Kisah pilu Sapriani turut tular di laman sosial selepas ia dimuat naik menerusi akaun Facebook UKVJ kelmarin. Menurutnya, dia tidak menyangka terpaksa melalui episod hitam itu berikutan kandungannya berada dalam keadaan baik dan sihat sepanjang sembilan bulan.
Terima kasih anak mak sebab sudi terima susu mak. InsyaAllah kamu kini berada di tempat lebih indah. Saya menjalani kehidupan seperti biasa, sehinggalah saya mengalami sakit hendak bersalin selama tiga hari dan masih tiada bukaan untuk bersalin.
Saya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Ahad lalu namun masih tiada bukaan untuk bersalin biarpun selepas doktor melakukan proses gesaan bersalin (induce).
Akhirnya saya terpaksa akur untuk dibedah kerana doktor memaklumkan jantung anak dalam keadaan lemah dan perlu diselamatkan segera.
Katanya, sebaik anak perempuannya yang diberi nama Hadiati itu dilahirkan, kesihatan bayi itu baik dan stabil.
Ads
Selepas melahirkan anak Selasa lalu, saya sempat beberapa kali menyusukan anak dan menukar lampin pakai buang. Saya beranggapan semuanya sudah selesai dan anak sihat.
Namun pada 10 malam, anak tidak berhenti menangis dan dia dikejarkan ke unit kecemasan berikutan jantungnya lemah.
Sekali lagi saya diuji kerana nyawa anak dalam bahaya. Ternyata rezeki saya untuk mendakap anak dan memberinya kasih sayang hanya bertahan sehari
Ads
Hadiati meninggal dunia 5.30 pagi Rabu lalu akibat komplikasi jantung selepas sehari dilahirkan dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang 12.30 tengah hari dengan bantuan Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) pada hari sama.
Sapriani berkata, dia dan suami, Mansorshah, 32, tidak akan dapat melupakan memori singkat bersama anak syurga mereka biarpun terpaksa meneruskan kehidupan tanpa bayi di sisi.
Ads
“Saya tak dapat lupakan wajah anak yang tenang selepas dia menghembuskan nafas terakhir.
“Semua ini ketentuan Allah SWT. Saya tidak layak untuk mempersoalkan mengapa ia terjadi kepada saya, namun saya bersyukur kerana berpeluang memegang anak biarpun hanya sekejap,” katanya.
Semua wad Jabatan Paediatrik Hospital Selayang terpaksa ditutup buat sementara waktu selepas dua kakitangan jabatan tersebut disahkan positif COVID-19.
Pengarah Hospital Selayang, Dr Sakinah Alwi dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya tidak akan menerima sebarang rujukan atau kemasukan pesakit baru ke semua wad Paediatrik.
“Dukacita dimaklumkan terdapat dua kakitangan dari Jabatan Paediatrik Hospital Selayang disahkan positif COVID-19 dan siasatan lanjut masih berjalan.
“Kami tidak akan menerima sebarang rujukan atau kemasukan pesakit baru ke semua wad dan pesakit sedia ada tidak dibenarkan pulang sehingga siasatan lanjut dari pihak kami selesai.
“Pihak Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Selayang juga diminta triaging away semua kes paediatrik ke hospital lain,” jelasnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kes COVID-19 di Malaysia semakin digeruni kerana sudah melibatkan kematian. Kes ini telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Urusan pengebumian mangsa juga telah selamat dijalankan.
Memandangkan virus COVID-19 boleh berjangkit melalui sentuhan, ramai orang yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk menguruskan jenazah penyakit ini.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, jenazah COVID-19 akan diuruskan sama seperti pengurusan jenazah bagi pesakit Ebola Virus Disease (EVD).
Ia diputuskan mengikut keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI Kali ke-107 yang telah berlangsung pada bulan Februari yang lalu mengenai hukum Pengurusan Orang islam Yang Disyaki atau Disahkan Dijangkiti Virus Ebola.
Kelonggaran ini diberikan sekiranya ada timbul kemungkinan yang memudaratkan nyawa pengurus jenazah yang terlibat dalam proses menguruskannya.
Untuk menjawab persoalan orang ramai tentang cara pengurusan jenazah COVID-19, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah berkongsi satu video menunjukkan tata cara tayamum yang dibuat ke atas jenazah COVID-19.
Semoga dengan perkongsian video ini dapat memberi kesedaran kepada kita agar memandang dengan lebih serius hal COVID-19 dan sedikit sebanyak memberi pencerahan tentang bagaimana jenazah penyakit ini diuruskan.
Ibu bapa yang ada anak bakal masuk tahun 1 (2023) dah boleh buat semakan keputusan penempatan anak masing-masing.
Menerusi portal semakan.com, keputusan penempatan ini boleh disemak bermula 1 Ogos.
Manakala bagi anak-anak yang tak berjaya mendapat sekolah pilihan, rayuan penempatan boleh dibuat dari tarikh 1 hingga 30 Ogos 2022.
Ibu bapa atau penjaga diminta untuk membuat pengesahan penempatan anak mereka di sekolah yang telah diluluskan mulai 1 hingga 30 Ogos secara dalam talian.
Keputusan rayuan pada tarikh 1 Oktober 2022.
Semakan Keputusan
Mula: 1 Ogos 2022 Tamat: 30 Ogos 2022
Tarikh Rayuan
Buka: 1 Ogos 2022 Tutup: 30 Ogos 2022
Perakuan penempatan
1) Ibu/bapa/penjaga perlu membuat pengesahan penempatan dalam sistem online
2) Surat penempatan dan dokumen pengesahan sekolah tidak perlu dihantar secra fizikal ke sekolah.
3) Namun salinan tersebut perlu dicetak dan disimpan dengan selamat oleh ibu bapa/penjaga untuk kegunaan semasa pendaftaran ke sekolah bila diperlukan
4) Ibu bapa/penjaga yang menghadapi masalah dan tidak dapat membuat pengesahan penempatan perlu menghubungi sekolah yang ditempatkan untuk bantuan proses pengesahan tersebut.
Rayuan Penempatan
1) Permohonan rayuan hanya dibuat secara online dalam sistem dan tiada proses rayuan manual
2) Sekiranya ingin membuat rayuan, perakuan online perlu dibuat kerana Butang rayuan hanya akan diaktifkan selepas proses perakuan ibu bapa/penjaga dilaksanakan
3) Keputusan rayuan adalah muktamad dan perlu disemak sendiri ibu bapa/penjaga dalam sistem yang sama
4) Keputusan rayuan perlu dicetak dan disimpan oleh ibu bapa/penjaga dengan selamat untuk kegunaan semasa pendaftaran ke sekolah bila diperlukan
Pernah tak terfikir, kenapa doktor jarang ambil MC walaupun dah nampak jelas tak sihat? Kalau orang biasa, demam sikit terus pergi klinik, dapat ubat,...