima kasih semua!

#pejuangcovid19
#teruskanperjuangan
#kawaldirikawalemosi

Sumber: FB Aiza Syafinaz Aiza

Published by
Wan Amy